Friday, November 30, 2007

caca marba + edited lepas solat jumaat

**** EDITED SELEPAS JUMAAT


Hari rabu, ditelepon oleh Am dan suhel..
sudah lama tidak berbual dgn mereka...

tiba di rumah pada waktu petang..
rasa ingin bersenam..
lantas membawa isteri dan anak ke taman tasik.

di taman tasik,
ada mak mertua yg sedang berjoging..
ada bapak mertua yang sedang
main bola sepak dgn adik2 ipar..
aku join..lepas dua tiga sepak..
bpk mertua pula joging.
sambil berkata kpd bini aku.
"kakak!awat tak laghi?"laghi!bagi kluaq peloh.

anak aku ketawa setiap kali melihat
bola disepak.bini aku pon join main bola.
mak mertua abes joging..
sambil meluru kepada anak aku sambil berkata.
"hanany cucu opah...apa ya tu"

dah lama tak sepak2 bola ceni...

khamis aku ke ipoh..
hajat igin ke opis arin..
tidak berkesempatan..
nun jauh di KL..
suhel, kano, Am, adren, meor dan laza,
mkn2 utk meraikan pemergian suhel.

jumaat pagi..ker court..

tengahari...balik la solat jumaat...

trasa cepat minggu ni berjalan...

All the best to suhail...
yg mana2 la...ke china..atau ke tempat makan..

***************************************************

****
Melihat gambar2 suhail dan rakan2 hsk..
membaca komen2 mereka..
terasa amat rindu pada saat2 dulu...
btol mcm org kata..
kita hanya akan benar2 menghargai..
apabila kita sudah hilang sesuatu itu...

tadi pulang luch di rumah...
isteri memberitahu...
jiran sebelah memberitahu dan bertanya...

flashback,
aku selalu dgr mcm2 bunyi malam2..
e.g: mengilai....
mcm ada sesuatu berjalan dpn umah...

tp disebabkan otak aku yg tak brapa
betol, aku buat2 tatau saja...

isteri juga selalu terdengar..
kalo dia nk bercerita kpd aku..
aku cpt2 berkata...abg tanak tau..hehehe..

present:
malam tadi..hanany melalak tamau tido..
jiran bagitau...
malam tadi...dia nampak....
antooooo jln dpn umah kami....
dia kata dah 2 3 kali dia nampak...
sbb mmg dia selalu tido lewat...

yg jd persoalan...
bukan antooo tu ada atau takkk...

persoalannya...
adakah antooo itu free agent(antooo jobless..)
ataupon..
antooo yg sellalooo ikut aku sejak dullooo lg???????

Tuesday, November 27, 2007

kpl tebang

errrrr....
Suhail.....
aku dapat jauh ni jer....

Monday, November 26, 2007

Menziarah dan diziarahi

Ujung Minggu
Tidak semestinya bole rehat..

Badan yg letih sbb kerja sepanjang minggu..
lebih letih bila ujung minggu..

Ye la, cuti sekolah...kenduri sana sini..

Hari sabtu, pagi2,
aku dan bini ngemas rumah..
selalunya kami balik kampung
jadi tak dan nak potong2 pokok dpn umah.
tebas rumput belakang umah..

aku pon emak peluang vakum umah..
letih jugak bila dah lama tk exercise..

pastu, kami gi kenduri,
kamu dapat jemputan,
tapi kami ta kenal pon tuan rumah..
selesai kami makan
kami gi salam tuan rumah.
dia tanya, dah makan?
dah, jwb aku, terima kasih,nak balik dah.
dia tanya, dari mana ni?
tu,tunjuk aku,belakang ni jer.
hahaha, pakcik tu gelak...jiran rupanya.

Pastu kami terus ke kenduri
di rumah bekas kelik di Ismail whatever..
adik dia kawen..
aku terserempak dgn bos lama.
aku cuma angkat tangan,
dia balas balik,
bila dia macam nak panggil aku,
aku cpt2 toleh tempat lain,
buat2 mcm sembang dgn bini...hahahah

petang, bini aku ajak ker tesco..
utk beli bahan2 menjamu tetamu esok...
aku mmg kagum la dgn orang pompuan.
dalam penat2 gi kenduri..
dia bole jalan dalam tesco tu,
setiap satu row dia lalu..
walhal nak beli bahan masak,
tapi lalu kat bahagian hardware..

lalu aku bwk kluar list barang nak beli,
buat2 cari benda,(kat bahagian hardware)
bini tanya, cari apa?
Buah pelaga, tadak pon,kata aku.
wek :P balas bini aku.

petang, dlm kul 6 lbh, sampai umah.
mlm, lps aku tgk livepul,
kami betiga semua pensan,
tiwi tgk kami.

hari ahad,
pagi2 bgn awal lagi..
prepare sebab ada tetamu nak dtg..

aku ditugaskan membuat air tembikai laici.
dalam kul 11 lbh2
tetamu pon sampai...

ni antara gamba2....(Ehsan kamera Asne)


Kami sekeluarga, terduduk keletihan.
anak aku buat muka kompius.sapa nih?



uwaa!!,uwaaa!!,(translate:Aper pegang2 kami ni,
kami rimas la,sapa hangpa nih????!!)



Juadah utk isi perut besarrr aseb.


Aseb & Asne ajar anak aku jadi mcm deorang.
kecik2 dh ada kereta.



Thank U Dato' Aseb krana bagi ank gua keta.
nanti bila besday anak gua,
gua Call lu utk mintak hadiah lagi.


Lepas deorang balik,
kami gi kenduri rumah 2pupu bini aku.
kt kenduri, jumpa ramai sedara mara dr perlis.
depa nak mai ke umah mak mentua aku,
mintak aku lead the way..

kul 7 baru blik umah...
wahhhletih...

Note: Terima Kasih kpd Aseb & Asne serta Kanos krn sudi
menjenguk kami di teratak buruk kami...nanti dtg lagi..

Wednesday, November 21, 2007

Rutin

Aku sekarang ni tak byk cerita..

Sbb aku buat benda yang rutin sahaja..

Hari kerja,
hari2 g kerja,
balik lunch,
g kerja semula,
kemudian balik...

sebelah malam, samada gi pasar malam,
pi tesco,
gi makan2,
atau dudok umah tgk tiwi..

aku mmg suka wat benda rutin.

penah sekali aku kononnya
tanak wat benda rutin..

aku gi solat jumaat, aku letak selipar bukan di
tempat selalu aku letak..
hasilnya, selipar aku kena kebass...

jadi, kalo rutin harian anda tiada masalah...
jgn la nak try sesuatu yg belum pasti outcomenya..

suhel ada kasi email utk ilangkan bosan..
aku try main,main baling kpl terbang kertas
best juga..
ketagih.
aku cuma bole gi jauh ni jer..


sapa2 nak try, bole mintak kat suhel atau aku.

Wednesday, November 14, 2007

Nyam Nyam Nyam.

(Iklan: Mau cari side income?Aku dah try.Agak la.
klik kat sini)


Semalam, puas mengutuk
aseb dan kanot dalam YM.
Kaie dah tader dalam YM sebab J Lee
dah block YM, hahah. padan muka kaie.

aku juga telah mengajar kepada Kanot
dan kakak aku dua perkataan dlm bahasa
ibunda Isteri aku (kayan),
yg diajar kepada aku oleh isteri aku.

Nampaknya, kanot dan kakak aku amat
gemar dengan perkataan itu..

semalam juga,
aku sampai ke rumah pukul 5.30.
lewat sikit sbb dok layan Aseb YM.

Sampai rumah, aku tgk tiada juadah
makan petang seprti selalu.
aku tgk bini aku siap berpakaian lengkap.
anak aku berbaju baru.

ohhh...
harini pasar malam rupanya..

lepas solat2, keluar la ke psr mlm.
mula2 niat hanya ingin membali sate
yg dah 2 3 hari bini aku dok sebut..

masa tunggu sate di bakar...
jalan jap...

lekat la 2 bungkus ketiaw goreng..
Air milo..

dah la beli sate, beli ketiaw lagi..
pastu bini aku tanya nak makan apa lagi.

aku pon mencari, tapi tiada lg yg berkenan..
lalu kami berenti di gerai jual majalah 2nd hand.

eh?menarik ni.bini aku laju jer menuju ke bahagian
majalah2 resepi seperti majalh Rasa edisi ramadhan..
abg kedai kata, "ni 4 ringgit dik,
tapi ramadhan punya 5 ringgit"

majalahnya bukan yg buruk2, yg bulan lepas.
aku biarkan bini aku membelek2 malajalah itu..
sebab nanti bila beli,
dia akan try masakan dlm mjlh tu..wah, best.
bini aku amek majalh Rasa edisi ramadhan.
aku pulak berjumpa dgn Majalah apo bulan lepas.
RM 2 saja.
lalu kami tau mana nak cari bahan bacaan murah nanti..

sambil2 jalan, aku dgn bini terdengar mcm2 org cakap,
seperti, "eh, depa ni cina ker?
atau" putih macam cina la baby tu."
atau ada makcik mana2 yg berenti lalu picit pipi hanany
yg tegantung dalam beg galas baby.

selesai, amek sate.
balik.

lepas maghrib,
aku menjamah sebiji multivitamin.
bini aku pon.
kata org farmasi...
ni utk supplement dan selera makan.
Aku dgn bini yg dah mmg selera makan ni,
amek ubat utk selera makan lagi.

makan sate.
habes.
pastu makan keropok,
licin,
pastu makan ketiaw lagi,
aku bwk kuar pulak anggur dari peti ais.
pastu aku kupas buah Lai lagi.

perut mmg kenyang,
tapi mulut rasa nak mengunyah lagi...

seketika, aku terbayang paras rupa kanot..

TIDAAAAKKKKKKK!!!!!!
tapi mulut mengunyah lagi.



Note: ni gambar beberapa jam sebelum Kanot nikah.
Perut Aku jauh beza dgn sekarang.
Perut Aseb pon sama.
kaie tatau la.
Jadi, Bayangkanlah camna Kanot.hahaha


Takotnya aku..petang ni kena pi Joging... :p

Monday, November 12, 2007

Saya n..Anti Rasuah

Aku bertanya kepada seorang sahabat
yang memegang jawatan sebagai
rakan kongsi di sebuah firma guaman
di Perak ini.

Bagaimanakah aku ingin follow up tarikh
JDS, WSS, atau mendapatkan sealed copy.

Adakah aku perlu menghantar surat
menelefon mahkamah.
atau perlu berjumpa sesiapa.

Katanya..."pergi jumpa bailif
pastu, Ajak dia minum..."

Pegi Jumpa clerk..
buat muka sekupang...
mohon tunjuk ajar..
lagi bagus kalo disusuli dgn blanja minum...

Standard......

Wednesday, November 07, 2007

opis baru

Aku Stat Kerja
firm baru hari Isnin

aku pon kluar dari rumah pukul 8.20
Aku tiba di opis dkat2 8.30.

Eik?Tutop lagi?
Kemudian aku nampak amoi clerk dtg.
dia bukak pintu.
aku pon ikot naik.

aku tanya dia, sini bukak pukol brp?
dia kata "buke pukul semilan maa..."
"saya dtg awal sbb saya punya rumah dekat sajee"
"jalan kaki saja looo"

aku tanya lagi."Balik?"
"balik pukul 5, kadang2 kalau tatau apa mau buat,
dekat2 pukul 5 suda bole balik maa"

lalu dia bagi satu benda macam remote alarm keta.
"Apa ini?"aku tanya..
"Lemote pintu,incik tekat ini,pintu bukak."

Wah?maju.

Tgh hari..aku balik umah..makan nasik.
Balik pukol 5, 5.05-5.10 aku dah sampai umah..

Selama 2 hari kerja kat sini.
aku dah jumpa ramai org.
dari manager bank ke ahli2 politik.
rasa mcm dah lama kerja.

Yang paling best...
aku bole balik umah bila lunch.
lunch pukol 12.30 ok.

jalan aku utk ke opis adalah
80% taman tasik
10% jalan kem askar
10% jalan pekan Taiping.

Tapi, yang tak best..
aku tak dapat lakukan kegemaran aku kat opis ni.
Bila aku masuk Toilet.
aku cari, mana kepala paip?
tisu tandas saja ada.
Camna nak cuci BERRAK?!!!