Friday, September 26, 2008



kpd semua pembaca, yang bising reader ka, silent reader ka,
mangsa kutukan ka..

Marilah kita bermaaf-maafan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin.


Dari Mohd Hakimi, Hamizawaty dan Durratul Hanany.

Raya gua balik kampung.
Nak beraya, roger dulu a.

Thursday, September 25, 2008

Tepon, Kawan2, dan Nasihat.

Tepon aku jenis flip.Samsung.
sejak anak aku selalu tauk buang fon tu,
Kalo aku tutup flip tu, org tak bole call aku.

Jadi untuk membolehkan org kol aku,
aku kena sentiasa bukak flip tu.
dan letak dlm poket baju.
kalo letak lam poket sluar, patah la plak.

Beberapa kali klien dan developer
bertanya tentang kelakuan aku itu.

Ada sorang wakil developer tu berkata.
bahaya letak hempon kt poket baju.
efek jantung.

Aku jawab. kalo letak lam poket seluar lagi bahaya.

Dia kata, takpa, you dah ada anak kan.HAHAHAH.

Utk rekod, tepon ni pon bukan aku beli,
pow mak mentua aku punya bila dia beli fon baru.

****************************************************

Semalam kanot Call.
Bersama dia adalah Aseb dan Kaie.
Bukak puasa reunion F.4.4 katanya.
Aku kira jarak jauh la.

Wah, Kaie sejak insiden entry aku dulu,
lama menyepi, tiba2 terus bom aku ya.

Lalu aku mengugut untuk buat entry baru.

kanot mengkabarkan aseb nyaris
mengaplikasikan konsep "Pi dulloo" nya.

Dlm waktu singkat tu, aku dgn Kanot mcm biasa,
Sempat bom aseb.

Kalo kanot, kaie dgn Aseb perasan,
aku tidak mengebom sgt mereka,
karena time itu aku tgh drive
dan anak bini aku ada di sebelah.

Nanti anak aku suka bom org juga.
tak bole tunjuk contoh yang kurang baik...hahahah.

******************************************************

Minyak turun 10 sen saja.
KOQ. kasik turun Singgit la.

Barang still mahalll tau.
Barang nk buat kuih raya semua mahal..

Kalo turun sekupang,
bilanya inflasi nk turun.

Bila nak capai inflasi sifar mcm zaman aku
tingkatan 3 dulu.

Wahhhhhhhh...
Pastu ada siap lantik dua org penasihat baru pulak....

Berapa ribu pulak gaji nk bayar kat deorg tu?

kejadah nk penasihat2?
kan dah ada menteri bertanggung jawab.lagi mau penasihat.

Ni la perangai org tak makan nasihat.
lebih umoq 40 tahun pa.

Edited. Diambil dari sumber HARAKAH la.MAna LAGI

Penurunan minyak semalam adalah merupakan kali kedua selepas kali pertama dengan kadar RM0.15 menjadikan jumlah setakat ini adalah RM.25 dengan kadar harga semasa minyak dunia pada tahap USD92 setong.

Sesetengah pihak mengandaikan contoh formula yang kerajaan gunakan untuk menaikan harga minyak semasa harga minyak dunia melambung ke USD 146 setong.

Persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, apakah alasan yang diberikan kerajaan untuk tidak menggunakan formula yang sama apabila minyak kini berharga kurang USD 92.7 setong.

Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.
************************************************
Edited 4.36pm.

di saat kita menanti munculnya Hari Lebaran,
ada insan yang bersedih akibat dari
kezaliman pemerintah.

Mari kita sama2 mendoakan kesejahteraan
Saudara kita yang dikurung oleh Akta yang Zalim.

Baca Kisah INi.

Monday, September 22, 2008

macam2 ada

Aku tatau la apa jadi dgn suasana Politik
kat Malaysia sekang ni.

Tiada langsung kepastian.

sebab, aku dah lama tak tgk buletin Utama.
Tu yang menyebabkan aku lansung tatau
apa jadi dgn suasana Politik sekang.
Lalu aku tak pasti.

Kerana, malam kita siap2 nk pi terawikh.
Jadi mallas la nk tgk buletin Utama.
lagi satu sebab anak aku
pulak meminati rancangan Bolos.
Jadi sapa pon tak bole kacau dia tgk rancangan tu.

Kalo nk tau pasal politik.
Pi baca blog kanot.
Tapi politik sebelah pihak saja la.
sbb kanot pastinya akan menghentam BN.

Aku pulak, sekarang ni lebih
tertarik kepada pandangan yang diutarakan
Faisal Tehrani.
Beliau tidak menyebelahi mana2 pihak
dan kritikannya bermesej.

Berbeza dgn kanot yang tipikal PAS.
Hentam.
hahaha.

Kalo nk tau apa FT kata.
Pi la blog dia.
hahaha

Cuma aku nk tanya pihak berkenaan.
dulu masa minyak dunia naik,
dalam masa 24 jam.
harga minyak terus naik.

Sekang ni, harga minyak dunia dah turun.
apasal secara Lembab sekali nk turunkan harga?
BUDUH.

***************************************************
Pagi Sabtu yang lalu,
aku sekeluarga saja2 nak pi usha2 apa2 offer yang menarik.

Ramai gila UMAT di seluruh pelusuk pusat membeli belah.

Aku hanya berniat membelek untuk usha harga.
Duit pon tak bawak.

Tiba di satu butik.
butik yang tahun lepas aku beli baju kat situ.

Bini aku dgn lajunya memilih baju.
lantas dia berkenan.
lalu dia memilih untuk aku, untuk dia dan hanany.
sedondon.
Hanany dah bole pakai baju kurung.

Lagi la dia excited.
apa lagi....angkat terus laaaaaa................

oppp....tu baru baju raya pertama.
Raya seterusnya..hari lain pula...
yaAAAAAAAAAAAAAAAA...........


********************************************
Aku tak sedar..
sebenarnya Blog aku yang aku saja suka2 tulis ni
ada silent reader.

Awal2 dulu aku tatau pon ada term silent reader.

rupanya silent reader ni,
org yang baca, tapi tak komen apa2.
sengap saja.

patutla hari2 aku check org yang datang blog aku ni puluh2 org.
yang komen pula balik2
Arin, Kanot, Aseb, Pakdi, Matjap, Mohsen, Am, Kano, Madulebah.

yang lain2 tu. sudi2 kan la komen.aku pon nk tau apa blog korang.


***************************************************

Majalah 3 Sabtu lepas ada membuat liputan tentang
kuih "KALAKATAR" iaitu sejenis kuih popular
kaum BANJAR.

Majalah 3 telah membuat liputan bagaimana Bini Haji Ajiz
dari Batu 5 Jalan BAru 34200 Parit Buntar
iaitu kampung aku membuat kuih KALAKATAR.

Dulu mak aku selalu buat kuih tu.
dah KALAKATAR mak aku adalah yang paling sedap.
tapi mak aku tak jual.
bagi anak2 makan saja.

Terima kaSIH Majalah 3 kerana memperkenalkan
kuih warisan Kaum BANJAR.
sadap wadainya toh.

Monday, September 15, 2008

BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

Aku menerima SMS seawal minit ke-3
perlawanan itu bermula.

Aku tidak memperdulikan SMS itu.

Tapi bini aku yang baca,
Sbb dia takut kot2 aku ada gelfren lain yang antar SMS.
hahaha

Kata dari Mohsen:
SMS bertulis, wUUUUUU BOOOOOO...

Satu lagi dari Matjap:
SMS bertulis, Tu diaaaaa....1st Assist.

Dalam hati aku berkata, Sial.

Aku menunggu dengar sabar.

Sehinggalah rembatan Xabi Alonso
yang terdeflect di kepala Evra.

Lalu Van Der Sar meluru keluar,
tepis bola,
Kena keting Brown.
YEAHHHGGGHH!!!! GOAAAALLLL!!!

Aku jerit.
Anak aku pon ikut melompat.
Bini aku geleng kepala.

aku sengap balik.
nanti dulu..SABBBARRRR...

Lepas lama menunggu,
dengan debaran usah dicerita.

Akhirnya..
RYAN BABEL merembat masuk untuk GOL KEDUA!!!!!!!!!!
YEAGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHGGGHHHHH!!!!GOL>!!
Anak aku pon ikut juga melompat lagi.

Abes GAME.
Aku balas balik SMS MOHSEN.

bertulis: Lain Kali pi Solat terawikh dulu,
Balik baru tengok result.Menang pulak.
(aku tak pi pn terawikh :P)

Dia menjawab: MAN U Ilang FOKUS LAAA..
ALAH. ALASAN. BOOOOOO MOHSENNN.BOOOOO

Mat jap pula aku jawab:
1st Assis?Jadi?Kalah juga kan?

