Tuesday, December 23, 2008

Baru.

Hah.
Aku dah start kerja firm baru mulai semalam.
Macam biasa,
(kpd yang selalu lompat firm)
hari 1st lepak2, kenal2 staff, tatau nk buat apa.
NGANGA.

bilik aku di hujung opis.
meja aku mengadap kaca yang besar.
Jadi semua aktiviti staff aku nampak.

Aku ditunjukkan oleh sorang Partner
berkenaan dgn network.
Dokumen ni dlm folder mana.
gitu2 la.

Pastu aku terpandang pada Taskbar.
Eh?ada YM kataku buat2 terkejut.
Partner tu pon kata,
sini YM adalah mode of communication.
Lagi satu kita guna SKYPE.

aku pon tatau skype tu cana.

tak kissah.
Yang penting,
Bole YM tanpa rasa tidak berkat.haahhaa.

mula2 aku igt tahun depan baru start.
Tapi boss lama inform bahawa gaji aku telah
dipotong untuk ganti duit PC09,
potong2 tinggal beberapa Rm saja.
jadi, aku terpaksa masuk kerja awal.
Cari duit ma..

Kepada MArdiah M.Kula,
dengar2 ada cerita baru?
bila nk bagitau?

Kepada KANO dan Ki Kola,
Tahniah dengan kelahiran
Bayi lelaki SEBERAT 3.6 KG itu.

Sms sampai pukul 3 pagi kot.
2 Kali lak tu,
Tapi salah aku mengset ringtone
menggunakan lagu Paramore.Gila terkejut.

aku sms kano kata tahniah.
Anak berat Macam Mak Pak dia.hahaha.
Tahniah, selamat tak cukup tidor.

***********************************

LIVERPOOL stays on top of the Lig.

Thursday, December 18, 2008

LAST DAY?

Untuk rakan2 aku yang aku dah bagitau,
Depa tau la harini last day aku bekerja untuk Firm ni.

Ya.Aku tender Resignation sebulan yang lalu.
Menggunakan kerangka surat Resign Milik Aseb
yang Popular itu.
Bukan Aseb popular, tapi kerangka surat resign beliau.

Kenapa surat beliau menjadi Pilihan,
sebab keberkesanan surat beliau amat dikagumi.
Dengan rekod lompat 3 firm dalam masa setahun,
Aseb antara yang terer tulis surat resign,
Ditambah dengan beberapa ayat JAMBU
seperti "For the best Interest of Both Parties"
dan juga "without taking into consideration my annual leave".

Ya.ia berkesan untuk aku.
Tapi rugila, annual leave aku ada 10 hari lagi.burn.

Sejak hari Isnin lalu aku dok clearkan file.
jadi sori kepada Linda yang tag aku, tak sempat buat lagi
entry teg hang tu.

Arin pon aku rasa tentu dia tengah
clearkan file2 sebab dia nk pindah KL.

Kira sebagai courtesy la kepada firm
dengan mengclearkan apa2 yang mungkin boss
tak tau lansung apekejadah perkara yang berlaku itu.

Aku tidak sekejam seorang rakan aku itu,
Pada hari last day beliau,
beliau tidak jumpa mencari satu file
untuk mention kat court.
Setelah ditanya semua org termasuk boss beliau,
boss beliau pon buat tatau,
dia pon tak jumpak file tu, lalu dia tak pi Court.
client pon kena JID.

last2 rupanya file tu ada bawah meja dia,
dia pon tatau sapa letak situ,
dengan sengap2 dia letak file tu Baaaaaaaawaaaaaaaaaahh meja boss dia.
File tu sebenarnya boss dia punya,
file general.

Lepastu dia pon tatau apa terjadi dgn file tu.

Aku pulak, tengah sibuk tulis2 note pada file
supaya sesiapa yang amik alih akan tau apa next step.
kalo tatau kol saja aku.Aku masih bekerja di Taiping.

Tadi kelik dari ipoh dah dtg amik file2 general,
dia nk sambung katanya.Benk punya kau tinggal jer dulu katanya.haha.

kerani2 aku dari semalam masih meminta supaya
aku stay kerana deorg tanak Loyer pompuan yang ganti,
Pompuan susah, banyak songeh kata mereka, sedangkan mereka pompuan.


petang ni aku allocate pulak untuk aku
uninstall program2 seperti Ares, YM, dan sebagainya.
juga aku kena copy gambar2 perbualan YM aku dgn Kanot dan aseb
yang telah aku snap itu.
Precedent2 pula aku dah copy ke satu folder dalaman dan di hidden kan.

dan last sekali aku akan buang password PC ini.
sebelum tutop dan melangkah pulang....

Tahun Baru, aku akan mula kerja di tempat baru,
klik dari ipoh dah ajak aku turun sana makan2,
I baru ambik duit rebet tadi, sementara I kaya,
baik ko turun Ipoh, kita minum2 makan2 dengan lan katanya.

sebelum masuk kereta...kelik berkata..
Gooodluck keje tempat baru..
Thankz kataku...

Tahun baru...Tempat baru...
Rezeki baru...InsyaAllah....

Friday, December 05, 2008

Kami dan Malinja

Aku ke Lembah klang Rabu dan Khamis lalu.
Atas urusan kerja.

Tapi aku bukan nk cerr pasal kerja, Mallas nk kerja.haha

Aku dah Sms kanot untuk roger rakan2 lain.
Supaya berkumpul di Malinja.
Port lama zaman muda2.

Kira Reunion secara bujang la.

Kira2 kul 8.30 aku tiba dulu di sana.
Tak lama kemudian kanot pula Tiba.
Kami sembang2 sementara menunggu aseb.

Kaie tak dapat datang kerana khabarnya BIZI di Terengganu.

Aku dan Kanot Khuatir
kalau2 Aseb akan mengamalkan Konsep
"Pi Dullo"nya.
Kerana masa aku tepon tadi dia macam gelak2 kecik.Hehe gitu.

Kemudian aseb pon tiba.
Aku dan Kanot Tepuk dahi.
Aseb tak mengamalkan konsep "Pi Dullo',
tetapi dia mengamalkan konsep
yang juga dipelopori oleh beliau iaitu konsep
"BINI ORDER".
Aseb datang bawak Asne daa...

Aku dan Kanot menyangkakan Program untuk bom
aseb tidak dapat dijalankan dgn sempurna
kerana adab depan bininya kena jaga.

Mungkin itu jugalah sangkaan Aseb,
dengan bawak bini, kami mungkin akan lebih berlapik.

Malang bagi aseb,
tanpa disangka oleh beliau dan juga kami,
Asne juga mengambil peluang bertemu dgn kami
untuk cari "gu" bom aseb.

Asne bertindak sebagai super-sub menggantikan kaie
dengan prestasi yang agak mengejutkan.
Nampaknya ketiadaan kaie dpt diisi oleh Asne.

aku, kanot dan asne bergabung mengebom aseb
dan keputusan akhir ialah 3-0.haha.

Aseb hanya mampu bertahan dengan perkataan Pung**q yg diulang
16 kali.

Nampaknya dengan prestasi yang ditunjukkan Asne,
kaie terpaksa memanaskan bangku simpanan.

sedikit gambar2 malam tu.



ini kanot, eh? mana kanot, not! Not!
eh ada, sori, flash tadak.



Ini muka Asne yang puas hati
dengan prestasi semasa beliau.


Ini pula Muka Aseb.Kena bOm, biasa la.

Sebelum pulang,
aseb sempat passing DVD FM 09 dan Fifa 2006.
Tukun da tak mampu main Fifa 09, jadi ajak aku main Fifa 06.layan jer la.

***********************************************************************

Selamat Hari Raya Aidil-Adha
dari aku, Miza dan Hanany.

Kami beraya di KL tahun ni.


********************************************************************
Member kita Arin dah BERENTI JADI LOYERRRRR!!!!!!!!!!!!
kita yang lain bila lagi??????????????????

Tuesday, December 02, 2008

Anak.

Dah lama aku tak update gamba anak aku.

sbb aku tadak idea lain.
cerita pasal anak la.


Haa..Ini dia anak yang mewarisi genetik mak dia.
Umur baru setahun setengah, dah pandai
pi survey baju sendiri.



Tak habis2 lagi survey baju.
Hanany: wah, byk betul pilihan.murah2 lak tu.


Lepas pilih baju, pilih buku pullok.




Buku ni takbest, letak balik.




Haaaa.....yang ni best.


Bahaya betul, kecik2 sudah terer shopping.