Monday, June 18, 2007

Selamat Hari Pak

Ahad, 17 Jun 2007..

Aku bangun awal sikit dari selalu dan terus mandi..
Masak air sikit utk wife dan Hanany mandi..

Selalunya kalo hari ahad, tentunya kami sekeluarga
akan tdo sehingga tak larat..
Tapi, harini ada kawan aku nak datang menziarah...

Pukul 9.40, kawan aku sms..
Baru btolak dari umah..katanya..
Jarak umah dia dgn umah aku cuma 40 minit++..
Dalam 10.20 sampai la kot..

Pukul 10.15, dia tepon.."Ghumah hang parit apa a?"
Aku jawab, "parit haji amin"
"OK, dah nak sampai ni" katanya..

Tunggu punya tunggu, 10.30, tak sampai lagi..
Aku tepon..dia jawab.."wei..aku rasa aku salah masuk parit la..
aku masuk parit haji napis"

"CEH!! aku dah ckp td, yg p degil masuk parit lain pasal apa.."

5 minit lps tu dia sampai..sambil tersengih2..bini dia pun sengih2..

Dia bawak anak dia jugak..
sudah berumur 40 hari..lalu anak dia diletakkan bersebelahan anak aku..

itulah kali pertama Samihah Humaira berjumpa dgn Durratul Hanany..
masing2 menunjukkan skill.
mengeliat, kentut, dan sebagainya..
tapi, juara jatuh kpd Samihah kerana dia berak..hehe..

Aku dan Kanot, masing2 menunjukkan skill..
kanot dgn skill menelangkupkan anak diatas paha yg besar sambil
menepuk2 ponggong anak lalu anak tertidur..

Aku dgn skill membancuh susu tanpa mengikut sukatan..

Bini kami, bersembang la cerita pasal beranak.

Kami juga berkongsi tips2 penjagaan bayi dan tips menyelamatkan poket..
Lalu kanot mencadangkan jenama lampin yg dia beli..
HEY! Baby jenamanya..tak pernah kudengar.
Lalu kakakku mengeluarkan risalah econsave
yang mengiklankan offer hey! baby, 86 pc, 22 hengget.
Murah! kata kanot..aku melukiskan plan utk kanot ke econsave.

Aku ngan kanot tidak lupa member.
lalu kami berkongsi cerita pasal aseb dan kaie..

Disulami dgn mee goreng dan cekodok sejuk..2 jam berlalu dgn cepat.
.
yang aku terkilan, bila nak amik gambar.
Bateri dah abes..ces...Mungkin niat tak betol kot.. :p..

pukul 12 lebih..Kanot sekeluarga pulang..
Sekali sekala jumpak member..tentu la best..

"Selamat Hari BApa kepada aku dan kanot..dan bapak2 yg lain.."

10 comments:

AM said...

alaa comelnye cara sambut hari bapa. Selamat Hari Bapa yang pertama, Kimi!!!

mubaraq ahmad said...

kimi + comey = sesak napas ku!!!

KiMi said...

AM: kau pula bila mau sambut hari ibu?

Baraq: haha, baraq jeles.

AM said...

di suatu hari Ahad di minggu kedua bulan Mei, insyaAllah. tungguuuu!

KiMi said...

oho..mcm aku nak sambut raya la.di satu syawal,setiap tahun islam.

pB said...

lawa nama baby ....

kanot said...

aku dah beli hey baby! murah rm5 dari KL siot!! siap dpt baju baby lg.

Aku pi tpt amik free gift, tiba2 dia kata hadiah tu tak sampai lg. AKu pon peras ugut suruh dia bg gak tak kira baju papa ja...lantas dia bg baju yang aku pon tatau cap apa.hahaha

asniloveschocolate said...

hey!baby..hey!baby...hey!baby...

menarik betul nama brand lampin pakai buang ini.. =)

asniloveschocolate said...

eh..hey baby!

exclamation mark patutnye kat mane...huhu

KiMi said...

NOT: aku rasa hang silap a not.
hadiah baju tu ada kat dalam pek tu la.Hang tak caya balik ni hang bukak.Dia dah siap bubuh dalam pek lampin tu skali.
Aku dapat baju kaler pink.
Jadi,hang dpt 2 baju,tak aci!!
Asne!: Hey! baby sbenarnya.