Jawapannya: aku cakapa pasal berbataov saja..hahahaha
Ceh..Alasan lagi.BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO


BOOOOOOOOOOOOOOOOOOO semua penyokong MAN U..
Kanot terus sengap.

Friday, September 12, 2008

walimah lepas raya

Aku sudah mula menerima Kad jemputan
Walimah dari kawan2.
Biasa la, lepas raya memang begitu.

Antaranya ialah AJEM.
yang akan melangsungkan majlis
di sebelah pompuan di Muar pada 5 hb 10.
Manakala di rumah Ajem pada 12 hb 10.
aku tak risau sgt sebab insyaAllah bole pi.
Rumah Ajem adalah di Parit Buntaq.

Kami sekapal.Banjar.
Tahniah kepada Ajem dan Myza.
(ramai org bininya nama miza ya)
Selamat Pengantin Baru.
Semoga kekal ke Syurga.

satu lagi yang aku dah terima ialah dari K.A.
Seperti yang dijangka.
K.A kawen dengan Mi Tuid.
Kenduri di umah K.A adalah pada 4hb 10.
Manakala umah Mi Tuid 29 November.

Ini aku risau.
Karena Mi Tuid datang kenduri aku dulu.
Nak pi perli bulan 11 nanti, tak bole nk janji.

Nak pi 4hb kat balik pulau,
Aku tak pernah bawak kereta dalam pulau Pinang.
Usahkan dalam pulau pinang,
atas jambatan pon aku tak pernah drive.
Pastinya kesesatan menanti.

Tapi, apapun tahniah kepada K.A dan Mituid.

Aku gembira bila depa sampai ke jinjang pelamin,
sebab aku pernah terlibat secara lansung
dalam meng"kenen"kan K.A kpd Mituid.

Idea dari ASEb pada malam UIA blackout itu,
terus di"execute" oleh aku dan aseb.
Malam UIA blackout pasti menjadi ingatan Mi Tuid dan K.A.

Begitu juga di Hari Muktamar PAS di Taman Melewar.
di mana K.A meminta aku menghantarkannya ke sana
untuk berjumpa Bapaknya.

Tak elokla aku pi sorang,
jadi aku Ajak Mi Tuid pi sekali.
Itula 1st time Mi Tuid jumpak bakal Pak Mentua dia.

org kata, cinta pandang pertama la.hehe.

Lain2 execution oleh aseb, kena tanya dia.
Apapun, Tahniah Kepada K.A dan Mituid.
Selamat Pengantin Baru.
Semoga kekal ke Syurga Jugak.

Aku ada talent "matchmaker" jugak ek.

sapa2 lagi nk kawen, sila hantar kad.
Tapi, tak janji la bole pi.
**********************************************

Aku rasa kecoh2 kat Penang tu Sandiwara ja.
Nak meniupkan isu perkauman.
Jadi janganlah terpengaruh ya.

Buat2 tatau saja.
Puasa, Bukak Puasa,
Solat,
Solat terawikh,
Bayar Zakat,
Lalu Sambut Raya.

Tuesday, September 09, 2008

Sumpah, Puasa dan lain2.

Itulah korang..
Sumpah sana..
Laknat sini..

Mak aku pernah pesan dulu..
Masa tu kawan2 aku popular dgn perkataan Bodo.
Mak aku kata.Jangan kata Bodo kt org lain.
Nanti berbalik kepada kita.

Justeru samapi besar aku tak kata
bodo direct kepada kawan.
Hinggalah aku masuk universiti
lalu aku memaki individu politik dgn perkataan bodoh.
Alhamdulilah, setakat sekarang, makian aku tu,
direct kena mereka dan tak patah balik.
Sebabnya, org tu, makin lama makin bodo.haha.

Bagaimanapun aku seringkali mengucapkan
perkataan BUDUH kepada Kanot dan Aseb dan lain2.
Tapi Buduh yang diucapkan itu bukan bermaksud aku kata
depa bodo.
hanyalah satu penekanan untuk men"degred" sahaja.

Situasi politik kita sekarang centu la.
Dok sumpah sana.
Laknat sini.

Sudah2nya, laknat itu terkena balik
kepada mereka.

Katanya kerajaan Perak akan tumbang 31 Ogos.
Katanya Gabungan mereka Kuat dan kukuh.
Katanya Pakatan disini rapuh.

tapi sekarang terjadi sebaliknya.
Di Pulau Pinang,
Gabungan itu terus pecah.
tak tunggu retak.
Pecah terus.
dengan hubungan antara mereka diputuskan secara rasmi
di peringkat negeri.

Jadi, moralnya.
jangan nak melaknat sesuka hati.
nanti patah balik.

*****************************************************

Aku tatau korang dah tgk ke belum Iklan Proton
pasal pakai tali pinggang belakang.

Iklan yang sungguh menyeramkan dalam masa yang sama
lucu, dan juga mesej yang nak disampaikan juga jelas.

Sejak semalam aku tgk belum ada tivi yang
pasang lagi iklan tu kecuali tivi 3 dlm pukul satu lebih.

Iklan ni kedua terbest selepas iklan
"Motor ni ABAH PUNYA".

korang kena tgk.
(Difahamkan iklan ni Iklan tahun lepas.Awat aku tak biasa tgk?)

** Edited: aku jumpa iklan ni kt u tiup.



****************************************************

Suhail rasa janggal tada org wish dia besday.
Pesanan aku...
Tu baru time betunang..
Sok kalo ko dah kawen dan ada anak cam aku.
Lagi la tak ramai yang wish.

jadi.cuba biasakan diri dari awal.
bila mau kawen?
kawen la cepat, bole bawak bini pi china...
tadak la tidoq sorang kat china tu...

**************************************************
Siapa nak Air Soya Segar dan Panas,
Sila ke gerai bawah pokok depan mesjid
di Bazar Ramadhan Gunong Semanggol.
Sebungkus singgit saja.
Hehehehehe...

Friday, September 05, 2008

PUASA, DULU DAN SEKARANG



Harini dah masuk hari ke5 kita berpuasa.
Rasa lapar macam hari pertama kedua dulu
pon dah mcm biasa.

Berbuka pulak, setakat ni,
Aku beli jer.
Sbb hari2 nak merasa makanan lain.
Bazar Ramadhan kat Kamunting ni,
Hari ujan pon Ramai org,
kalo mai pukul 6 setengah,
mmg beli serdak kuih jelah.


Teringat zaman muda2 dulu masa kat UIA.
masa tu hidup kena berjimat.

Jadi, bukak puasa kitorang kongsi duit.
Masak nasik.
Yang selalu jadi mangsa beli lauk
aku dgn matjap la.

Aseb masak nasik.
Kanot Main game.
Kaie main game jugak.

sempatla kitorang abadikan saat
bukak puasa tu dlm bentuk visual.
Tapi komputer korang kena terang la.
kalo tak, tak nampak. Gambar gelap.



Da yang ini.



Yang paling aku igt pulak
sewaktu aku bersahur.
Masa tu awal semester.
Duit loan tak dapat lagi.

Aku dan kanot.
Yang ada cuma kuih coq peneram ja.
nak tanak,
aku dgn kanot sahur coq peneram saja pagi tu.

Ungkapan kami berdua masa
makan coq peneram itu
untuk menggembirakan hati yang berduka
ialah..:
"YA ALLAH...SEDDAPNYA COQ PENEGHAM NI.."

Air pulak hanya air sejuk..
minum untuk mengelak mengkelan..
Sedih ooo masa tu.

Sampai sekarang aku dan kanot
masih ulang2 ungkapan tu apabila tiba
bulan Ramadhan.

tapi dulu la.

Sekarang Alhamdulillah..
Aku bole pilih aku nk makan apa untuk sahur..
Dan pastinya Kanot pon begitu..

Tapi, macamana dengan Insan2 lain...
mungkin ada yang tak mampu lansung nak bersahur,
walopun dgn coq peneram....

*****************************************************

Aku tau bini aku telah mula
terpengaruh dan mengikut dakyah aku apabila:

1) Aku menunjuk ke skrin Tivi sambil bertanya,
"Sapa tu?"
Dengan laju dia menjawab : GERRAD!!.
walhal sebelum ni dia cuma kenal Kalid jamlus.

2) Sewaktu menggunakan mesin pengisar soya,
Aku bertanya, "Tau tak sapa cipta mesin ni?
Dengan laju dia menjawab:
"JOHN pengisar".

dan macam2 lagi..Bagus.