Friday, February 04, 2005

Reasonable Doubt

"sayang benar jika nilai persahabatan tercalar dengan keraguan yang sia-sia.."

Kata-kata yang aku amek dari blog akak aku...

Dalam maknanya...

Jangan kerana bila dapat tau password e-mail boipren adalah no ic awek lama dia...
Nak diamuk seluruh dunia..nak mintak clash..nak balas dendam...
Mungkin boipren itu terlupa nak tukar ataupun dia dah lama tak bukak e-mail..
at least mintak penjelasan...untuk clearkan keraguan..

Jangan kerana kawan baik kita tiba2 dah ada girlfren..
Kita merajuk...takut kita ditinggalkan..lalu tidak mahu bercakap dengan dia lagi...
sampai menganggap dia dah mati..
Mungkin dia pun ingin memulakan hidup sendiri..
Kita patut gembira kalau orang yang kita sayang gembira..tul tak?

Jangan kerana Kawan kita ni kaki memuji diri sendiri dan keluarga sendiri..
Jangan kita terus benci padanya dan tak mau ikut even kalau dia ajak makan..
Dia cerita pasal keluarganya..mungkin sebab dia tak dak awek..
Kalau dia ada awekk..tentu dia cerita pasal awek dia ja..cam aseb..:P

Jangan kerana kawan kita nak berenti tulis blog...
kita terus buat conclusion yang dia nak kena tangkap masuk ISA...
mungkin awek dia yang comel marah dia tulis blog sebab dia makin popular...
kita patut tanya sendiri pada dia apa sebabnya..jangan tanya member dia..

Jangan kerana kawn kita yang dulu hepi2 jadi senyap...
Jangan terus kata dia dah berubah...
Mungkin dia demam...batuk..malas nak bukak mulut..sakit otot perut..
Sakit kaki sebab melecet...hingus asyik nak mleleh jer...
Kita patut tanya...cam kalipah tanya...sakit ke?




1 comment:

Anonymous said...

feeling bored? then why not try some http://www.world-sports-betting.co.uk sports betting to win some cash