Wednesday, January 31, 2007

Kalau dah tera

KUYT!! 1-0


CROUCH!! 2-0


aku tak dapat tengo bola semalam sebab tayangan pukul 3.40 pagi.
aku cari2 dalam intenet..ada rupanya.hahahabest!!

Kanot!!lihatlah liverpul power!!

Tuesday, January 30, 2007

ada sapa tau?

Last Saturday..

tayar keta pancit..
Aku pun bukak tayar..
Tangan aku berlumuran dengan minyak..
Tapi aku rasa mcm tenang..

lepas pasang tayar spare
Aku ke kedai tayar untuk beli tayar baru..
aku rasa seronok brada kat kedai tayar.

Tayar baru siap..tokey kedai tanya..
Mau pasang ka?
aku cakap takpa, nanti wa pasang sedri..

on the way balik.keta rasa macam senget..
sebab tayar spare tu tayar baru jugak..
tiga lagi, tayar lama..
tayar baru tadi,tak pasang lagi..

Sesampai kat umah mak aku,
aku decide nak letak dua tayar baru kat blakang..
dua tayar lama kat depan..
tayar paling buruk..takde bunga..aku buat tayar spare.
sayang nk letak tayar baru kt depan..nanti cpt haus..

aku memulakan kerja...
skali lagi aku berlumuran minyak..
tapi..aku rasa cukup suka dan tenang..

Perasaan ceni jugak aku rasa bila aku repair motor dulu tu.(entry 23/12/2005)

aku rasa cukup release bila buat kerja mekanik.
Lalu aku teruskan dengan membetulkan lubang Aircond,
Bukak karpet keta..isi minyak injin..

Mungkin sebab dari kecik lagi..
aku selalu ikut dan tengok abang aku repair Motor,Kereta,dan Backhoe..
Dia memang mekanik la...
aku jadi minat buat benda tu..
Sampai sekarang pun,kalo dia repair keta ke,motor ke,aku mesti tengok
sampai siap..

Adakah aku cuma berminat dengan kerja mekanik sebab aku dah tengok sejak kecik?
adakah aku boleh jadikan kerja ni sebagai hobi?
atau adakah aku lebih berminat jadi mekanik daripada jadi seorang lawyer?


halamak....macamana nak isi 'deed of assignment' ni..?
sapa assignor?
sapa assignee?
sapa costumer?
sapa vendor?
siap ada endorsement of third party.sapa tu?

ada sapa tau?

Monday, January 29, 2007

Tapi...

Long Call aku takde la best mana.
Thanks to puan Hendon.
Haha.

Tapi yang best.
AM,kano,Suhel,Suria,A.man,Kuzaimi,PakKet,Kak Ziana ada datang..
Selain, Bos datang untuk 'robe'kan aku.

Tak best jugak.
Aku tak dapat bawak mak dan wife aku datang..

tapi best pulak,
bila ada makan2(kenduri)..dapat hadiah besar dari warga HSK.
Dapat hadiah kecik dari Kak tini..
Dan hadiah yang agak mahal dari bos.

Tapi tak best,
bila aku tepaksa usung hadiah besar dan beg berat
menuju ke Puduraya.Bepeluh2.

Pastu best, bila aku sampai tepen, bini aku jemput..
dan kitorang makan ramai2 satu family(bapak&mak mentua serta adik2 ipar)
kat satu restoran apa ntah..ada karaoke..
terhibur tengok orang "menyumbang"kan lagu..


tapi tak best..bila dah lewat malam..kena tido..esoknya keje..
Sabtu pun keje ke..

Tapi..

Thursday, January 18, 2007

BERAK!!! haha

Bini aku tanya.
Nape lambat jwb fon?Sibuk ek?
aku jawab, tak la, gi toilet buang air besar.
Dia kata:
Bagusla.orang kata, kalo buang air kt toilet tempat keje,
maknanya kita seswai kat tempat tu.

aku gelak..
Hahaha.
Aku keje kat TMnet dulu,tiap2 pagi aku buang air kt situ.
Tapi tak rasa seswai pun aku keja situ.

aku kat Hanipah & associate, tiap2 pagi jugak.
2minggu je aku kt situ.
Seswai ke?

Tapi, untuk HSK, mungkin, sebab kadang2 sehari 2 kali.
Tapi tu tanda seswai ke?

bila pikir2, aku pegi Court KL, aku buang air kt toilet dia.
Court Shah Alam pun sama.
G bankrupcy pun.kadang2 kat stesen LRT pun aku buang jugak..

aku buat kongklusi.kalo udah memang antara pukul 9-10 pagi tu,
waktu untuk aku buang air, kat mana2 pun aku rasa nak buang air jugak.
Tak semestinya tanda seswai..

Teringat kat HSK, bila Am tanya, "kau nak gi mana?"
aku jawab. BERAK!!! hahahah

Tuesday, January 16, 2007

Nice day...

Hari ahad,14 Jan 2007.
Aku sampai di KL kul 10 mlm.
Mnumpang di rumah haseb/syukur/Baraq...
Aku tiba je di rumah tu,
Aseb terus pasang Game.
Ajak aku main,sian dia, baraq taknak main dgn dia kot..

Isnin 15 jan 07.
Aku pergi ke opis lama.
Hisham, sobri Kadir.
Jumpa kawan2,BOs,dan staf2..
Aku pun ada urusan.
Dapat la jumpa kANo,Am,suhel,abg man,amir..pak ket pun ada.
Lunch, mkn dengan deorang kat sogo.

Pastu aku g buat urusan aku.
dalam perjalanan, jumpa kawan2..
Raja, abg haris..dan ramai lagi muka yang aku kenal..

Rasa mcm agak nice (nice feeling) bila berada di tempat yang kita kenal..
Aku sikit pun tak rasa kekok bila sampai di taman Melati.
Rasa mcm masih tinggal dengan deorang..
Tak kekok jugak bejalan kt KL, naik LRT, jalan kat Pertama Kompleks.
G bar council..semua rasa mcm biasa..
Rasa mcm aku tak pernah meninggalkan semua tu..

Dan perasaan yang paling best, adalah dapat kembali berbual
dengan orang2 yang mempunyai Tahap intelek yang hampir2 sama..
Pendek kata..Satu perasan yang sangat menarik.

Tapi,despite all that,aku tetap mahu bergegas untuk pulang ke Perak..
selepas salam2, kul 5 tepat aku naik bas..
Tiba di Kemunting, aku disambut dengan senyuman wife aku...
Aku tanya dia, "da makan?"
dia jawab,"Blum.Abg?"
"Blum jugak..."

Aku terus ke kedai Mamak A.rahman tepat kul 9.30..
walopun aku sedar, perbuatan aku itu akan menyebabkan aku terlepas
Siri NCIS yang aku tunggu sejak minggu lepas...
Tapi, makan malam dengan bini kat kedai mamak sambil tengok Hilight EPL,
adalah satu penutup yang baik untuk satu hari yang boleh dikategorikan sebagai..
"NIce day.."

Thursday, January 11, 2007

memudaratkan diri...

Manusia selalu cuba untuk lari dari masalah dengan
melakukan perkara yang memudaratkan diri...

Aku tebaca dalam paper smalam..
Student bunuh diri sebab result jatuh..
Hmmmmm....

Frust je, bunuh diri.

Aku skang ni,dalam keadaan yang agak frust jgk..
Macam2 yang kena aku fikir..long kol paper lagi..
Tapi takder la sampai bunuh diri..Haram..

Kalo zaman muda2 dulu,agak2 frust,
Isap Rokok..
Bawak Moto/keta laju2..
Kononnya untuk menenangkan diri.

Aku masih memilih,
perkara memudaratkan diri apa yang aku nak buat,
kononnya untuk menghilangkan frust.

Isap Rokok?
Tak bole..karang bini aku suruh tido luar jer..
Sakit jantung ke..ape ker..kiracam bunuh diri..tak bole..

Bawak moto/keta laju2..?
laju mana yang aku bole bwk dalam pekan taiping yang selang
5meter je, trafik light.
Lagipun,kalo bwk laju2,eksiden,cam bunuh diri ape.

Hmmmm..aha..aku dah dapat idea.
(aku melangkah turun ke Kafe roti segar)
Bihun goreng satu!
apa yang mudaratnya dengan bihun goreng?
bila bihun sampai, aku terus menjamah..licin.
Termasuklah 2 ekor udang besar...
aku berjaya buat benda yang mudarat tapi sedap dan tak haram.

Petang.Kulit aku mula jd cam udang bakar..

Note:
1.aku je yang mudarat dengan udang.
2.kalau tak kerana iman,tentu Kanot, apon, pakdi dah lama bunuh diri sebab result.
orang lain pun rasa nak bunuh diri tengok result deorang.hahaha

Tuesday, January 09, 2007

Hmmmmm....

masuk ke kedai runcit..

Tokey kedai: Ye bang, nak aper?*(dialih bahasa)
Aku: Bagi Siska sekati...
Alya Dua ringgit.

Terus tokey kedai amek apa yang dimintak..

Tokey kedai: Ok siap,Rm 5.30.
Lama tak nampak kt sin, kerja apa?

Aku: (malas menerangkan tentang longkol paper aku)
"Pengacara"...kat kuala..

Tokey Kedai: wah..bagusla..Saman orang la naa..

Note: tu la orang melayu zaman sekarang,cepat tepengaruh dengan cite tipu.

Monday, January 08, 2007

Lost memories...

Akibat busan di opis.
Akupun menjengah Entry2 aku yang lama.
Entry sejak tahun 2004...
Kebanyakannya ada lagi..

Bila aku baca...
aku teringat la balik zaman muda2 dulu...
banyak yang aku dah terlupa..
Dulu,Kanot,aseb,kaie dan pakdi antara watak utama dalam blog merapu aku..
banyak benda2 lucu yang berlaku dan aku jadikan entry..

tengok jugak gamba2 lama dalam entry dulu2..
tengok kekurusan kanot,fidin,lan syah yang pastinya berbeza dari skarang.

tengok entry2 tu jugak, baru aku sedar...
aku dulu adalah seorang yang amat berbeza..
entry2 aku dulu,memang main2 je..

tak sangka jugak, hobi main2 aku,boleh dijadikan medium utk aku mengingat balik kenangan zaman bujang...

Skarang watak2 utama dlm blog aku, semua dah buat haluan masing2..
teringat zaman aku dgn kanot mlawak2 untk kawen awal.

Skarang,Kanot mmg da stengah tahun kawen..
Aku pun sama...
Aseb, masih mcm dulu kot.
Kaie..masih stadi..
Pakdi..SApa Pakdi?

Skejap je masa belalu
usia makin meningkat...
Tugas makin berat..

Thursday, January 04, 2007

A life in you....

It was the first time me & my wife came to this place..
She looks worried..
Me either..
I saw a few ladies sitting..
waiting for their numbers to be called..

My wife went to register her name...
Then she came back..our turn is No.23.
She looked at me and smile...
She still looks worried despite her beautiful smile..
I said to her.."Insya Allah, semua ok.'dia' sehat je kot.."
She replied.."harap2 centu la.."

TING! TONG! No. 23!

We went inside the room...
A chinese guywearing glasses sitting there...
"Good afternoon!" he said.
"Afternoon..."I replied..

He then asked my wife a few questions..
Then he took me and my wife to another room..
He then check my wife's blood pressure & urine..
Then he put a device on her belly..
On the monitor...there's something moving..
he snap a freeze picture of the moving thing.

This picture...

(right click to zoom)
I just smiled..
My wife Smiled..
Our little baby,moving inside my wife...

the chinese guy then said.
"Baby fine.Mother also fine."
"Blood pressure normal"
"urine normal"
"everything's fine"
he smiled....

Alhamdulilah...

That was more than a month ago..
we went there again..
the chinese guy did the same thing..
and the picture...


Our little baby, now bigger..
Look closely.."H" for head..and "B" for body..

Alhamdulillah..
the chinese guy repeat the same statement as above.
"baby ok..bla2 bla2.."

When paying the fees..
Haha..no wonder the Chinese guy looked so nice inside the room..
He "sembelih" us here..
haha..

That does'nt matter..As long as everything going well..
I looked at my wife.
I said to myself..

There's a life in you...

Wednesday, January 03, 2007

aderghh..

Menjengah baki akaun bank aku..
Baki anda:RM ***.56

3 digit je lagi tinggal?
adergghh..

baru minggu lepas dapat gaji..
tapi, gaji setengah bulan bekerja je..
lagipun, aku masih belum dapat gaji full..
dek kerana long call paper yang masih pending..
3 bulan lepas habis chambering, paper masih pending..
adergghh..

tepaksa la aku hold dulu hajat nak sewa umah..
duduk la dengan mak mentua aku lagi..
sian bini aku...penat keje, balik, melayan adik2 pulak..
kalo dah duduk asing, balik, dapat la rehat2.
adergghh..


beberapa bulan lagi, InsyaAllah.
dah jadi bertiga...
doa2la murah rezki anak...

Selamat Tahun Baru...

Aku rasa belum telambat untuk ucap

Selamat Hari Raya A'idiladha...
Selamat Tahun Baru..

Tahun baru..
semangat baru..
aku pegi keje pun, dengan cara baru..
iaitu, naik bas.
keta aku park dekat stesen bas.

pagi2, sblum ni ada bini aku salam2 bila aku nak g keja..
Tapi, pagi tadi, dan hari2 sterusnya,
aku salam2 bini aku, sebab dia g keja lagi awal,kul 6.45.
aku antar dia g keja, pastu aku balik pulak untuk besiap.

tahun ni, doa2 la rezki lebih sikit..

p/s..kalo ada gamba2 wedding aku. email ke hakimihjshaari@yahoo.com
untuk membe2 hsk, kalo free, contactla..aku takde kredit nak contact korang.