Friday, October 23, 2009

13



Sejak kampung aku ada letrik
Aku selalu menonton tiwi.

bagi aku tiwi byk membantu dalam bahasa Inggeris aku
menjadikan aku lebih pandai
bahasa inggeris dari kawan2 aku yang lain.(kawan2 sekampung)

dulu aku suka tgk kartun looney tunes,
road runner etc.
Aku akan bukak kamus kalo ada perkataan baru. yang paling aku igt,
masa COYOTE letak "explosive" kat road runner,
aku bukak kamus dan tgk apa maksud explosive.

ini menjadikan aku tak bersetuju dgn tivi sekarang,
byk tunjuk kartun tapi dialih suara.
Sebenarnya tak payah guna PPSMI,
kartun pon dah ok.

Kartun sekarang, spanbob pon ckp melayu.
Kalo astro, bole alih suara.
Aku selalu marah adik2 ipar aku bila depa
tgk kartun, tukar bahasa jadi melayu.

Selain dari kartun,
Zaman kanak2 aku selalu dihidangkan dengan cerita antoo.

Tapi dulu2 aku tgk cita omputih juugak.
Dari Freddy Nightmare, Fright Night, Twilight Zone dan macam2 lagi
cerita antoo.

Allah pulak anugerahkan aku Isteri yang minat tgk cerita antoo jugak.
Bini aku pulak suka sundel bolong, kuntilanak, pocong dan semua antoo melayu.

Mak aku selalu mengecam kami dgn ayat seperti, Napanya niring hanto haje,demede rumah behanto. haha.

Sekarang ni, aku dgn anak bini suka tgk Supernatural, Reaper, dan jugak paling best dan terkini... TOWER 13.

cerita hasil olahan Kabir Batia ni mmg best dari segi plot dan jln cerita.
walaupon tiada efek canggih CGI, hanya mekap bodo2.
tapi seswai dgn kerekter antoo melayu.

Watak seperti Encik Adam lakonan Bront mmg menjadi.
Begitu jugak watak Ustat Khalid Bin Ishak yang asalnya kutu rock kapak yang kemudian jadi ustat mmg menjadi.

itu saja kemerapuan aku harini sebelum aku bukak FB, turun minum, naik balik dan buat kerja. sekian. sian korang baca panjang2, rupanya aku nk bagitau aku tgk tower 13 jer. tapi tak sabar o nk tunggu sambungan minggu dpn. best. babai. selamat hari jumaat..

No comments: