Friday, October 23, 2009

13



Sejak kampung aku ada letrik
Aku selalu menonton tiwi.

bagi aku tiwi byk membantu dalam bahasa Inggeris aku
menjadikan aku lebih pandai
bahasa inggeris dari kawan2 aku yang lain.(kawan2 sekampung)

dulu aku suka tgk kartun looney tunes,
road runner etc.
Aku akan bukak kamus kalo ada perkataan baru. yang paling aku igt,
masa COYOTE letak "explosive" kat road runner,
aku bukak kamus dan tgk apa maksud explosive.

ini menjadikan aku tak bersetuju dgn tivi sekarang,
byk tunjuk kartun tapi dialih suara.
Sebenarnya tak payah guna PPSMI,
kartun pon dah ok.

Kartun sekarang, spanbob pon ckp melayu.
Kalo astro, bole alih suara.
Aku selalu marah adik2 ipar aku bila depa
tgk kartun, tukar bahasa jadi melayu.

Selain dari kartun,
Zaman kanak2 aku selalu dihidangkan dengan cerita antoo.

Tapi dulu2 aku tgk cita omputih juugak.
Dari Freddy Nightmare, Fright Night, Twilight Zone dan macam2 lagi
cerita antoo.

Allah pulak anugerahkan aku Isteri yang minat tgk cerita antoo jugak.
Bini aku pulak suka sundel bolong, kuntilanak, pocong dan semua antoo melayu.

Mak aku selalu mengecam kami dgn ayat seperti, Napanya niring hanto haje,demede rumah behanto. haha.

Sekarang ni, aku dgn anak bini suka tgk Supernatural, Reaper, dan jugak paling best dan terkini... TOWER 13.

cerita hasil olahan Kabir Batia ni mmg best dari segi plot dan jln cerita.
walaupon tiada efek canggih CGI, hanya mekap bodo2.
tapi seswai dgn kerekter antoo melayu.

Watak seperti Encik Adam lakonan Bront mmg menjadi.
Begitu jugak watak Ustat Khalid Bin Ishak yang asalnya kutu rock kapak yang kemudian jadi ustat mmg menjadi.

itu saja kemerapuan aku harini sebelum aku bukak FB, turun minum, naik balik dan buat kerja. sekian. sian korang baca panjang2, rupanya aku nk bagitau aku tgk tower 13 jer. tapi tak sabar o nk tunggu sambungan minggu dpn. best. babai. selamat hari jumaat..

Thursday, October 15, 2009

Hahahaha. Teringat Zaman muda.

Aku baca entry sopie pasal satu GAME nih

Hahaha. Lucu.
org yang tak main game ni mungkin tak rasa lucu.
Tak yah la aku cerita ni game apa.
korang bole baca kat blog sopie.

Tapinya.
aku teringat masa zaman muda dulu,
kami masukkn karekter kami sendiri dalam game tu.
Aku masih simpan lagi game tahun 2005 tu,
Boleh main lagi tau.
Hasil dari kegilaan kami kat game tu ialah:-
(klik untok besarkan)


Nih!! golkiper hebat. kalah casilas.





Ini dia, konon striker hebat.


Ini pon sama.striker la kono, lari laju cam runey.


Yang ni lagi la, wonderkid konon.ntah2 wonderpet.


Yang ni, tataula takut Bini ka apa, terus letak nama bini sebagai karekter (masa tu awek)


yang ni, biasa2 jer.tadak apar pon.

Tapila, aku rasa yahudi la buat game ni.
melalaikan.huhuhuhu.insaflah.

Sunday, October 11, 2009

Jamuan Raya UMNO

Pada hari Ahad 11 Oktober 09,
UMNO bahagian taiping mengadakan rumah terbuka hari raya.
Majlis dirasmikan oleh Dato' Noh Omar.

tahun ini saya menyertai Jamuan raya ini,
bersama keluarga.
Ini sedikit gambar Jamuan raya UMNO bagan serai yang
dihadiri lebih 4 ribu orang.

Ini sedikit gambar..


Ya, Mak cik nak air apa?


Mak cik: Dik, bagi air sirap ni.
EK: ni bukan air sirap, ni air tembikai.
Mak cik: sirap tak de?
Ek: Amik je mak cik, ckp byk pulak.


Brader: DIk air ijau tu air apa? Yang merah tu air apa?

EK: Ijau air PAS. Merah air UMNO.

Aku kaut air dari pukul 11 lbh samapi pukul 2 tanpa henti.
gila kebas tangan.

Aku tak sempat nk dongak tgk org yang amik air. Ntah2 klien aku pon ramai.huhuhu

Thursday, October 08, 2009

Mood raya lagi.

Malam raya.
2 org (AI& EK) sedang menonton EPL.
diperhatikan oleh seseorang dari belakang(UA).

AI: Man u power. Rayn gigs semua ada.

EK: Man city lagi power. Tevez ader tu.
haaaaaa...tgk! tevez sudah assist! goal.

AI: aduhhh..bodoh a BEN FOSTER.

EK: HAHAHAHA..booo man UUU.

UA: Ehem. Tevez tu orang negara mana?

Dengan laju EK menjawab.

EK: TEVEZ dari argentina.

UA bertanya lagi..

UA: Hmmmmmm...PERANG BADAR TAHUN BERAPA A?

EK: errrrr...tahun gajah.


AI dah lama lari.sbb UA tu bapak dia.

****************************************************************************

dah tiga tahun aku pakai beg jenama colorlife yang aku
beli dgn harga rm 50.

Masa kat HSK dulu, aku boh file nak pi amik JID.

kat sini, aku boh leptop dan aku usung leptop pi court
sbb malas nk singgah opis dulu.

hasilnya, beg tersebut telah koyak rabak.

minggu lepas.

setelah balik makan dengan ARIN di IRC,
(gambar tak sempat ambik sbb arin byk tanya soklan)

Aku dgn anak bini menuju ke ipoh parade.Parkson.

Niat saja nak tgk2 ja.

sbb ada sorang kwn aku, org Australia,
dia pakai beg jenama TARGUS. aku tak penah dgr.
mmg tak penah dengar, sbb mahal gila.Tapi beg mmg cantik.

pi parkson, rupanya ada.
bini aku seperti biasa, dgn ayat salesgirl contohnya..
" #Ratus mmg mahal, tapi bebaloi, tahan beberapa tahun"
" Alah membeli menang memakai"
"waranti seumur hidup tu"

aku pon angkat. Waranti seumur hidup.koyak jer, antar balik, depa repair.
Aku pon, ada beg baru pi opis.hahah.

********************************************************************************