Tuesday, January 22, 2008

nasib baik

Tadi pagi tader kes sendiri.

Tapi aku MOB 5 file utk firm lama.
Ismail whatever tu lah.
Atas permintaan bekas kelik
yang PCnya masih belum siap.
Standard.

Sebelum masuk court.
ditegur oleh seorang brader.
dia bertanya, tentang kes jenayah.
Anaknya disyaki terlibat.

Aku berkata, dlm kul 9 lbh nanti depa bwk mai.
pastu masuk dlm ni la bang.

Kes apa?
tanyaku.

Disyaki memiliki motor curi katanya..

Dgn Ilmu sewaktu legal aid dulu,
aku berkata,
"oh, kira 411 la nih."

"Hukuman mcmana a dik?"

"Tak kurang 6 bulan,
tak lbh 5 tahun dok dlm bang.kataku."

"Simpang Malikat 44", kata brader tu.
Brader tu mcm sugul..

Nak jer aku kata, Sy tatau simpang Malaikat,
Pekan Simpang Taiping saya tau.

Kemudian ditegur dari belakang.
KIMI!.
aku toleh, rupanya K.B(dagu) dan Farhana.
K.B kelik masa cembring kat hsk dulu.
Farhana member kat UIA la.
Deorg FC sekarang.gomen...kayo.

lepas habis kes, kami pi minum..
agak seronok kerana aku dh lama
tak jumpa kawan yg aku boleh sembang
pasal Am,Suhel, Kano, S.I, dan semestinya cik EBO.

selepas Farhana byr makan minum kami semua.hahaha
kami blah...

Kim slm bini kau...kata K.B...

Balik opis, aku pon cek balik,
nasib baik betol 411.
hahaha.aku main sebut ja tadi.

No comments: