Monday, March 30, 2009

JUMAAT, sabtu , Ahad.

TAHNIAH KPD KANOT ATAS KELAHIRAN ANK NO 2
BELIAU YANG BERNAMA RAUHAH HUMAIRA SEMALAM.
Tak pa, InsyaAllah tahun dpn aku menyusul.
****************************************************

Petang Jumaat.
Lepas balik kerja,
Terus ke car wash.
keta kotoq.

Sampai di carwash,
kelihatan 3 org warga asing sedang
melihat2 kerata 2nd jand yang dijual oleh
tokey car wash.

Pakcik X kata kat aku,
depa ckp org putih, pakcik tak paham.

Lalu aku mendekati 3 org warga asing tersebut,
mereka berbual2. eh, rasa mcm paham pulak.
Aku pon mencelah menggunakan bahasa meraka.

depa tekejut,
"Masya Allah, takallam bil-lughatil a'rabiah?"
aku pon tekejut, eh eh, aku boleh ckp arab lagi.

Pakcik car wash lagi la, tebeliak mata.

depa dari Iraq, selama 2 tahun kt P.buntaq,
jarang jumpa org pandai ckp arab, kata depa.

Aku jadi translator antara depa dgn Pakcik car wash.
bebincang tentang harga kereta.

Setelah depa balik, Pakcik car wash dgn sengih2 tanya aku,
Pakdai ckp arab?
sikit2 la, kata aku.
Dulu masa mengaji, kena ckp arab.

Pak cik tu masih dgn muka terkebil2,
Aku bayar RM 7, dan blah.

***************************************************************

Pagi Sabtu,
sepatutnya aku kerja,
tapi aku ada ternemen boling anjuran TM.

Aku, Bini aku, dan sorang partner firm aku masuk.
Jadi firm diarahkan tutup dan staff2 wajib hadir memberi sokongan.

Bini aku satu team dgn cik sopian dari TM
dan Kak niza bini cik TAj ketua unit Bank RAkyat.

Aku pula satu team dgn kak Norihan dari TM,
dan Encik rezdham.

memang fight la.
nasib aku baik kerana harini semua menjadi.
En Redham Terer, aku konsisten. Kak norihan pon OK.

Bini aku lagi nasib baik,
Dia hampeh pada game pertama,
tapi mula menemui rentak pada game kedua dan ketiga.
kemudian tempat cik sopian diganti oleh
cik Taj yang memang TERER.

Masa penyampaian hadiah,
Team Bini aku dapat No. 5. Dapat Hamper bessarrr.
Team Aku dapat No 3.
LAAAAgi besaar hamperr.

Partner aku, tak menang. team dia dan dia hampeh.haha
Aku Faraid hamper aku bagi kat staff2 sikit.
tinggal kat opis sikit.

selebihnya aku bawak balik.
sebab malam ni aku ada tetamu.
Encik "H". datang utk penamaan calon esok.

Team aku.


Team Bini Aku.


Bini Aku no 5


Team Aku no 3


Gambaq Bersama Family, Family Hebat.

****************************************************************

Pagi Ahad, aku dan keluarga encik H
ke tempat penamaan calon.

Jgn pecaya kalo suratkabar atau tiwi 3 kata penyokong BN ramai
Bohong, sebab depa sikit jer.

Penyokong Pas raaaaammmai sgt2.
tidak kurang 10 ribu atau hampir 15 ribu.

BN dalan 2 3 ribu jerr.

antara yang menarik apabila
kaum India dari kelab penyokong PAs
datang membawa replika Kapal Selam sambil
melaungkan nama ALtantuya!

Lagi satu yang best ialah, kerana penyokong Pas RAmai,
diletakkan atas bukit pulak tu,
Penyokong pas ramai2 buat "mexican Wave" macam kat stadium tu.

hahahah...bengkerk jer penyokong BN.
Depa tak bole buat, sbb tak jadi wave.org sikit.


Kelihatan juga Ustaz Zamri mari mengaji
dan Doktor Badrul Amin yang sempat
bersalaman dan bermesra dgn peminat.

3 hari yang padat.


Friday, March 20, 2009

Bahasa Oh Bahasa

Kenapa bahasa inggeris nak diagungkan sehingga
matapelajaran matematik dan sains pon ckkp omputis?

Alasan, nak generasi maju.

Bukankah Jepun tak ckp omputis pon.
Maju jer.

Kenapa kalo kita ke jepun,
kita kena belajar bahasa depa.

Kalo kita ke Korea,
kita kena belajar bahasa depa.

Kita pulak, di negeri sendiri,
tapi kena belajar bahasa Gerrad.

Kan lebih bagus,
kalo kita martabatkan bahasa melayu,
sehinggakan sorg datang ke negeri kita,
minat untuk berbahasa melayu.
Bahasa melayu bukan susah untuk diperkenalkan
ke serata dunia.
Bangla yang datang sini, 3 bulan dah bole berbahasa melayu.

Sejak PRU-12 yang lalu,
tembok pemisah bangsa juga semakin terhakis.
Org cina sokong pas.

Orang melayu tak sokong UMNO.

nak tau kenapa?

Kerana Islam rahmat kepada sekelian alam.
Bukan melayu.

Umno asik canang2 melayu.
org sekarang nak Islam, Bukan melayu.

50 tahun Umno memerintah,
tak pernah nak cerita yang benar tentang islam kepada kaum lain.

Sekarang, bangsa lain dah mula paham tentang Islam.
Orang bukan Islam sebenarnya tak kisah pon Hukum hudud
dilaksanakan atau tak, sebab bukan wajib ke atas buklan Islam.

yang peliknya, orang Melayu yang dlm IC nya kata Islam
pula yang mati2 tolak hudud.
Kenapa?

Jadi, anda semua pikir baik2 sempena
pilihanraya bukit gantang nanti.heheh.

Ini beberapa keping Gambar yang aku hambik
di Bagan Serai.
Gambar Premis persatuan Tiong Wah (Cina)
Kelihatan Gambar Sultan Azlan, MB Nizar, Dan Nik Aziz


Korang Baca sendri apa dia tulis.
Cina pon Tulis Melayu tau.


Dua orang Apek dan nyonya layan berita.
Apek duduk tgh layan Mee.Pork.hahah


Di Luar, beberapa Tangaci India tgh Lepak.



Tgk, Multi racial apa.
Kan?
Tahniah kepada Pimpinan Ulamak
yang berjaya menerangkan Islam sebenar
kepada kaum lain.
"Barula uncle talak takut hudud punyaaaaaa mmaaaaa"
"Tamau hadhaliii"

TAtau

bila ntah aku last update.
Bukan aku saja, ada sesetangah kawan2 aku yang
tak apdate blog juga.

Mungkin agak sibuk kebelakangan ni.

Aku tak update sbb tak sempat.
Bini aku tak update sbb tada internet kat umah,
jiran yang ada wifi tu balik kampung.

Kanot pula tak upadate dan JUGA DELETE ENTRI PASAL
RAJA2 melayau sejak ramai yang ditangkap sbb
menghina sultan.

yang lain2 aku tatau.

dalam setengah bulan tak update
macam2 yang berlaku

Contohnya...
Liverpool 4- Real MAdrid 0.

Liverpool 4- Man U SATU!! BOOOOOO!!!!

ooooo...renaldo skor, hangpa bertubi2 sms ya.
Alih2 macam biasa, habis game, tutop tepon.


Lain-lain2 kes

15 Hb. aku ikut rombongan bawak pengantin.
Jiran aku kawen.
tader la jauh sgt. 5 minit jer dah sampai umah pengantin lelaki.
haha. kawen sekampung.

lain2
tada aper la sgt kot.

Nanti kalo ada idea, aku update la.
hihihihi.

Tuesday, March 10, 2009

KENAPA KAMI DITAHAN?

Diceritakan kepada penulis oleh Mangsa
yang ditahan polis kerana ingin menyertai
perhimpunan membantah PPSMI.

Sabtu
Lebih kurang pukul 9.00 pagi,
kami bertolak dari Ipoh menaiki
bas PLUSLINER yang telah disewa khas.
2 buah bas..80 orang.

Kami hampir tiba di tol jalan duta
sekitar Jam 12.30 tengahhari..

Tanpa disangka, kami "disambut" mesra oleh
Pihak polis.
seorang anggota naik ke atas bas.

Sebuah lagi bas dibelakang kami
juga dengan 40 orang penumpang
pula sempat bertindak.
Para penumpang bertindak turun
dari bas sebelum sempat
pihak polis menhan bas tersebut.

