Tuesday, September 25, 2007

Abang tak sangka.

mengenali seseorang utk jangkamasa yang lama,
Mungkin kita rasa
kita dah cukup kenal seseorang tu,

Tapi, hakikatnya,
kita jauh dari mengenalinya...

kita mungkin rasa kita
cukup masak dengan perangai seseorang itu
dah kita boleh jangka apa yang
mungkin akan dilakukan...

Dalam perkahwinan,
kita kena banyak
bersabar...

mungkin kita rasa kita dah kenal
dan masak dgn perangai isteri...

tapi hakikatnya...
jauh dari itu...

Nasihat aku kepada rakan2
yang sudah berkahwin atau belum...

jangan rasa kita dah lama kenal
pasangan kita..
kita rasa kita dah boleh jangka
apa yang pasangan akan dan tak akan buat..
Hati-hati....

Silap aku...
aku kenal isteri aku hampir 8 tahun...
aku terlalu yakin aku dah kenal isteri aku....

Semalam isteri aku sanggup
buat sesuatu yang aku tak sangka.


aku pun menjerit kepada bini aku....


"GILE SEDAPPP!!!"
"WAH, ADA PENINGKATAN DARI YANG ZA BUAT
KAT UMAH MAK ARITU!!"

Bini aku menjawab...
"Aritu bahan tak cukup...
tak jadi sangat..."
"Za beli bahan2 semua tadi..."

Aku sambung
"ini kalo jual,tentu laris."
"Jom jual"

Bini aku sambung..
"Sapa nak buat?
soya lagi."

hehehe...aku gelak....

aku tak sangka bini aku sanggup
buat nasik ayam
jauh lebih sedap dari yg aku beli selalu..

Sejak kawen, byk benda yang aku tatau
jadi tau...

Rupanya bini aku pandai msk char ketiaw,
nasik ayam, buat begedel, ape2 ntah lagi..
aku tak sangka, sedap laktu..

dulu masa becinta..
kalo aku dtg,
samada laksa,
mi kari,
tu ja.

rupanya, mcm2 lagi...

Ta sabar mau balik bukak puasa maaa....
lapaq.bini aku masak apa plak arini..
nyam2.

Friday, September 21, 2007

Islam..

Ramadhan..
waktu untuk menambah amal ibadah..
ganjaran berlipat ganda yang dijanjikan...
Bagi mereka yang ingin mengejar surga.

tapi, untuk ke surga..
ada syaratnya...

syarat yang utama, haruslah Islam..
yang aku pernah belajar..
Islam adalah ad-din.
hanya satu..

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi.
Islam itu juga telah lengkap....


"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa
(daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu
(setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya).
Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka,
sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu,
dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu,
dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu
."

Al-Maa-idah :3


Jadi..Tiada penambahan atau pengurangan bagi Islam itu.
janganlah ditambah atau dikurangkan dari Islam itu..

Sekiranya ditambah..akan wujud berbagai2 Islam...
yang mana satu betul?

Sekiranya ada Islam *******,
pastinya ada Islam yang tidak *******

Apa yang aku pelajari..
hanya ada satu Islam..
Islam yang lengkap...
Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W

pasti ada yang mempolitikkan apa yang aku tulis..
tapi, yang mengajarkan kepada aku perkara
tentang Islam ini bukanlah orang Malaysia
dan dia tiada kena-mengena dgn Malaysia.
Dia hanya mengajarkan apa yang benar..

sekiranya kita tidak memesong dari
Islam sebenar yang dibawa oleh Rasulullah
Insya-Allah..selamat dunia akhirat..

Ingatlah...Islam hanya satu..
tiada penambahan atau pengurangan padanya...

maaf cakap...
kalau ada sesiapa bertanya kpd aku,
apa ajaran terpesong paling besar di Malaysia.?
mulut aku pasti dengan laju akan menjawab..
"Islam Hadhari"
**********************************************
Al-Fatihah untuk Nurin Jazlin...
DNA = 99% correct...

Saper yang buat keje ceni...?
Yang pasti, aku tau bukan Kanot.

Wednesday, September 12, 2007

RAMADHAN AL-MUBARAQ

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..

Marilah kita mengisi bulan mulia ini dgn
memperbanyakkan amal ibadah..

hindari dari perkara yang
mengurangkan pahala puasa
(contohnya mengutuk Kanot)

Marilah kita sama-sama
menghiasai bulan mulia ini
moga-moga mendapat rahmat
dan Mungkin,
insyaAllah..Lailatul Qadar..

*************************************

satu perkara merungsingkan aku
bila pegi keja pagi tadi..

Aku ternampak satu signboard besar
PASARAYA TESCO
akan dibuka pada 29 September 2007

dan ada bunting kat tiang
Pasaraya Giant taiping
akan dibuka tidak lama lagi

Thursday, September 06, 2007

Aku rela terjun bungee dari cabut gigi lagi.

Semalam, aku bangun pagi dalam keadaan mamai.
kurang tidor..
gigi aku rasa bedenyut2.
Lantas aku mengambil kputusan..
cuti utk cabut gigi.

tepom mak mentua...
tanya ,klinik mana seswai
klinik krishnan katanya...

tetiba, bapak mentua call..
"kimi sakit gigi ka?
Abah nak pi market sat,
satgi abah ambik. besiap la"

Aku ke klinik dgn bapk mentua.
katanya dia dah kenal dgn org klinik tu
selalu pegi..

Setibanya di klinik tu..
kami ke kaunter pendaftaran,
india kaunter tegur bapak mentua.
aku pun duduk..

lepas register, india tu tanya.
"Kakak ada Sihat?"
Aku buat muka heran.
"kakaK?"
tanya aku.

ya la. kakak kan?
itu u punya abang kan?
dia punya isteri.

hahah aku gelak.
"itu bapak saya la,
mak la yang u tanya ni?
apa daa india..

masuk bilik, doc suntik 3jarum bius.
keluar..tunggu kebas..
masuk balik..
doc try..adoi!!! sakit ma..
Doc suntik lagi 2 jarum..

pastu..Sakit jugak lagi...
maka..tercabutla gigi graham aku..

keluar dari bilik doc.
aku nak bayar..
Tapi rupanya Bapak mertua aku dah bayar.

Jadi, Korang tentu paham
kenapa aku suka duduk kemunting
dan tak kerja kat ipoh
atau penang..

hahahaha

Monday, September 03, 2007

Cuti Merdeka

Pergi ke klinik..
membritahu kpd doktor tentang anak..
selepas diperiksa..

doktor menyatakan bahawa
anak mengalami alergic kpd susu lembu.
dan mungkin juga menghidap "colic".

kerana anak juga mengalami simtom2 colic.

aku bertanya kpd doktor...
apakah solusinya.

kerana anak alergic susu lembu...
dan juga tak isap susu badan..
jadi anak kena minum minuman altenatif..
iaitu susu yang bukan berasaskan lembu.
cadangan yang paling baik adalah susu soya.
Jenama ISOMIL..ia juga akan mengurangkan colic.

colic = kembung perut.
Canggih sikit sebut Colic.
simtom2nya adalah kuat kentut..hehe.

oklatu..Alhamdulillah..anak sehat2 saja..
cuma tak bole minum susu lembu..aku lega..sekejap.
tapi bila melihat kepada harga susu ISOMIL.
mak aih!!!! mahalnya..

takperla..
supaya anak tak kena alergic..dan colic.
biar bapaknya yang kena colic.
bapaknye kena minum air suam jer..sampai kembung
simpan duit beli susu anak..

************************************************

membawa isteri ke Pasar Malam P.Buntar..
Dia tak penah pegi sbb Psr Mlm p.Bntq hari Jumaat.

setelah membeli beberapa benda..
tiba2 isteri yang tgh mendukung anak
dalam beg baby berkata dgn lembut dan baik.

"Abang larat ke nak bawak semua?"
"Bak sini za tolong" sambil senyum lak tu.
Lalu aku berkata..
"Ewah...dah dapat baju Raya"
"Terus baik dan buat muka comel"

Isteri gelak kecik..hik hik..
dan terusbuat muka comell
Aku rasa dia nak sepasang lagi baju raya
dan 2 pasang utk anak..
sebab dia masih buat muka comel.


************************************************

Dalam perjalanan pulang dari rumah ibu.
tiba2 kereta mati enjin..
semua padam, jam, meter.

dan tiba2 semua idup balik..

terus ke rumah mekanik private aku.
dia memeriksa.. lalu bertanya..
tgk tu..kerin'
bila last hang isi ayaq bateri?
RM 1.50 saja..
nanti kerana RM 1.5o.. melayang beratus..

oho...

*************************************************

Dalam perjalanan pulang dari rumah ibu juga.
Terus ke McDtaiping..
belanja bini makn Big mac.
sebab dia dah penat masak kt kmpung..
jadi malam tak payah masak.

dari Mcd. aku melalui satu jalan..
tesergam satu bangunan 3 tingkat dalam pembinaan..
luasnya beberapa ekar.

Bini terus berkata kpd anak.
"Hanany! Tgk tu!
Tempat kegemaran kita yang baru dah nak siap!

Aku tepuk dahi.
Bangunan 3 Tingkat itu..apabila siap nanti..
akan dipanggil sebagai..
TESCO Taiping...
rabak poket aku...