Monday, December 31, 2007

SELAMAT TINGGAL 2007

merenung kembali tahun 2007..
terasa amat pantas ia berlalu...

bila difikirkan...
macam2 yang aku capai dlm tahun 2007 ni...
walopun aku tader spesifik azam utk dicapai..

antara pencapaian 2007...

1) Aku diterima masuk sebagai
Peguambela dan Peguamcara.

2) Aku berjaya beli kereta walopun
hanya sebuah proton saga.
Jadila..ujan tak basah.

3) Aku mencapai impian semua lelaki normal.
iaitu dapat anak.
Alhamdulillah, anak aku sudah 7 bulan.

4) Aku isteri dan anak pindah rumah.
Tidak lagi duduk dgn Parent.

5) Aku dapat kerja baru dgn opis yang lebih dekat
dan gaji yang lebih baik.

6) Aku dapat beberapa kawan baru..

7) yang paling penting...setakat sekarang,
Anak bini aku cukup makan, pakai, dan
sikit2 aku mampu utk tambah perabot umah.
(suka la bini aku)
Barang2 anak aku pon semakin bertambah..
(anak aku pon suka)
Aku pon semakin hari semakin.....boroi..hahaha.

Tahun depan, diharap lebih baik dari tahun ini..
Insya-Allah....

Azam tahun baru? Macam biasa, tiada Azam yg spesifik..

utk kawan2 yang nak kawen tahun dpn, seperti Kano, Am,
Pakdi, Apon, harap dipermudahkan segala urusan oleh-Nya...

kepada kawan yang "nak kawen" tapi belum ada bunga2 lagi,
sabar...sampai masa, kawen la juga...hehehe..

SELAMAT TINGGAL 2007 yang penuh dengan kemanisan...

SELAMAT DATANG 2008.......

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI utk semua pembaca...
Malam ni aku sambut tahun baru di TESCO..
idea bini aku.

Friday, December 28, 2007

aku, kanot dan YM....

berbual dgn kanot di YM...

entah kenapa hanya ada aku dan kanot.
aseb dan kaie tiada.
mungkin kerana hanya liverpool
dan man u saja yg menang dalam gameweek 19 yg lalu.

perbualan berkisar tentang kerjaya...
tentang kefedapan kanot utk menjadi Loyer lagi..
lalu ingin masuk gomen..
sedangkan borang SPA pon dia belum isi.

kemudian dia rasa risau jika masuk gomen
lalu dicampak jauh dari isteri.
aku juga berpendapat serupa,
tapi bukan jauh dari isteri..
jauh dari kamunting tercinta.

aku berkata tentang kemudahan yg ada di kamunting.
termasuk byk kedai hardware.
rupanya kanot pon semenjak kawen,
kerap mengunjungi kedai hardware.

Kanot menyuarakan idea utk bukak firm sama2.
aku, dia, kaie dan aseb.
idea yg menarik.
tapi kami bergaduh tentang lokasi.
aku suruh bukak di taiping.
kulim pon ok.

kanot kata tak bole,
nanti bini aseb tak bole idop kat kmunting.
kamunting tadak panggung wayang.

jika kami berjaya membuka firm,
pasti akan dilengkapi dgn FIFA terkini.
kerja dilakukan oleh clerk.
kami main game.
lingkup.

berkata juga tentang aseb yg sekarang ni sudah
selalu makan masakan isteri.
Alhamdulillah.

juga berkata tentang kerabakkan masing2 karena
bukan hari2 isteri masak.
kadang2 ke KFC, McD atau Piza Hat.

Kanot mengajak kami membuat reunion.
di KL.
tempat berkumpul..
Nasik lemak ayam panas..Malinja.....

aku mmg teringin sgt...
jarang jumpa kawan2..
jarang jumpa..
bermakna aku semakin hari semakin berubah...
tak sama macam dulu lg...

dah lama kami tak berkumpul 4 org..
er...atau kali ni, 9 orang.

note: sewaktu YM, kanot ada di rumah, kpd bos kanot, dia mengular, ct petang, pagi dah balik umah.HAHAHAHA

Wednesday, December 26, 2007

raiya hajeeee

rayaaa....

Raya kali ni antara yang padat.
aku dapat cuti sampai 25 hb.

Raya pertama, beraya di rumah.
lepas solat aku ke umah mak mentua.
makan2..

aku pulang ke umah aku.
pi beraya umah jiran2.

esoknya aku berangkat pulang ke Perlis.
Sewaktu di highway menghampiri juru.
aku memotong sebuah van ijau.
didalamnya ramai org.

setibanya di perhentian gurun,
aku berhenti.
disebelah aku van ijau tadi.

seorang remaja lelaki keluar dari van tersebut.
menuju ke kereta aku.
dia berkata.
"aku naik dengan hangpa, penuh la van."

selepas solat2 dah menjamu KFC.
kami meneruskan perjalanan ke perlis.
bersama remaja lelaki tadi.

kami tiba di sanglang perlis hampir pukul 7.30
van ijau tadi pon ada.
tiba di umah Tok.tgk2 kunci.
tader org.

adik ipaq aku yg darjah 5 jumpa tingkap tak kunci.
bapak mertua aku memanjat tingkap dan bukak pintu.
selamba.dulu umah dia.

malam tu pi tahlil umah paklong.
esoknya pi kenduri.
lepas kenduri.

kami menuju ke padang Besaq.

aku mencari jersi, bini aku mencari baju tido.
dan pelbagai barangan untuk little Hanany.

aku tak jumpa jersi yg berkenan.
bini aku jumpa baju tido dan brg2 utk Hanany.

pastu kembali ke umah paklong.
solat2.
menuju ke kuala perlis utk makan laksa.

dekat2 kul 12 malam baru dinner.
lapaq.

esokya.
kul 10.besiap.
mak bapak mertua aku menuju ke jeti.
utk ke langkawi.
aku sekeluarga + remaja lelaki tadi,
dan seorg remaja perempuan, menuju pulang.

keta penuh.
mak mentua aku mintak tolong bawak balikkan
ikan bilis yg dia beli kat padang besar.
26 Kilo!!.

bini aku kirim coklat "daim" kat mak.
mak berkata."daim? padia tu?

tiba di kamunting, bini aku basuh2 baju.
esoknya kami pulang semula ke p.buntaq.
bawak mak aku makan2 malam kat luar.

esoknya gi kenduri.

konklusi, letih, padat, malasnya nak pi kerja.

Tuesday, December 18, 2007

LLB (Look Like Bizi)

aku agak sibuk 2 3 menjak ni...
tu yg tak dan nak update...
bukan kerana kehampehan Man u main defen.

Bukan lagi LLB
(look like bizi)

tapi betul2 bizi..

2 org partner (laki bini) firm aku
pergi mekah..haji..
cuma aku LA yg ada background
Conveyancing yg tinggal..

jadi, aku take over file partner
dan dalam masa yg sama buat litigation..

tu yg tekejar ke sana ke mari..
byk kes WSS..jadi aku pegi sita rumah
sehingga ke Kampar..108 KM dari Taiping.

pastu byk pulak amendment SNP
oleh the other side loyer
utk file partner nih...benci.

tapi...claim milage adalah RM 0.70 per KM..

menjadikan claim aku sehingga 14/12/07 bersamaan dgn...
RM 7++.++...Alhamdulillah....
bole byr sewa umah yg tetunggak bulan ni..hehehe

Tuesday, December 11, 2007

10/12/2006...

Sebenarnya...
semalam genap setahun majlis kenduri
perkahwinan aku dgn wife..(10/12/06)

rasa mcm baru jer berlaku...

sedar2, anak aku pon dah pandai
jalan2(dlm walker) seluruh rumah
dan "mengemas" apa2 yg ada kat rak.

sempena genap setahun majlis kenduri..
aku hadiahkan bini aku DVD cerita "Full house"
yang aku pernah janji nak belikan dia pada tahun 2004.

bukan main suka la dia...
aku tanya, kalo abg belikan Al-Quran?
Lagi suko, jawabnya...

sini, sedikit trivia pasal bini aku..
kpd yg tak kenal dia...

1. Bini aku melayu kayan.

2. Aku tak pernah tahu result SPM dan STPM dia.
(dia sorok)

3. Dia sebenarnya bukan pendiam,
dia kurang becakap sbb dia tidak fasih sgt
berbual dlm bahasa melayu.
kadang2 aku suka gelakkan dia sbb salah sebut
perkataan, atau ayat tepusing2.
dia cuma fasih berbahasa utara.

4. Dia hanya pandai masak 2 tahun sebelum kawen.
sebelum tu, dia cuma pandai buat laksa.

5. Pernah wakil negeri perlis peringkat kebangsaan
dalam acara lontar peluru.

6. Pernah dpt tawaran masuk sekolah sukan.

7. Lepas kawen, baru aku tau dia terer main badminton,
main Carom, main catur, dan main Bingo.

8. Sejak sekolah sehingga bekerja, selalu jadi MC
utk sebarang majlis.

9. Tidak makan durian, kalo termakan, akan pening dan muntah2.

10.Tidak makan petai sebab busuk.

11.Pantang tgk perkataan "SALE"

12.Bawak kereta, tak pernah masuk gear 5.
(patutla kalo dia bwk keta, minyak cpt abes)

13.Ngidap OCD.Semua benda nak disusun.

14.Hadiah yang dia bagi sejak tahun 1999 ialah,
Lampu.Lampu dan lampooo...

15.Dia penyokong Man u.(cis!!!!mmg melampau!!!!)

paham?

aku tak online..

sebab aku ada byk kes minggu ni..

outstation..KK jer la..

tak sempat nak masuk opis.

jadi, aku tak online bukan kerana
Liverpool kalah kpd reading..
ingat tu kanot.

tunggu ahad nanti..
baru tau langit tinggi rendah ya kanot.

Monday, December 03, 2007

TIIIDDDAAKKK!!!!!

Pulang ker kampung..

Lepas makan2..
mak kata..ada surprise..

ewah..mak aku ni..
sudah pandai surprise2..

mak memulakan cerita...
(dialih suara ke bahasa melayu)
mak, ada jumpa anai2 kat bilik tgh.
mak sembur ridsect..
tapi, dok ada lagi...

lalu mak pon cari puncanya..
rupanya dtg dr bilik ni.
(menunjuk kpd bilik bujang aku dulu2)

mak cari, rupanya.....jeng2!!!
mak jumpa busut anai2 dalam almari..
bahan2 untuk buat busut itu adalah!!!!..

AAAAA!!!!!!!!!!
KOMIK WIRA TUNGGAL AKUUUUUU!!!!!!!!!!
TIIIIIIDDDDDDAAAAAKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!

aku bertanya, adakah yang selamat..
ada..cuma lima episod!!!!!
Dari 300 episod tinggal 5?????????

mak menunjukkan kawasan mak buang sisa2 nya..
AAAAA!!!!!!!!!!
hanya tinggal cebisan2...

aku baru bercadang nak hangkut bwk ke umah aku...
AARRGGHHHHHH!!!!!!!!

aku bertinggung ngadap
cebisan2 komik kesayangan aku..

mak aku dok gelak lagi..
mak sambong cerita..
baju, seluar jeans aku pon hancor..
almari pon hancor..

mak aku tanya...
nak bakar ka?
aku kata, jagn bakar lagi..
minggu dpn nak amek gambar...
huwaaaa.....
300 episod...
RM 4.50 satu episod...
episod 300 ada 2 versi...
aaaaaaaaaa!!!!!!!!

nampaknya...
aku kena beralih utk bwk balik
kitab Ihya' ulumuddin,
Tasyri' Jina i, dan madhol fi syariah islamiah
yg dah lama aku tinggal berabuk kat umah..
tidak dilupa tafsir Al-Quran...