Friday, April 27, 2007

Brani?

Cuti hari pertabalan Agong...

Lantas mengikut bini pergi miting untuk buat soalan priksa.
Oleh kerana tempat miting yang agak jauh,
mengambil kputusan untuk menunggu sehingga miting abes
krana dalam proses penjimatan bahan bakar.

Rupanya, bukan aku seorang yang begitu,
Suami2 kawan2 bini aku pun centu.

Dalam masa bini2 miting,
Kami pun berborak..

Berkisar tentang ketidakcukupan wang pada zaman ini..
Rupanya, memang musim Road tax mati,
aku pun baru je renew 25hb haritu, RM200 sbb takde NCB.
ada yang dah 2 minggu Road tax mati,
tapi masih blum renew sebab dahulukan yang lebih penting
mcm blanja anak2.(majoriti eorang kerja biasa2 jer,kilang,drebar lori&jaga tol)

Barang2 dapur pun makin mahal.
"aku pun cerita yang akupenah g supermarket, amek2 brg dapur,
rasa mcm sikit jer, tengok2 RM 1++..

deorang mmg byk pengalaman.
ada yang berkata,"kita tak bole lari dari masalah,
kalo ada masalah, bukan hidup terus musnah, Insya-Allah ada jalan keluar.
Melainkan kena hukum gantung jer".kami gelak.

"aku dgn mona(bini dia) pernah sampai tak dak duit, gas abes,
nak bli lauk takdak duit, mujoq ada beras sikit, aku pi cari pucuk paku
kat blakang taman tu, masak pakai kayu api, nasib baik ada kicap.
Kalo ada masalah, kena blajar cari jalan"

Lantas salah sorang bertanya kepada aku,"hang kerja normal shift kan?"
"Yeah !" kataku.
"Kalau aku dapat keja normal shift, mesti best",katanya (dia keja jaga tol)
"sabtu ahad boleh mniaga"sambungnya.
"haritu, aku buat sehari ja, jual ayaq biasa ja,modal brapa sen ja,untung RM200."
"paling2 bodo kalau hujan pun, RM50 tak kurang..la ni kan panas"
"Meniaga air ni senang, bancuh2, tunggu.Kena brani dgn Rajin tak rajin ja"

Lantas aku terkenang saat aku berniaga air dan ice blended swaktu pesta konvo,
memang susah, aku bangun seawal pukul 5 pagi (kelas pukul 8, liat)
untuk pergi beli bahan di pasar borong selayang.(Buah ice blended)
walopun penat sikit, tapi puas.
Rasanya aku mmg ada bakat meniaga dek krana mulut aku yg bising.

Lantas, mengingatkan aku juga tentang mesin tebu, mesin soya, tong air
milik bapak mertua aku yang tersadai pada bulan2 biasa ni,(deorang meniaga air bln puasa)
teringat jugak keluhan bpk mertua aku akibat keengganan adik ipar aku
utk meniaga pada bulan2 biasa ni,(merempit jer kejenye).

Pulang kerumah, aku tanya bini aku,
"agak2 kalo kita pinjam tong air, abah bagi tak?"
Bini aku menyambung, "mesti bagi punya la"
"lagipun abah mmg menggalakkan mniaga, dulu2 Za penah kuar modal,
buat kuih 3-4 jenis,letak kat gerai mak, untung dalam RM 15 sehari."
Sambungnya lagi, kalo nak mniaga, kita buat bulan puasa nanti,
kita join tapak abah, Za bole buat nasik ayam & Laksa katanya"
Dulu mak ada buat nasik ayam skali,Za ikut tolong bungkus.
tapi anak dah ramai, tak sempat"
"nanti, kita la pulak jual"

Eh, rupanya bini aku ni ada jugak pengalamn mniaga,
Cuma, adakah tindakan aku nanti akan melanggar Legal profession Act?
Kata-kata Kena berani dan rajin tak rajin ja terngiang2..
brani apa, rajin pun rajin jugak.



Note: seorang kakak aku Resign dari jawatan Kauselor UiTM,
lalu meniaga nasik lemak dan mee kuah.

Monday, April 23, 2007

Priceless

Keje KL = RM 1+++

Keje Kuale = RM 1+++

Tengok senyuman Mak bila bagitau yang tak jadi keje kat KL = Priceless