Tuesday, January 29, 2008

Tak dapat tolong

Melihat ke'kool'an org lain.
Melihat kekemasan org lain berpakaian.
Mendengar gaya bahasa org lain.
Mendengar cara penyampaian org lain yg baik.
Melihat kekontrolan org lain ketika
bergaul dan bercakap.

Kadang2 terasa ingin cuba mengubah diri.
Kadang2 terasa mcm nak ikut gaya org lain
yang kontrol, gaya bahasa yg bagus dan sbgainya.

sejak aku bekerja.
aku dah pernah cuba untuk berpakaian kemas.
seperti pakai tie dan tangan cekak.
Tapi tak tahan.
Kalo pakai tie, lepas kul 12 aku mesti
tarik sikit kpala tie kebawah dan bukak kancing kolar.

aku mmg tak boleh la.

Aku sekarang pon dah cuba nak ubah
gaya bercakap.
Sesuai dgn gaya seorang yg incharge branch.
Sesuai dgn gaya seorang Abah org.
Lebih teratur dan kurang merapu.

Tapi tak bole jugak.
Masa bercakap aku mesti selit2 dgn benda lain.

Pernah sorang kerani yang baru masuk kerja
bertanya kepada aku didepan ramai org
termasuk Bos dan lain2.
"Encik, apa beza Legal Assistant dan PArtner"?
Tanpa berfikir panjang aku menjawab dgn laju.
Legal assistant tu KULI,
Partner tu BOS.

Bos di sebelah aku terkebil2.
kerani tu tutup mulut gelak sambil mata menjeling ke arah bos.

Sama la kalo org mintak lukiskan plan
utk ke sesuatu tempat.
Sambil menerangkan arah mana yg perlu diikut,
aku mesti akan selit sesuatu walopun aku cuba menahan,
contohnya"kat sini nanti u mungkin
akan nampak Bas, atau kucing, tak pun org,
depend kpd sapa yg lalu kt situ la time awak tgk tu."
(dalam nada serius)


Teringat masa kat matrik uia bila
aku tuck in baju krn ada presentation.
Balik kelas, selisih dgn kaie lalu kaie bertanya,
"Hang demam ke kimi"
(utk rekod, matrik kena pakai mcm sekolah
baju putih tuck in, seluar itam,
aku selalu pakai seluar khakis, tak tuck in)

Masa kt Gombak, aku pernah pakai baju Maroon,
dan baraq bersuara,
"rupanya hang ada t-shirt warna lain selain warna
hitam dgn putih na"

Setakat ni sekuat mana aku try nak jadi
lain sikit dari diri aku, aku tak berjaya...
mungkin sudah tidak dapat di tolong...
(it can't be helped)
aku sudah dilahirkan begini....

No comments: