Monday, April 28, 2008

sesuatu yg boleh dielakkan... kan?

Udah2 la cik Ramli....

114 Komen.

mmg hebat penangan cik Ramli ni.
Jadi, sudah lah...
Kita tutup kes cik Ramli dan teruskan hidup.

hujung minggu lepas aku balik kampung (lagi)
pergi kenduri bersama mak, anak dan bini aku.

Tgh aku makan, aku dengar group sebelah bebual.
(Kat kampung aku makan hidang.
Setalam 3 org.)

grup tu berbual.
bunyinya macam ada satu kes besar kat Kampung aku.
dengar la jugak aku sikit.
Polis, mayat tergantung.

Fauzi dpn aku pon tanya,

Napanya disurahkan?
(** dialih bahasa :depa sembang apa tu?)

Taho am.jawabku.
(**Ntah lah.)

Lantas aku mencuit org disebelah aku,
grup satu lagi tula.
dia tokey minyak batu 5.

aku tanya,
Napanya?Urang ninggel kah?
(**Pehal?ada org mati ke?)

Hi ih,munuh diri, ngentung gulu.
(**, ye, bunuh diri, gantung tengkuk)

Sipanya?
(**Sape?)

Owh....aku kenal org itu.
Kisahnya memang diketahui org disitu.

Mangsa sebenarnya mengalami tekanan perasaan.

Mangsa adalah budak yg boleh dikategorikan pandai jugak.
Tapi, bila masa nak amik SPM,
Mak bapaknya tidak mahu membayarkan yuran SPM.
Kalo nk amik jugak, pegi kerja, cari duit sendiri.
Padahal, bukan org susah pon.

Lantas, beliau mula mencari duit dgn
cari surat khabar lama dan sbgainya.
sehingga samapai satu tahap..
wayarnya putus.

Apabila wayarnya sudah putus,
ibu bapanya tidak membenarkan beliau masuk ke rumah.
Maka merempatlah dia di jalanan.

Kemudian, apabila bapa saudaranya meninggal dunia,
beliau tinggal di rumah bapa saudaranya yang hampir roboh.

Makan minum dari Ihsan org yg bersimpati.

Ibu ayah sedikit pon tidak amik pot.

sehinggalah beliau sudah tak dpt nk
terima tekanan perasaan kot...

WAMAK ada memberitahu berbual dgn beliau 100 hari
sebelum kejadian.

Katanya:"aku ni, hidup menyusahkan org,makan minum tak tentu.
mak ayah tak peduli, lagi baik mati.

Dan bagi aku,
mangsa sudah putus wayar,
jadi tindakan beliau tidak ada dosa pahala.
Mak bapak la tanggung sok kat akhirat.

untuk rekod.
Adik-adik beliau juga mengalami nasib yg sama sekarang.
Adik lelaki beliau terpaksa bekerja selama setahun
untuk membiayai pelajaran.

Adik perempuan beliau juga terpaksa bekerja untuk
menampung yuran SPM,
Adik perempuan beliau adalah bekas student kakak aku.
budaknya pandai.

Yang aku tak paham,
anak nk amik SPM,
kenapa tidak diberi wang?
Jika susah sekalipon, usahakan.
kerana anak bijak.

kesian kat anak2.
kalolah dulu diberi yuran tu,
mungkin anak tersebut dan kerja yang bagus2 sekarang.
apa cadangan korang?
bom je mak bpk dia?

Monday, April 21, 2008

Komen cik Ramli dlm blog Arin.

Arin ada sebut nama aku dan entri aku dlm blog dia.
dan ada pullok org yang bagi komen.
Sebab arin ada letak nama aku dan dia jugak ada mintak tolong.
Jadi aku tolong jawab.Kalo tak, tak kuasa aku.hahaha.

Ini adalah komen dlm entri arin.


Bukankah peguam itu satu pekerjaan?
dan pekerjaan itu salah satu drpd fardhu kifayah?
dan kegagalan menjalankan tugas peguam dengan baik boleh dihukum sebagai kufur!
Tak ada guna kejar akhirat kalau dunia tak mahu buat.
Kita menjadi peguam (khususnya salary partner)bukanlah lesen untuk berlagak,
sombong dan bongkak!
tetapi peluang untuk belajar bagi berjaya dalam hidup
(khususnya kepada mereka yang baru setahun menjadi peguam).
Tergamak nak suruh chambering student basuh jamban? Kurang ajar!
Kalau tak minat, tak sanggup dan / atau tak mampu jadi peguam
(mungkin kerana malas, bodoh atau sengaja nak kekal bodoh),
tinggalkan dunia guaman jangan nak "malukan" profesion ini dan peguam - peguam yang lain!
Belajar hormat peguam yang lebih kanan,
pegawai - pegawai Mahkamah dan hakim.
pikir dan belajar daripada "pengalaman orang yang lebih senior".
Ingatlah, suatu hari nanti, semua law students samada melayu, cina atau india,
lulusan tempatan atau luar akan melalui "sistem exam" yang sama, dan pada ketika itu,
lulusan IIU tidak akan mampu lagi jadi peguam seperti korang sekarang.
Kalau lulus LLB nak jadi cikgu KPLI, membazir duit rakyat Malaysia, duit rakyat!
tak sampai setahun dah "letih"? Whatever!

p/s: entry dan blog adalah berbeza dengan diari!
tak semua benda boleh tulis dalam blog. Harap maklum!
Ramli Yaakub 04.18.08 - 3:48 pm #

Ahahah. wah, bukan main maghah lagi dia.
Ceni la.aku nk terang sikit kat semua pembaca dan cik Ramli kita.

Mula2 Isu dalam Blog aku yang di"Qoute" oleh Arin ialah,
Pasal impian masing.Aku dan kawan2 ada impian,
bukannya isu jadi peguam tu best atau tak.
Bagi aku, cik Ramli kita tak paham isu yg dibincangkan.

kemudian cik Ramli kata:
Bukankah peguam itu satu pekerjaan?
dan pekerjaan itu salah satu drpd fardhu kifayah?
dan kegagalan menjalankan tugas peguam dengan baik boleh dihukum sebagai kufur!
Tak ada guna kejar akhirat kalau dunia tak mahu buat.


Errr, Cik Ramli, bukan kufur ya, tapi Khianat.Tidak amanah.
Kufur itu untuk perbuatan tidak bersyukur.
mesti bukan grad UIA ni.

Lgpun, tak pernah kami tak buat kerja dgn baik.
Setiap hari kami jerih payah memerah
otak untuk menyiapkan kerja.
Kerja semua settle.
sapa cik Ramli nk kata kami tak buat kerja?
ada nampak?
Kalo kami kejar akhirat tapi dunia tak buat,
Tentu kami kerja tok siak secara free, bukan loyer.

Cik Ramli kata lag:
Kita menjadi peguam (khususnya salary partner)
bukanlah lesen untuk berlagak,sombong dan bongkak!
tetapi peluang untuk belajar bagi berjaya dalam hidup
(khususnya kepada mereka yang baru setahun menjadi peguam)

Ahahah, Aku tak sombong dan bongkak pon,
jadi aku tak terasa.
Aku jugak bukan salaried partner.
(salary partner ditulis oleh cik Ramli)
dan setau aku, kawan aku dan aku semua masih belajar
dan belajar walopun dah praktis.
Yang terasa jwb sendiri.hahaha

Cik Ramli kata lagi:
Tergamak nak suruh chambering student basuh jamban? Kurang ajar!

Eh, biasa la tu basuh jamban.
saya dulu pon kena centu,
apa nak bising,
yang lagi teruk kena pon ada. kan?
Time chembering, biasa la kena buli.

Lagi, cik Ramli pon kata:
Kalau tak minat, tak sanggup dan / atau tak mampu jadi peguam
(mungkin kerana malas, bodoh atau sengaja nak kekal bodoh),
tinggalkan dunia guaman jangan nak
"malukan" profesion ini dan peguam - peguam yang lain!

Hahaha, kenapa kalo tak minat jadi Peguam dikatakan bodoh.
ada kawan saya dia tak minat jadi peguam sebab dia
lagi minat jadi ustaz ngajar Al-Quran. Bodoh ke tu?

Tak minat kerana tak minat la, apa kena mengena dgn bodoh?
Kalo minat bole menjadikan seseorg tu bijak?
tak kena langsung kata2 cik Ramli itew.

errr....kawan2 saya memang dah ramai yg tinggalkan
Profession guaman.
Tapi, deorang semua bijak2 dan jugak
deorg meninggalkan profession guman sewaktu berada di "Puncak"
i.e memang tgh top.

Jadi, tak semestinya tak minat jadi Loyer tu bodoh dan memalukan
profession guaman.
Kerja2, minat lain.tak gitu?

Lagi2 cik Ramli:
Belajar hormat peguam yang lebih kanan,
pegawai - pegawai Mahkamah dan hakim.
pikir dan belajar daripada "pengalaman orang yang lebih senior".


Errr. kami semua hormat dan belajar.
Kat sini, siap aku dilabel "manja" dgn akak2 dan abg2 court.
hahaha.
Tak caya tanya MatJap.dia pon tekejut pagi tadi.

Yang Ni kata2 cik Ramli yang bole dikatakan paling....errr:

Ingatlah, suatu hari nanti, semua law students samada melayu,
cina atau india, lulusan tempatan atau luar akan melalui "sistem exam" yang sama,
dan pada ketika itu, lulusan IIU tidak akan mampu lagi
jadi peguam seperti korang sekarang.


Ewahhh. Kami pon susah jering payah tau stadi Law.
Igt senang2 ke kami dapat jadi Loyer.
9 bulan kami chembering.
balik pukul 10 malam hari2.
aku pernah tidor opis dgn suhel dan Kano.
Apsal cik Ramli?
igt semua budak UIA tak layak jadi Loyer?

Kami budak UIA ni senang adapt dgn suasana.
campak lah kami dimana.InsyaAllah kami hidup.
dan kami pulak tidak pernah memperkecil2kan lulusan Universiti Lain.
malah kami hormat semuanya. kerana bagi kami,
sama2 susah nk jadi loyer.

Jangan mudah2 nk kutuk UIA a....

Dan, saya tgk, ramai jugak budak UIA yang dpt Judiciary,
dan BAnkdan macam2 lagi.

Maksudnya, kami "not bad at all kan?"


Lagi cik Ramli kata:
Kalau lulus LLB nak jadi cikgu KPLI,
membazir duit rakyat Malaysia, duit rakyat!
tak sampai setahun dah "letih"? Whatever!

Eik? kerja jadi cikgu bazir duit rakyat.
kalo dah kerja, apa bazir duit Rakyat pullok.
kerja, layak la dapat gaji.

Kalo jadi YB, pastu makan rasuah, baru la bazir duit rakyat.
Tak gitu?


Last sekali cik Ramli kata ceni:
p/s: entry dan blog adalah berbeza dengan diari!
tak semua benda boleh tulis dalam blog. Harap maklum!


Ewahhhh....
cik Ramli kutuk2 budak gard IIU dalam blog tak pa pullok?
bukan ke tak semua benda bole ditulis dalam blog?
Cik Ramli ni org UMNO ke?
cakap org tak bole tapi sendiri buat bole?

Setahu saya la.
errr..blog bole dijadikan diari.sukahati la nak tulis apa
selagi tidak memfitnah(seperti kutuk semua budak IIU)
atau memprejudiskan keputusan mahkamah.tak gitu?


Konklusinya....
Cik Ramli....
Kitorang cuma bersembang tentang Impian.
Sikit pon tak terniat nk kutuk profession guaman.
Lagipun, kami sendiri Loyer.

Kalo 20 30 tahun dulu,
saya percaya profession guaman amat dipandang tinggi.

Tapi, dalam zaman sekarang,
dengan harga barang sentiasa naik
(aku tekejut beli beras 15kg semalam,RM31.95)
Peguam dan jadi satu pekerjaan untuk hidup.
(To earn a living)
kalo ada job lain yang lebih lumayan, lebih bayik amik.
Profession profession jugak.
Tapi kalo kerana nk mempertahankan profession makan nasik kena catu,
tak guna.
Adik ipaq aku yg kerja KFC lagi kaya dari aku.tak ka pelik?

Thursday, April 17, 2008

LIFE - Dreams = Job

Aku berani jamin.
Kebanyakan peguam2(melayu) yang ada di Malaysia
sekarang ni, bukanlah bercita2 nak jadi Peguam.

Kebanyakannya ada impian lain,
Tapi terpaksa jadi Peguam untuk hidup.

Sekarang ni pon
dah ramai kawan2 aku yang ceased practice.
Lalu menceburi bidang yang lebih diminati.
Yang belum berenti tapi ada usaha ke arah itu pon ramai.


Bermula dengan sahabat aku Suhail.
yang berenti praktis di HSK,
menceburi bidang yang diminati.
lalu jadi Photographer.
sambil2 tu dia jadi aktivis kemanusiaan
yang memang dia minat.

Kemudian Kano yang berenti Praktis lalu
masuk benk bahagian yg tadak kena
mengena dgn law.

diikuti oleh Apon yang berenti paktis
lalu masuk Bank.
aku tak tau la dia minat atau tak.
tapi, yang pasti, kalo ada jalan lari dari jadi loyer,
mesti sambar.

Begitu jugak dengan Baraq yang dah tender notis resign.
Aku tanya dia nak kerja apa,
dia kata tak tau lagi.
Seingat aku, baraq ni minat nak jadi pereka fesyen.

Matjap pula, dah mula pergi kursus tanam cabai.
nak bukak ladang cabai.

Tapi, ada ramai jugak yang masih stuck sebagai loyer.
antaranya, kanot yang minat kerja gomen,
dan ber iya nak masuk gomen
(tapi tak isi borang SPA), masih jadi loyer.
cuma tukar firm.

Begitu juga aseb yang lebih minat jadi petani.
bela kambing, tapi, masih jugak jadi loyer.


Aku, yang minat repair kereta,
dan segalanya tentang kereta, masih jadi loyer jugak.
cuma, aku selalu jugak hantar kereta utk direpair.
aku jugak minat sikit2 jadi petani.

Sbb apa masih jadi loyer?

Aku pernah berbual dgn bekas Klik
di firm Ismail whatever masa aku terjumpa
dia kat court ipoh.

aku tanya dia, camana firm ismail whatever skang?
gitu la...katanya dgn nada yg macam sesak.
Dia dah sepuluh tahun praktis.

aku tanya dia, tanak tukar job lain ka?

Sambil gelak dia jawab.

"Nak kerja apa? Udah kerja ni ja yang pandai buat"


hahaha.betul katanya...

Udah pandai jadi loyer ja, terpaksa la keja loyer utuk idup.

Kehidupan, ditolak dengan impian...sama jugak Kerja.

Kalo nk ikut impian, camna nk idup..terpaksa la kerja dulu.

Sampai bila, aku tak tau...sampai aku bukak kolam lintah kot.

Friday, April 11, 2008

trip to...tadak trip. cerita minggu lepas

Ujung minggu lepas.

Dikala ada kawan yang sedang sibuk
siap dgn baju baru untuk pegi kenduri kawen.

ada juga kawan yang memang kawen.
(Sori Am tak pegi kawen kau)

Dan aku pulak masih di Kamunting.
Ditugaskan oleh Bapak mertua aku
yang balik ke perlis,
untuk membela 2 org adik ipar
aku yang boleh tahan lincahnya.

petang jumaat dah start.
Adik ipar yg tingkatan 4 tepom.
Hujan tgh lebat.dia sensorang kt rumah.
Katanya wayar letrik dr tiang kuar api.
umah tadak letrik.

Aku, yg baru balik keja,
terus ke umah mak mentua.
Tepom TNB secukup rasa.
Sekejap saja dah tiba.
Siap semua tu, aku balik umah.mandi2.

malam, aku nk jemput adik ipar pi makan malam.
Tetiba aku tgk kereta mak mentua aku tadak.
eik??? sapa bawak?
Rupanya, sorg lagi adik ipar aku yg
sepatutnya kerja kt Penang, Balik tetiba.
dan dia tadak Lesen.

aku hanya diberi kuci moto oleh pak mertua.
sbb dia tak jangka dia nk balik, lalu biar saja kunci keta.

Habis membebel bini aku serta mak mertua aku
selang 5 minit tepom tanya dia dah balik ke blum.
haiya,.... budak2 zaman sekarang.

Lalu, hari ahad, aku pulak ke umah mak aku utk
bawak mak aku ke kenduri dlm kampung tu..

Petang, utk melegakan otak yg serabut..
aku serta anak bini, amik angin tepi laut..

Ini sedikit gambar...


panas sikit..muka bekerut..


Hanany First Time sentuh air laut.


Masih mau main air.


Ini pulak adalah Lipan yang diketuk dikala maghrib.
Bahaya ooo.

Friday, April 04, 2008

Islamic Banking? Islamikkah?

dari dulu aku agak skeptikel(ejaan melayu, hehe)
pasal Islamic Banking.

Bagi aku, konsepnya tidak seperti yang diharapkan.

Tujuan pengharam Riba' dalam Islam
adalah untuk mengelakkan penindasan kepada peminjam.

Dalam Islam, pinjam seriboo,
bayar Balik Seriboo.

Tapi, yang aku tgk sekarang,
kononnya nak mengelakkan riba.
Tapi harga beliannya melampau2 tinggi.

Buat loan 79riboo..
Bayar balik 236 Riboo.

Tak ka gila.

Tak kisah la letak la nama apa pon,
harga jualan?
sebab ada dua kontrak?
Tapi jangan lupa,
kontrak itu "atas angin saja"
kerana kebanyakkannya atas konsep bai Al-inah.
Barang tadak lagi.

sbbtu pada pendapat peribadi aku,
Tujuan pengharam riba, adalah mengelakkan penindasan.
Islamic Banking kononnya mengelak riba.
Tapi, sekarang ni, tiada riba.
Tetapi, penindasannya melebihi Riba....
Halalkah itu?

Maaf kepada Dr Daud Bakar dan bekas Bos Encik Dzafran..
aku tidak bisa bersetuju dgn konsep ini...

Sila baca artikel ini.

Dan Juga Komen PAKDI dalam blognya disini.
(pakdi adalah ahli kewangan terkenal)hahaha

Wednesday, April 02, 2008

kadang2 kita diatas.Kadang2 kat bawah.jadi, jgn belagak.

1)Aku ada kawan yang sewaktu chemberingnya
beliau telah di "hanjing"kan oleh seorang
kakitangan Mahkamah.
Kejadian itu sgt membuatkan kawan aku itu marah.

Baru2 ini, kawan aku itu telah masuk judiciary.
dan dia dihantar menjadi Majistret....
di mahkamah tempat dia di"hanjing"kan dulu.

Sekarang orang yang meng"hanjing"kan dia dulu..
kena panggil kawan aku ni TUAN.
Padan muka Kakitangan Mahkamah itu.


2)seorang ketua kampung di negeri perak,
tidak berpuas hati dengan seorang Imam Masjid daerah
yang juga naib kadi bagi kawasan itu.
Kononnya Imam tersebut memberi khutbah berbaur Politik
i.e. Pas.
walhal Imam tersebut memberitahu apa yang betul
mengikut Al-quran dan Sunnah.

Lantas Imam tersebut direport ke pihak atasan dan ada ura2
akan ditukarkan ke kawasan pendalaman.

Walaubagaimanapun, sebelum sempat ditukar...
Perak bertukar kerajaan.
Imam itu tidak jadi ditukar...

Tapi, ketua kampung itu pula yang
mungkin akan kena letak jawatan.....
Kalo tak letak jawatan, mmg jenis muka tebal la.
Tatau lepas ni dia nak jadi apa.
bagi jadi siak masjid kot.
Padan Muka Bekas Ketua Kampung tersebut

3) Aku selalu ternampak seorang junior
masa UIA dulu.
Dia nampak macam lembik dan kampung jer..
Aku biasa la, kan suka kutuk org...hahahah

Harini, Aku masuk chamber PKP.
Aku kena tunduk.
dan mintak izin untuk bercakap.
"DGN IZIN PUAN"
kepada junior yang aku kata nampak macam
lembik dan Kampung tu.
hahahahahahaha..padan muka aku.
Senang betul deorang dpt judiciary ni ek.