Thursday, March 13, 2008

Kena Tag, ISI Purse/Walet/begtangan.

Aku dah lama tak ditag.
Tetiba aku telah diTAG oleh kakak aku.

Berkenaan isi beg tangan/purse
aku tadak beg tangan.
aku jugak tadak purse.
tapi aku ada wallet.

Mari kita terjah apa
yang ada dalam wallet aku.

Wallet berjenama LARRIE (original)
yang aku terima dari satu set hantaran
perkahwinan dari pihak bini aku (tahun 2006)

Isi kandungannya.

1. Wang tunai Berjumlah RM 20.00 sahaja.
Ini la duit aku sampai ujung minggu. :'(

2. MyKad aku yang nmpak mcm Perampok
dan dua keping lesen, satu ada gambar
yang mcm perampok jugak, telah tamat pada tahun
2003 dan sekeping lagi yg akan tamat pada 2010.

3. MyKid anak aku.(aku pernah ditanya oleh org yg
ternampak aku bukak walet: "Kenapa I/C En. Kimi warna Merah?
Aku jwb, ni I/C anak saya la.Dia tanya lg,
Kenapa En.Kimi yg Simpan I/C ank En.Kimi "
Aku jawab.Kamu igt anak saya umur berapa?
Dia baru lahir la, saya la yg simpan.
Takkan dia nk simpan sendiri.koq.

4. Kad Perakuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan
Agama Islam Perak.Mudah, tidak perlu membawa sijil nikah,
dan selaras dgn moto Perak Maju 2010.

5. Kad ATM dari Benk Islam, Benk Muamalat, Benk Rakyat.

6. Kad Tesco Club, bukan aku punya, tapi bini aku punya.
Tapi sebab kalo pi Tesco aku yang kena bayar, jadi aku yg pegang Kad tu.

7. Kad Bonuslink, yang ni aku punya sbb aku isi minyak kereta.

8. 7 Keping Bisnes kad aku sendiri, bekalan untuk bagi kat org ramai.

9. 7 keping resit deposit akaun Maybank iaitu aku byr sewa rumah.
tak nmpak dah tulisannya.

10. 2 keping Plaster luka jenama toplas.

11. 2 Keping gambar aku dgn bini aku,
gambar yg diambil kali pertama aku beraya rumahnya.
Tentulah masa tu belum kawin, dia baru tingkatan 5.haha.

12. Sekeping gambar bini aku berukuran pasport.

13. 3 keping bisnes kad: Adam John Tang, dari HSBC,
Kelvin Chuah dari Public Bank, dan Hilmi Ismail
dari MMC Gamuda.Bisnes kad org lain, aku simpan dlm album.

14. Kunci spare keta aku sbb aku selalu tekunci keta dari luar,
Kunci tinggal dalam.

15. Memory Card MMC 256MB milik kakak aku.

17. sekeping kertas tertulis no akaun Hamisah Hashim.
Tuan Rumah laaaa....

18. Sekeping gambar yang aku tak tau ukuran apa.
Gambar NoorZuraida.
Eik???camna gamba bini org ada dlm walet aku ni.

19. Resit The Store berjumlah RM 49.80.

20. Resit KFC Tesco berjumlah RM20.90

21. Dan sekeping kertas kaler pink yg tertulis
mcm2 no termasuk no kes dan no telepon.
aku taktau apa tujuannya.

Jadi....aku dah di Tag.

Aku nk Tag

1) Marliza Yanti Binti Mohamad Radzi.
2) Noorazmir Bin Zakaria....buat entry, jgn tulis kat komen.
3) Asni binti Che Abdul Aziz.

No comments: