mendengar khatib membaca sepotong ayat Al-Quran
aku boleh membaca sama ayat tersebut.
Rupanya aku pernah hafal surah tersebut.
Tapi, sekarang aku dah lupa surah tersebut..
Mungkin masih ada serpihan2 memory yang terpendam
jauh didalam RAM jiwa aku.
Sepatutnya aku mengamalkan surah tersebut dan terus menghafal.
Imam membacakan Doa.
aku juga turut membaca.
Aku pernah tahu doa itu.
tapi sekarang aku tidak lagi menghafal doa tersebut.
Sepatutnya aku mengamalkan doa tersebut dan terus menghafal
Byk ilmu yang sepatutnya aku tahu,
kini sudah jauh terpendam jauh di dalam RAM jiwa aku.
Ada juga ilmu yang tidak sempat diturunkan kpd aku
kerana arwah ayah telah meninggal.
Ada juga Ilmu yang telah diperturunkan oleh pensyarah2 dari timur tengah
sewaktu menuntut dulu yang kini hanya tinggal serpihan2 memory.
aku berjalan meninggalkan masjid menuju ke kereta
sambil berfikir.....
aku tidak perlu memutarkan masa semula lalu mengamalkan perkara
yang aku tertinggal supaya aku masih igt pada masa sekarang,
aku cuma perlu sdikit demi sedikit meng"refresh" memory2 yang ada...
sekerap mana yang mungkin.....
sekerap aku menekan butang A S W D di papan kekunci leptop ini......
Selamat hari Jumaat...
No comments:
Post a Comment