Bas kami dibawa ke balai polis sentul,
diiringi macam kereta MB.

disana, rupanya dah ada yang ditahan,
Bas dari Tapah.

sekitar pukul 1.00 lebih, kami ditahan di balai polis
sentul.
kami kemudiannya dikumpulkan di dalam
sebuah dewan, disitu kami solat Zuhur berjamaah,
kemudian disambung dengan solat hajat.
kemudia, kami BERTAKBIR menggegarkan
balai Polis tersebut.

setelah menempuh perjalanan jauh,
pastinya kami lapar.
kami hanya dihidangkan dengan air mineral
dan sepotong kek.
Saya enggan makan. begitu juga dengan rakan2 lain.
Kami mahu makanan sebenar.

setelah didesak pihak polis akhirnya akur lalu
membenarkan 5 orang satu trip untuk ke kedai makan
berhampiran balai dengan ditemani seorang anggota.

dalam masa yang sama, pihak polis
mengambil keterangan dari setiap yang ditahan.

seorang rakan saya, yang juga bekas seorang Guru besar
telah memberi buah keras kpd pihak polis.

Beliau berkata,
"Saya ni adalah guru Bahasa Inggeris!
saya sendiri merasakan PPSMI adalah satu yang sukar,
apatah lagi anak2 kita!!"

"tapi saya tatau la kot2 anak encik memang hebat gila Bahasa Inggeris"

dan beliau juga mempersoalkan mengapa kami ditahan?
sedangkan kami ingin menghadiri program yang mendapat permit.
kami ingin memberi sokongan supaya PPSMI dimansuhkan.
Ini bukan program parti politik.
ini program NGO untuk kebaikan generasi kita, anak2 kita.

tiada jawapan yang konkrit dari pihak polis.hanyalah mengikut arahan.
Sapa bagi arahan?Najis Tong Rosak?ntah la.

Seorang dari kami pulak lebih hebat,
Bila polis bertanya, "apakah kegemaran anda?"
Dengan selamba dia menjawab, "BERDEMONSTARI!"

siapakah rakan2 anda?
"TOK JANGGUT!"

saya sempat menelefon anak saya yang telah tiba di Masjid negara.
Anak saya berpesan,
"Abah jangan pegi dekat2 sangat, nanti kena Gas"

saya tidak memberitahu kepada anak saya bahawa saya telah ditahan.

kami ditahan sehingga hampir pukul 4.30 petang.
salah seorang dari tahanan wanita ada membawa anak kecil.
anak kecil itu asyik menangis.

Kami pula tanpa henti Bertakbir sambil "membakar"
pihak polis.GEGAR balai tu.
Akhirnya mereka akur dan melepaskan kami.

sewaktu seorang anggota naik ke atas bas untuk menyerahkan
Kad Pengenalan kami, kami sempat berjenaka kepada beliau.
Encik, besok dah pencen, kami bagi borang, masuk PAS.

Polis tu pon jawab balik,
"OK, dua tahun lagi saya pencen, saya Pon orang ipoh".

Kami di "escort" sehingga ke hentian sungai buloh,
punya la takut kami patah balik Pi demo.

Kesimpulan dari saya,
PIHAK POLIS HANYA MAMPU MENAHAN KAMI DARIPADA
MENYERTAI BANTAHAN MANSUHKAN PPSMI DI MASJID NEGARA,
TETAPI SEMANGAT KAMI AKAN TETAP UTUH DAN TIDAK AKAN MAMPU DITAHAN
DAN SEMANGAT KAMI TAK KAN PADAM SAMPAI BILA-BILA.

seperti yang diceritakan oleh Encik H kepada penulis.
Entri akan datang, kisah dari anak Encik H yang berada di Masjid Negara.

***************************************************************************
KAWAN BARU-Bro Shairi

Terima kasih kepada Yatt kerana memperkenalkan Bro Shairi
kepada aku masa aku cari Runner untuk amikkan Geran di PTG subang.

Hari Isnin, Bro Shairi Janji nak jumpa aku di Ipoh untuk bagi geran
sebab dia nk ziarah kakak dia di Ipoh.

SMS beliau, " Bro, sya Gerak dlm kul 1, KL ujan lebat, baru je
stop, sampai sy Roger"

tapi baru je kul 1 lebih, dia SMS lagi
"Bro, dah sampe spg Pulai, pekena teh tarik dulu nanti gerak sy roger"

mak aih?cepatnya?
masa tu aku tgh makan di restoran tasik raban dgn anak bini.

pastu dia call, "Bro 15 minit lagi saya sampai masjid tambun"
saya naik moto.

uik?dari simpang pulai ke Tambun 15 minit jer?

di masjid tambun, 15 minit kemudian,
yaaaaaa.....tak salah lagi jangkaan aku.

masa aku nampak dia bawah bumbung parking tu.
MOTO BESSARRR.pada la dari kL ke ipoh sat ja.

ini gambar abg shairi. Bro.






aku sempat tanya, berapa laju tadi?
"240 jer", katanya.

Erkk!!

dia juga sempat kata, Kimi pon bole pakai moto ceni,
tapi dia nasihat, "kena tunggu dah berumur baru bole pakai Moto ceni"
sebab orang muda bahaya naik motor besar ceni, tak beringat."
ada kawan saya, muda, asyik eksiden jer."

"orang tua, bwk motor, laju, tapi beringat"

umur bro shairi ni 40-an, sikit lagi nak sama umo bapak mentua aku.tapi BRO.

last posing sebelum jalan.




TQ BRO shairi, nanti tua, aku pon mau beli MOTOK besarrr.
(Bini aku tambah, Motok bessar bawak miza, tapi kena pi mekah dulu)

Thursday, March 05, 2009

HANGINNNNNNNNNNNNNNNN

PROMO: Ini blog Bini aku, dia dah pandai buat Blog

Perak

negeri yang sedang mengalami krisis politik

semua orang ada pendapat masing2.

semua ingin mengukut sentimen masing2.

Pendapat aku?

Ini berpunca dari barisan nasional yang berjaya mencari kelemahan
kerajaan Pakatan Rakyat.

bermula dengan menghantar umpan dari bota.
Melompat masuk PR.
bertujuan nak test,
HASILNYA: PR menerima beliau dan tidak pula suruh
buat pilihanraya kecil.

itulah turning poin nya.
Bila BN masuk PR tak payah pilihanraya,
jadi, kalo PR masuk, tentulah perkara yang sama.

Lalu, MELOMPATLAh ADUN2 yang 3org itu.
apalagi!!.
mengamuklah PR, suruh pilihanraya semula,
sedangkan sebelum ni kata tak payah pilihanraya.

bila misi selesai, UMPAN dr bota
tu masuk semula ke BN.

maka terjadi lah insiden yang semua sedia maklum.
Sultan suruh MB ke 10 letak jawatan
lalu melantik MB ke-11.

Sebagai pengamal undang-undang,
mengikut undang2nya...
MB hanya bole ditukar dengan 3 situasi.
1) MB itu sendiri resign
2) MB mendapat undi tidak percaya dalam SIDANG
3) DUN dibubar dan pilihanraya baru

disini, MB ke-10 tidak resign, sidang pon belum,
DUN pon tak bubar.

pendapat aku, kalo dulu BN tunggu sidang DUN,
dan buat undi tidak percaya kpd MB ke-10,
tentu tak jadi ceni.

masalhnya, BN rampas kuasa sebelum sidang DUN.

*************

Sekarang pulak,

speaker DUN memanggil sidang tergempar.
pendapat aku, sidang tu sah kerana
DUN perak hanya dirtangguhkan sebelum ni,
untuk sambung sidang, tak perlu consent sultan.

begitu juga dengan kejadian wakil2 rakyat dan
speaker DUN tidak dibenarkan masuk ke bangunan SUK
dengan dihalang oleh polis.

ini sudah melangkau doktrin "saperation of Pawer"
antara Executive, Legislative, dan Judiciari. eh? betul ker?

Speaker DUN hanya menjalankan tugas2 beliau,
Pihak polis perlu bersifat neutral.
mana bole ikut telunjuk2 satu2 pihak.

SPRM? lagi la aku malas nk cakap.

isu derhaka?
tu dulu kat Terengganu yang kata "NATANG" kat sultan tu sapa?
yang nak jugak shahidan kassim jadi mb tu sapa?
sapa?

malas nak kata apa dah.. SEMUA MANGKUKK!!!!!!!!!!!!
baik tgk semanis kurma yg dikendalikan oleh ustazah bahiyah ni.
****************************

Aha, baru2 ni aku ada baca dalam metro pasal
bekas vokalis sebuah kumpulan nasyid yang sangat popular
sekitar akhir 90-an dan awal 2000 telah pergi
audition OIAM.

yang tekejutnya, dia sekarang berimej baru.
dengan rambut rebonding kaler oren,
dan dengan gaya ayu gitu..

sapa yang minat gila kat dia dulu, tentu tepuk dahi.hahah
errkkk.ujian tuhan kottt

bbbbrrrrrrrrrrrrrrrrr....................

Tiada kena mengena dengan kemerosotan
pasukan Liverpool

Tiada kena mengena dengan masalah rumahtangga.

Juga tiada kena mengena dengan bebanan kerja.

serta tiada kena mengena dengan bebanan kewangan.

ia hanyalah kerana saya tisada idea nk tulis apa2.

ntah sbb apa.

otak tepu untuk menulis entri.

tiada idea.

tentang:
Politik ka, rumahtangga ka, rakan2 ka.

semua tiada.

tatau la sampai bila.

mungkin kena cari idea bawah pokok berhampiran bangunan SUK.