Friday, May 30, 2008

"I note that now the government has recognised the importance of the blogs.
It is proposing to have its own blog.
But more importantly the mainstream media
are now quoting from the blog and even dare to write on formerly forbidden subjects.


This is to be expected as many people no longer
read the mainstream papers or watch television.
The NST circulation has been reduced to an average of 135,000 daily
including free and discounted copies for hotels, schools and airlines.

Unless there is instruction to spin news from certain quarters,
the mainstream media might become irrelevant"


-Chedet.com

Sedikit petikan dari tulisan Tun Mahathir.

Blog dia capai 1 Juta pembaca dalam masa sebulan.

Aku pulak, dah blogging sejak 2004.
Masa tu tak ramai yang tau pasal blogging.
Tambahan pulak time tu kalo nak edit,
kena baca satu2 script html.

Tak pernah aku sangka aku akan blogging sampai
ada anak bini.

cumanya aku takder la capai satu juta lagi cam Tun.

Blogging sekarang ni dah jadi semacam jadi media
menyalurkan maklumat.

Tak kisah la fakta ka,
Gossip ka,
Fitnah KUBRA ka...hahaha.

mcm Tun kata, org sekarang
lebih minat baca blog dari baca paper.
yelah, paper asik kempen untuk BN jer walopun
dan lama abis PRU.

Tivi pon gitu, sehingga sekarang,
aku cuma tgk berita time
berita sukan atau rompak2/eksiden sahaja.

Blogging ni bagi aku,
tempat untuk aku berinteraksi dgn kawan2
yang dah bertebaran di muka bumi ni.
(fantasyiru fil arD)

Tanpa blog, tentu dah lama aku lost kontek
dgn kawan2.

Jadi...sempena hari jumaat ni,
dan juga hari isnin yang cuti minggu dpn,
(aku amik leave)

mari kita renung2 kan

Antara satu tanda2 kiamat sudah hampir ialah,
berlakunya penzinaan berleluasa.

Zaman sekarang ni memang dah berleluasa.

Manusia berperangai lebih teruk dari binatang.
(ulaa ika kal-an'amm balhum adoll)

Tapi, yang penting sekali,
bukan bila kiamat tu berlaku,
tapi adakah kita dah bersedia cukup untuk itu?

fikirkan..........
***************************

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada:

1) Kak Zue. Majlis 2 hb Jun.
(patutla lama tadak komen blog)

2) Nazri & Azahana. Majlis 31hb Mei.
(kwn sekolah aku yg akan kawen dgn
gilfren dia sejak sekolah dulu.)

3)Che Sayang 1hb Jun.
(Learned fren merangkap junior sekolah dan UIA)

4) Ijen, 1hb Jun
(kwn sekolah rendah dari Parit sg dungun)

5)Amir Kusyairi.31 hb jugak.
(member UIA)

6)Semua yang kawen ujung minggu ni...
Mari membina masjid dan menambahkan UMMAT.

Wednesday, May 28, 2008

Hepi Hepi

Teringat satu perkara.
Yang berlaku tak lama dulu.

Tapi rasa macam baru saja berlaku.

Haritu
Aku bangun subuh, dan lepas solat,
aku terus menuju ke hopital.

Memang bedebar..

tup2...dah setahun perkara tu berlalu..

Harini 28 Mei 2008.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang Pertama.

DURRATUL HANANY BINTI MOHD HAKIMI
1 Tahun....

Semakin Lincah, Semakin Byk akal,
Semakin byk perangai...
Dan Sihat wal afiat selalu...

Alhamdulillah...

Tuesday, May 27, 2008

Benda baik jangan sorok..

Ahaha...

Lama aku tak update.
Banyak kerja la.

Cuma aku dapat berita..(gossip)
Kononnya dua org rakan kita dah bertunang.
WAHHH!!!.

Tapi tak ramai yang tau...
Berikut adalah petikan perbualan aku
dengan satu sumber yang boleh dipercayai (Thiqqah)

Nama beliau dirahsiakan atas sebab2 keselamatan..hahaha.




Cuma nak ucap Tahniah la kepada kedua2 kawan kita tu.

Dgn ucapan, besok kalo kenduri...
Jangan la sengap2 naaa.....
sudi2 la jemput kami nie...............

Tuesday, May 20, 2008

TRIP to Lembah Kelang lageeee.........

Hari Sabtu Lepas..
Lebih kurang pukul sepuluh pagi,
aku dan anak bini berangkat menuju ke Lembah Kelang..

Belum sampai Ipoh pon, kanot dah Call.
tanya kat mana.
Ipoh pon belum sampai kataku.

Dia kata akan tunggu aku untuk pi sama2.

Dalam lebih kurang pukul dua lebih,
aku tiba di lembah kelang.

Menuju ke Hiway Grand saga.

Kanot kata, lepas simpang pi bandar tun razak, ada Shell.
Tunggu dia kat situ.

Aku pon tunggu la..

Tunggu punya tunggu tak sampai2.

Rupanya kanot kat Shell Hiway sg besi.
Koq kanot.yang hang pi sg besi tu pasaipa..

grand saga kan dekat dgn umah Pakdi..
Plan kat kad jemputan pon lukis hiway grand saga..


Tiba di Umah pakdi,
bertembung dgn grup Fad, AF, Shue, Muna dan rakan2.
depa nk balik.

Pakdi sengih tak habis sambil Eda melayan2 tetamu.
Aku tatau pasaipa Pakdi dok sengih.

Bini aku berbual dgn Puan Yati (dgn izin **Tunduk)
aku pula berbual dgtn laki yati, Cik Zarep.

tak lama kemudian, Kanot pon Tiba.
Tak perlu suruh, dia Pi amik nasik.

Apa yang kami berempat gelak dari jauh ialah,
kanot amik air, dia minum on the spot dgn senapas,
lalu Refil dan duduk.
Kata Zarep "mmg dahaga sungguh la kanot tu."

Lepas amik2 gambar dgn pengantin,
dan sembang2 apa yang patut.
Termasuk tindakan kaie balik kampung,
rupanya ada kaitan dgn tindakan seseorang
dalam judiaciary tanak pi program.

selepas kutuk2 kaie dan aseb,
kami berangkat...
Bukan balik,
tapi menuju ke Sate kajang.

Zarep dan Yati tanak ikut.
Mungkin kerana takot2 nanti ada org nampak
yati makan dgn kanot,
pastu ada org rakam, kontroversi la pulak,
Kanot pullak dok sebut CORRECT, CORRECT pulak tu.hahaha.

Kanot mmg perut besar.
Aku dgn bini sorang 5 cucuk ja,
Kanot pulak sepuluh cucuk sipa bungkus lagi sepuluh.

Pastu aku dan bini tak abis makan,
dia amik belen kami tu masukkan dlm bungkus dia tadi.
No wonder laaa....

Apa2 pon, Tahniah untuk Pakdi dan Eda.
Semoga kekal ke akhirat..
tatau bila depa akan kembali mengomen dlm blog aku ni.

dan jugak kepada Lan Syah dan Ziha
yang sudah selamat melahirkan seorang Puteri..
TahnIah!!!

Tahniah juga kepada Kanot, sebab berjaya
Tayang kereta baru kat aku.
nanti aku ada duit aku angkat keta baru.

Kepada kaie,
oooo...........tak habaq naaa........



Kanot makan tanpa hirau org lain.



Yati sedang training jaga budak.
Tahniah Yati dan Zarep.



Bergambar dgn Pengantin Baru.
Tempat Kanot berdiri tu berlekuk selepas dia turun.
Sebelum dia naik tu, dia sendiri tanya kat Pakdi.
"aku bole naik ka? Tahan ka?"i.e,dia tau dia bERRAT.



On the way balik, singgah R&R sg buloh. Burger king sikit.
********************************************************

Dr Mahathir, antara PM yang paling byk bwk
perubahan dalam Malaysia..

LRT, Monorel, Putrajaya, penjarakan Anwar Ibrahim,
Macam2 lagi..

Bekas Perdana menteri dan Bekas presiden UMNO.
Semalam beliau keluar UMNO.
sebab, katanya Pak lah tak best.
Tak pandai Pimpin Umno.

atau dgn ayat yang lain,
dia kata Umno dah tak bole repair selagi Paklah memimpin.

Dulu masa zaman era dia, anwar nak repair Umno
dari dalam.

Tapi sekarang Anwar Ibrahim cuba dari luar la pullok..

Pastu, masa ke KL,
ramai yang tanya aku camna keadaan di Perak?

Keadaan di Perak elok2 saja.
cuma Juak-Juak Umno yang cuba mensensasikan
isu Karpal singh itu..

Ala, abestu, dulu kat terengganu dgn perlis dulu tu?
sekarang beriya nak juang ketuanan raja dan melayu.
Blah.

dan utk pengetahuan semua, BN tak paham konsep demokrasi.
Gila kuasa.
Pastu halang MB dari dijemput untuk majlis mcm
rasmi hari sukan sekolah.
kononnya Politik.

eik?Abis tu? Masa korang jd MB, tak politik?
tu la tak paham konsep demokrasi berperlembagaan.Sian.
pastu gila.

Disebalik semua tu,
Jauh disudut hati aku,
aku lebih mengambil berat tentang
macaman sambungan PRISON BREAK minggu depan.

Wednesday, May 14, 2008

AKU...BINI...ANAK...

Tahun ni aku baru sehari ambik cuti..
Belen cuti byk lagi..
Nak cuti byk2 pon buat apa...
Memang bajet aku untuk simpan
masa raya dan ujung tahun nanti...

ingat nak bawak anak bini
pi bercuti tempat jauh sikit..

Sian kat bini, sebab dah lama dia tak enjoy.
Hari2 jaga anak..

Dulu bini aku kerja,
Jadi bila dia dok umah,
walopun jaga anak,
dia kadang2 rasa bosan..
hari2 asyik basuh baju, tgk tiwi, kemas umah..

Jadi,
sebabtu jugak aku tak kisah
balik kerja, mandi2, terus bawak anak bini
keluar jalan2..

Rotate la supermarket yang ada kat taiping ni.
Kejap2 pi Tesco, The Store, Giant..

bawak pi makan..jalan2...

Semalam, aku bawak deorang jumpa dengan member aku..

dah lama jugak aku tak jumpak member aku ni..

sejak dia popular ni, lagi la susah nak kontek..

so, semalam dia kata lalu Taiping,
Jadi aku pegi la jumpa dia kejap..

Sambil aku nak kenalkan anak bini aku kat dia...

aku pon amik gambar dgn dia,
sebab tatau lagi bila bole jumpa..
dia ni sibukkk.


Monday, May 12, 2008

Update pendek...tunggu clerk siapkan kerja, aku nk sain.

Mencapai remote control Astro.
ditekan butang 103...

Berita......
Tak habis2 diperbesar2 kan kenyatan Karpal Singh.
Mencabar sultan la...
mende2 la...

Teringat tak berapa lama dulu...
Ada satu puak yang beriya-iya..
mahukan orangnya jadi menteri besar...
Lantas raja2 dan sultan dikecam..

Itu tidak dikira mencabar sultan?
Pastu la ni beriya-iya nk bela sultan.

Macam2 lagilah isu remeh yang dimainkan oleh chanel 103 itu..

AAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHH..............

Isu karpal singh ini hanyalah untuk
menutup isu kenaikan harga beras dan barang2 lain.

Rakyat tak ambik PORT pon apa yang karpal dah kata tu.
Rakyat dok kira duit la ni.
bayangkan kita yang bergaji ribuan ringgit ni pon
geleng kepala tgk harga beras...

Bayangkan lah camna perasaan org yang pendapatan
cuma 450-500 sebulan.
dengan anak ramai lagi tu..

begitu juga isu Fatimah Tan..
(Bole pi blog Mat Jap utk keterangan lanjut.)

kata-kata khatib jumaat lalu bermain di kepala.......

akan tiba satu masa, umat manusia
terkena satu penyakit...
penyakit "hubbud dunya, wa karohatul mawoooot"
Kitalah umat itu sekarang............

Next season, Liverpool will win...haha.

Friday, May 09, 2008



Sedar tak sedar
rupanya kita sekarang dah menghampiri
pertengahan tahun 2008.
Bulan 5 pun dah masuk hari ke sembilan.

umur semakin hari semakin meningkat.
perut semakin hari semakin kedepan.
anak semakin hari semakin lincah.
perbelanjaan semakin hari semakin bertambah.

kehidupan ada yang berubah.

Menghampiri separuh tahun..

Ada insan yang menempuh dunia baru.

Berkahwin.

Mengandung.

Yang akan kawin.

Yang kehilangan orang tersayang.

Yang berhenti kerja.

Yang pergi melancong.

yang mendapat kerja baru..

Yang mendapat kenaikan gaji.

Yang mendapat bonus..


Menghampiri separuh tahun..

Ada yang boleh dikatakan separuh tahun yang sukses.

Ada yang boleh dikatakan separuh tahun yang bahagia..

Ada yang sama saja......

Ada yang menjadi juara...

Ada yang sekadar di tangga ke-4....


Bagaimana separuh yang seterusnya.....?

Ada yang akan menempuh tanpa insan tersayang...

Ada yang akan berpindah ke tempat baru bersama insan tersayang.

Ada yang menanti insan tersayang
datang berpindah untuk tinggal bersama.

ada yang menantikan end of July..


Segalanya telah tertulis di "luhmahfuz"
sebagai manusia...
tugas kita adalah beribadah kepada Allah...

Selamat hari Jumaat....

Thursday, May 08, 2008

Bila...aku sudah tiada.........

Pagi2 lagi kanot sms aku...
Terkejut jugak...

Al-fatihah kepada Ibu sahabat kita
Suzardi Maulan (PAKDI) yang telah
pulang ke rahmatullah awal pagi tadi..
Semoga roh beliau dicucuri rahmat
dan tergolong dlm golongan insan beriman...

Untuk rekod, PAkdi akan melangsungkan
perkahwinan hujung minggu depan....

Takziah dari aku dan sekeluarga kpd keluarga Pakdi..

************************************************************

Semalam mahu membayar PTPTN.
(itupun setelah aku tau bahawa
kes yang SAM mintak aku tlg mOB tu kes PTPTN.
Defendant tahun lahir tahun 82 maaa.....)

Aku buka bank islam online untuk byr.
setelah 2 bulan miss,
aku lupa login name, apatah lagi password.
2 kali aku try, tak bole jugak.
kali ke tiga...terus kena blok...hahahaha.

Alihnya, tadi balik court, bayar di kaunter sajalah...
Upe(org kampung aku) yang jaga kaunter pon bertanya.
Mayo lah seratus?labihken pang.

Cukup la seratus. kalo aku byr lebih pon,
interest tetap RM 65 sebulan....

Tapi setakat sekarang belum ada NOD sampai.
jadi, kalo kena saman,
aku bole kata saman itu Pra-matang.hahahaha

Dan aku jugak nak kata,
aku sain agreement dulu, under Duress.

Monday, May 05, 2008

Trip To KULIMMM

**Edited lepas dpt gambar dr kanot.


Muka anak kanot bersedia nak menyeranggg..




Bukti bahawa anak aku bulat mata bila tgk kanot.
Raksaksa!!!!

************Original Post********************
Cuti hari pekerja yang lepas,
Aku bawak anak bini jalan2 ke zoo Taiping.
Cuaca yang panas dan org yang ramai,
menyebabkan kami sekeluarga cam nak pensan.
Gambar nanti la aku post.

Sabtu pulak. macam biasa. aku balik kampung.
Ujung minggu yang boleh dikatakan padat la.

Sebab, akibat cover letih gi Zoo hari khamis tu,
Jumaat malam pullok kami shopping di
Tesco sampai kul 11 malam,
Aku dan keluarga memulakan hari sabtu dekat2 pukul 11.
Tidor la...apa lagi. Hanany pon bantai tidor..

Pukul 12, kami bertolak balik kmpung.
Tiba di Bagan serai, senggah umah abang aku.

Dekat2 pukul tiga sampai umah mak aku.
Pastu, tak dan nak rehat,
mandi2, solat asar,
Aku dan anak bini terus menuju ke negeri lain.

Kulim kedah, untuk menziarah Kanot yang
dah hampir setahun aku tak jumpak.

Sampai kulim dalam pukul 6 lebih.
Macam biasa la, salam2, makan2.

aku cuma nk cerita yang tersirat.

1) Aku lupa bawak kamera,
aku mintak kanot amik gambar guna kamera hemponnya
yang canggih itew.
Kanot amik gambar.
Tapi cuma gambar anak2. (hanany dgn Samihah)
Dia tamau bergambar dgn aku,Pehal?

2) Setiap kali anak aku pandang kanot,
Dia mesti bukak mata luas2.
mula2 heran kenapa...tapi..oh...

3) Aku menziarah kanot bukan saja kerana nk jumpa dia,
tapi, aku nk memastikan sesuatu...

untuk kejadian 1), 2) dan 3) diatas,
penjelasannya adalah.
Kanot tanak bergambar dengan aku sebab...

Sebab yang sama dengan kenapa anak aku bukak
mata luas2..

dan sebab yang sama aku dtg jumpa kanot ia itu untuk memastikan...

BAHAWA Kanot GEMUKKKK!!!!!!!!!!!!......

Kanot tanak bergambar dgn aku sebab dia GEMUKK...
dia takot nampak dia bESSSARR sangat kalo bergambar dgn aku!!

Anak Aku bukak mata luas2 sebab kalo bukak mata sikit,
Tak nampak semua.Kanot BESSARR..bukak mata luas baru nampak
seluruh orgnya....

Dan aku pi Kulim, untuk memastikan,
betulkah cerita yang mengatakan Kanot GEMUKKK!!!....

Not. sori aa...
tanpa gambar, aku masih boleh menceritakan keadaan sebenar..
hahaha.

Kalo matjap nampak kanot pon, pasti terkejuttt...

Friday, May 02, 2008

di TAG oleh AM.

Aku diteg oleh AM.
Tak kisah la dia bini org ke tak.
Tapi bila dia sudah Tag, aku kena la jawab.
Lain la kalo Kanot yang tag aku.
tentu aku buat tatau saja.
Sbb selalu aku tag kanot, dia buat tatau juga.

Am bagi soalan.

Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:

(1) Wang Tunai berjumlah RM 2juta.

(2) Sebuah kereta Evo 9 dari peraduan Petronas Car Craze

(3) Sebuat Komputer Peribadi Desktop yang mempunyai kapasiti
simpanan yang tinggi dan juga Grafik "accelerator"
yang kuat.AMD Dual Core.

(4) Bekalan Petrol percuma sepanjang hayat.

(5) Bekalan Beras percuma sepanjang hayat.


Senaraikan alasan atas pilihan anda itu:

(1) Supaya aku dapat guna sikit untuk melabur.
Sikit untuk buat bisnes.
Tak kisah la bela kambing ka, lintah ka.
Bagi kat Mak aku.
Simpan dalam akaun SSPN anak aku.
Pi mekah.

(2) EVO 9, keta yang mmg aku minat,
kalo dapat hadiah, tak yah la aku guna duit
2 juta tadi untuk beli keta mewah,
tak ka jimat kat situ.

(3) Sbb PC aku dah rusak,jadi aku perlukan PC baru
untuk main game, buat grafik dan sbgainya.
Bola la aku menyahut cabaran dari Kanot
dan aseb untuk lwn FIFA.
Dan, free, jimat duit 2 juta tadi.

(4) Petrol kan mahal sekarang, dapat free, gila best.
Pastu kereta aku kan EVO 9, Kuat makan minyak tu.
Jimat lagi duit 2 juta aku.

(5) Beras pon dah mahal sekarang, Jadi aku bole la sedekah2
kat sesapa sbb aku tau, mesti ada lebih beras tu,
ye la, kalo dah duit ada 2 juta, tentu kadang2 makan
chiken chop, lamb cop.
Selain jimat duit RM 2 juta tadi untuk beli beras,
sambil2 dapat beramal.


5 impresi terhadap orang yang diminati:

errr....aku ni susah nak minat seseorang..
sbb bagi aku, tadak makna nk minat2 org ni.
Tapi, aku pernah selute kepada.

(1) Org yang duduk USA, jauh dari family, tapi masih mampu
mengekalkan nilai Islam dlm hidup.
Solat tak pernah tinggal dan Zikir2 jadi hiburan.

(2) Org yang convert masuk Islam,
dan lebih Islam dari org melayu yang lahir2 dah Islam.
Respek Ustaz Farid Ravi, Reduan Tee, Khalil Idham.

tatau dah...


Perkara yang paling hebat pernah dilakukannya untuk anda:
Besalin anak aku. Bini aku la. sapa lagi.


5 ciptaan yang paling disukai
(tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju)

(1) Perempuan (ciptaan Allah)
(2) Baju dan seluar.
Kalo tak, tentu sekarang aku pakai jubah atau kain.
(3) Tivi. Tanpa Tivi, mandomlah dunia.
(4) Komputer, alat yang bole digunakan untuk kerja,
Main game, Dengar lagu, Simpan Gambar, Sebar Fitnah
dan sebagainya.
(5) Mesin ATM. mudah, tidak perlu beratur guna buku untuk amik duit.
Malam2, kalo bini aku ajak ke tesco pon tak kisah.
Bole withdraw.


Apakah perkara yang paling dibenci?

(1) Perkara mungkar
(2) Orang yang melakukan perkara mungkar,
berbangga dgn perbuatan itu,
dan tiada gaya nak bertaubat.
(3) Orang yang berkuasa untuk memenuhi perintah Allah
dan menghapuskan maksiat dimalaysia ini,
Tapi dia tak buat apa2 pon.
(4) Dato Abdullah Md Zin dari UMNO. ada ka kata kes Murtad di Malaysia
tidak ramai,terkawal dan tidak merbahaya.
Al-Quran kata satu pon berbahaya
inikan pulak lebih dari satu, dia memandai buat undang2 sendiri.
(5) Orang yang potong "Q".

5 orang yang mahu anda tag:

Asne Aziz
Madu Lebah
Arin
Baraq
Kanot-dah tatau nak tag sapa.aku jamin kanot tak buat punya.