Thursday, December 18, 2008

LAST DAY?

Untuk rakan2 aku yang aku dah bagitau,
Depa tau la harini last day aku bekerja untuk Firm ni.

Ya.Aku tender Resignation sebulan yang lalu.
Menggunakan kerangka surat Resign Milik Aseb
yang Popular itu.
Bukan Aseb popular, tapi kerangka surat resign beliau.

Kenapa surat beliau menjadi Pilihan,
sebab keberkesanan surat beliau amat dikagumi.
Dengan rekod lompat 3 firm dalam masa setahun,
Aseb antara yang terer tulis surat resign,
Ditambah dengan beberapa ayat JAMBU
seperti "For the best Interest of Both Parties"
dan juga "without taking into consideration my annual leave".

Ya.ia berkesan untuk aku.
Tapi rugila, annual leave aku ada 10 hari lagi.burn.

Sejak hari Isnin lalu aku dok clearkan file.
jadi sori kepada Linda yang tag aku, tak sempat buat lagi
entry teg hang tu.

Arin pon aku rasa tentu dia tengah
clearkan file2 sebab dia nk pindah KL.

Kira sebagai courtesy la kepada firm
dengan mengclearkan apa2 yang mungkin boss
tak tau lansung apekejadah perkara yang berlaku itu.

Aku tidak sekejam seorang rakan aku itu,
Pada hari last day beliau,
beliau tidak jumpa mencari satu file
untuk mention kat court.
Setelah ditanya semua org termasuk boss beliau,
boss beliau pon buat tatau,
dia pon tak jumpak file tu, lalu dia tak pi Court.
client pon kena JID.

last2 rupanya file tu ada bawah meja dia,
dia pon tatau sapa letak situ,
dengan sengap2 dia letak file tu Baaaaaaaawaaaaaaaaaahh meja boss dia.
File tu sebenarnya boss dia punya,
file general.

Lepastu dia pon tatau apa terjadi dgn file tu.

Aku pulak, tengah sibuk tulis2 note pada file
supaya sesiapa yang amik alih akan tau apa next step.
kalo tatau kol saja aku.Aku masih bekerja di Taiping.

Tadi kelik dari ipoh dah dtg amik file2 general,
dia nk sambung katanya.Benk punya kau tinggal jer dulu katanya.haha.

kerani2 aku dari semalam masih meminta supaya
aku stay kerana deorg tanak Loyer pompuan yang ganti,
Pompuan susah, banyak songeh kata mereka, sedangkan mereka pompuan.


petang ni aku allocate pulak untuk aku
uninstall program2 seperti Ares, YM, dan sebagainya.
juga aku kena copy gambar2 perbualan YM aku dgn Kanot dan aseb
yang telah aku snap itu.
Precedent2 pula aku dah copy ke satu folder dalaman dan di hidden kan.

dan last sekali aku akan buang password PC ini.
sebelum tutop dan melangkah pulang....

Tahun Baru, aku akan mula kerja di tempat baru,
klik dari ipoh dah ajak aku turun sana makan2,
I baru ambik duit rebet tadi, sementara I kaya,
baik ko turun Ipoh, kita minum2 makan2 dengan lan katanya.

sebelum masuk kereta...kelik berkata..
Gooodluck keje tempat baru..
Thankz kataku...

Tahun baru...Tempat baru...
Rezeki baru...InsyaAllah....

No comments: