Thursday, August 28, 2008

rangkuman

Ini ialah rangkuman entry selama aku tak
Update entry aku minggu lepas sampai minggu ni.

Minggu lepas antaranya.

Berita daripada suhail dikala aku
baru bangun tidor apabila dia meng SMS
aku untuk memberitahu bahawa dia dah bertunang.
Tahniah kerana dah bertunag kepada suhail.

Nampaknya dia berpegang kpd "Taste"nya,
iaitu perempuan lebih muda.

Lain2 requirement aku tatau..
Tapi kalini dia memilih yang bertudung..

*********************************************

Ujung minggu lepas,
Aku tak balik kampung macam selalu.

Hari sabtu pagi,lepas subuh.
Pintu umah aku diketuk.

Ada sorang budak memanggil2 di luar.
Ka Long!!!, Ka Long!!.
adik ipar aku yang berumur 6 tahun
datang untuk mengkabarkan adik ipar aku
yang berumur 2 tahun lebih tgh tarik sawan.

MAk mentua aku tadak kt umah kerana pi meniaga.
Bpk mertua aku tak balik lagi dari bertugas.

cuma ada adik ipar aku yang tingkatan 3 saja
menjaga adik bongsu.Kredit tadak lak tu.

Bini aku (selepas touch up bedak kt muka)
bergegas memandu kreta ke sana.
Aku, baring balik, sbb hanany tak jaga lagi.

Alhamdulillah tadak apa.
biasa la budak kalo demam..

*********************************************

Kelmarin hari selasa,
Aku dan keluarga sebelah bini aku berkumpul
makan malam di DOLI.
sempena menghantar adik ipar aku yang Mat Rempit tu
ke Sarawak.
Bukan halau.

Tapi dia dapat Polis.Training kat Sarawak.
Apa yang membuat dia semangat nk pegi,
adalah kerana dia sudah gatal nak kawen.

Mak mentua aku kata, dah ada kerja, baru bole kawen.

Lepas ni, pasti dia pulak yang buat Road Block tahan mat rempit.

***************************************************
Sesiapa ada maklumat kerja KOsong di
Bahagian Utara Semenanjung..

Untuk Jawatan kelulusan Degree la maksud aku.
Sila bagitau.

Jawatan itu hendaklah bukan LOYER.
FEDAP.

No comments: