Monday, April 21, 2008

Komen cik Ramli dlm blog Arin.

Arin ada sebut nama aku dan entri aku dlm blog dia.
dan ada pullok org yang bagi komen.
Sebab arin ada letak nama aku dan dia jugak ada mintak tolong.
Jadi aku tolong jawab.Kalo tak, tak kuasa aku.hahaha.

Ini adalah komen dlm entri arin.


Bukankah peguam itu satu pekerjaan?
dan pekerjaan itu salah satu drpd fardhu kifayah?
dan kegagalan menjalankan tugas peguam dengan baik boleh dihukum sebagai kufur!
Tak ada guna kejar akhirat kalau dunia tak mahu buat.
Kita menjadi peguam (khususnya salary partner)bukanlah lesen untuk berlagak,
sombong dan bongkak!
tetapi peluang untuk belajar bagi berjaya dalam hidup
(khususnya kepada mereka yang baru setahun menjadi peguam).
Tergamak nak suruh chambering student basuh jamban? Kurang ajar!
Kalau tak minat, tak sanggup dan / atau tak mampu jadi peguam
(mungkin kerana malas, bodoh atau sengaja nak kekal bodoh),
tinggalkan dunia guaman jangan nak "malukan" profesion ini dan peguam - peguam yang lain!
Belajar hormat peguam yang lebih kanan,
pegawai - pegawai Mahkamah dan hakim.
pikir dan belajar daripada "pengalaman orang yang lebih senior".
Ingatlah, suatu hari nanti, semua law students samada melayu, cina atau india,
lulusan tempatan atau luar akan melalui "sistem exam" yang sama, dan pada ketika itu,
lulusan IIU tidak akan mampu lagi jadi peguam seperti korang sekarang.
Kalau lulus LLB nak jadi cikgu KPLI, membazir duit rakyat Malaysia, duit rakyat!
tak sampai setahun dah "letih"? Whatever!

p/s: entry dan blog adalah berbeza dengan diari!
tak semua benda boleh tulis dalam blog. Harap maklum!
Ramli Yaakub 04.18.08 - 3:48 pm #

Ahahah. wah, bukan main maghah lagi dia.
Ceni la.aku nk terang sikit kat semua pembaca dan cik Ramli kita.

Mula2 Isu dalam Blog aku yang di"Qoute" oleh Arin ialah,
Pasal impian masing.Aku dan kawan2 ada impian,
bukannya isu jadi peguam tu best atau tak.
Bagi aku, cik Ramli kita tak paham isu yg dibincangkan.

kemudian cik Ramli kata:
Bukankah peguam itu satu pekerjaan?
dan pekerjaan itu salah satu drpd fardhu kifayah?
dan kegagalan menjalankan tugas peguam dengan baik boleh dihukum sebagai kufur!
Tak ada guna kejar akhirat kalau dunia tak mahu buat.


Errr, Cik Ramli, bukan kufur ya, tapi Khianat.Tidak amanah.
Kufur itu untuk perbuatan tidak bersyukur.
mesti bukan grad UIA ni.

Lgpun, tak pernah kami tak buat kerja dgn baik.
Setiap hari kami jerih payah memerah
otak untuk menyiapkan kerja.
Kerja semua settle.
sapa cik Ramli nk kata kami tak buat kerja?
ada nampak?
Kalo kami kejar akhirat tapi dunia tak buat,
Tentu kami kerja tok siak secara free, bukan loyer.

Cik Ramli kata lag:
Kita menjadi peguam (khususnya salary partner)
bukanlah lesen untuk berlagak,sombong dan bongkak!
tetapi peluang untuk belajar bagi berjaya dalam hidup
(khususnya kepada mereka yang baru setahun menjadi peguam)

Ahahah, Aku tak sombong dan bongkak pon,
jadi aku tak terasa.
Aku jugak bukan salaried partner.
(salary partner ditulis oleh cik Ramli)
dan setau aku, kawan aku dan aku semua masih belajar
dan belajar walopun dah praktis.
Yang terasa jwb sendiri.hahaha

Cik Ramli kata lagi:
Tergamak nak suruh chambering student basuh jamban? Kurang ajar!

Eh, biasa la tu basuh jamban.
saya dulu pon kena centu,
apa nak bising,
yang lagi teruk kena pon ada. kan?
Time chembering, biasa la kena buli.

Lagi, cik Ramli pon kata:
Kalau tak minat, tak sanggup dan / atau tak mampu jadi peguam
(mungkin kerana malas, bodoh atau sengaja nak kekal bodoh),
tinggalkan dunia guaman jangan nak
"malukan" profesion ini dan peguam - peguam yang lain!

Hahaha, kenapa kalo tak minat jadi Peguam dikatakan bodoh.
ada kawan saya dia tak minat jadi peguam sebab dia
lagi minat jadi ustaz ngajar Al-Quran. Bodoh ke tu?

Tak minat kerana tak minat la, apa kena mengena dgn bodoh?
Kalo minat bole menjadikan seseorg tu bijak?
tak kena langsung kata2 cik Ramli itew.

errr....kawan2 saya memang dah ramai yg tinggalkan
Profession guaman.
Tapi, deorang semua bijak2 dan jugak
deorg meninggalkan profession guman sewaktu berada di "Puncak"
i.e memang tgh top.

Jadi, tak semestinya tak minat jadi Loyer tu bodoh dan memalukan
profession guaman.
Kerja2, minat lain.tak gitu?

Lagi2 cik Ramli:
Belajar hormat peguam yang lebih kanan,
pegawai - pegawai Mahkamah dan hakim.
pikir dan belajar daripada "pengalaman orang yang lebih senior".


Errr. kami semua hormat dan belajar.
Kat sini, siap aku dilabel "manja" dgn akak2 dan abg2 court.
hahaha.
Tak caya tanya MatJap.dia pon tekejut pagi tadi.

Yang Ni kata2 cik Ramli yang bole dikatakan paling....errr:

Ingatlah, suatu hari nanti, semua law students samada melayu,
cina atau india, lulusan tempatan atau luar akan melalui "sistem exam" yang sama,
dan pada ketika itu, lulusan IIU tidak akan mampu lagi
jadi peguam seperti korang sekarang.


Ewahhh. Kami pon susah jering payah tau stadi Law.
Igt senang2 ke kami dapat jadi Loyer.
9 bulan kami chembering.
balik pukul 10 malam hari2.
aku pernah tidor opis dgn suhel dan Kano.
Apsal cik Ramli?
igt semua budak UIA tak layak jadi Loyer?

Kami budak UIA ni senang adapt dgn suasana.
campak lah kami dimana.InsyaAllah kami hidup.
dan kami pulak tidak pernah memperkecil2kan lulusan Universiti Lain.
malah kami hormat semuanya. kerana bagi kami,
sama2 susah nk jadi loyer.

Jangan mudah2 nk kutuk UIA a....

Dan, saya tgk, ramai jugak budak UIA yang dpt Judiciary,
dan BAnkdan macam2 lagi.

Maksudnya, kami "not bad at all kan?"


Lagi cik Ramli kata:
Kalau lulus LLB nak jadi cikgu KPLI,
membazir duit rakyat Malaysia, duit rakyat!
tak sampai setahun dah "letih"? Whatever!

Eik? kerja jadi cikgu bazir duit rakyat.
kalo dah kerja, apa bazir duit Rakyat pullok.
kerja, layak la dapat gaji.

Kalo jadi YB, pastu makan rasuah, baru la bazir duit rakyat.
Tak gitu?


Last sekali cik Ramli kata ceni:
p/s: entry dan blog adalah berbeza dengan diari!
tak semua benda boleh tulis dalam blog. Harap maklum!


Ewahhhh....
cik Ramli kutuk2 budak gard IIU dalam blog tak pa pullok?
bukan ke tak semua benda bole ditulis dalam blog?
Cik Ramli ni org UMNO ke?
cakap org tak bole tapi sendiri buat bole?

Setahu saya la.
errr..blog bole dijadikan diari.sukahati la nak tulis apa
selagi tidak memfitnah(seperti kutuk semua budak IIU)
atau memprejudiskan keputusan mahkamah.tak gitu?


Konklusinya....
Cik Ramli....
Kitorang cuma bersembang tentang Impian.
Sikit pon tak terniat nk kutuk profession guaman.
Lagipun, kami sendiri Loyer.

Kalo 20 30 tahun dulu,
saya percaya profession guaman amat dipandang tinggi.

Tapi, dalam zaman sekarang,
dengan harga barang sentiasa naik
(aku tekejut beli beras 15kg semalam,RM31.95)
Peguam dan jadi satu pekerjaan untuk hidup.
(To earn a living)
kalo ada job lain yang lebih lumayan, lebih bayik amik.
Profession profession jugak.
Tapi kalo kerana nk mempertahankan profession makan nasik kena catu,
tak guna.
Adik ipaq aku yg kerja KFC lagi kaya dari aku.tak ka pelik?

No comments: