Wednesday, June 18, 2008

HAHAHA (gila)

outstation di Kuala Kangsar.
Lepak2 sekejap di kedai megat.
lepak dgn clerk previous firm.
Ceritanya, dia sedang mencari tempat kerja baru,
kerana branch tersebut hanya menunggu masa untuk tutup.

Sian, kalo tutup, putusla pendapatan dia.
anak 3, dua sekolah.

kena pulak kesan kenaikan harga petrol dan barang sekarang.

Pas habis sembang, aku balik opis.
Buat kerja secukup rasa, aku balik mkn nasik
Semalam menu Sup telur,
dengan sambal Ikan Kembung..

Petang, aku dapat jemputan ke Perasmian MBSB.
Aku tiba awal, jadi aku masuk dlm bangunan MBSB
untuk sain guest book
Lepas sain guestbook, aku diberikan souvenir.
Oleh kerana aku mls nak pegang,
aku hantar sovenir tu kat kreta.

Aku pi makan cendol jap kt blakang bangunan MBSB tu.
sementara tunggu Tan sri sampai.
Dlm kul 3.30 aku ke sana semula,

Selepas habis majlis, aku masuk semula ke dlm MBSB.
Niat nk sembang2 dgn oficer2 kt dlm tu.

Sambil2 sembang,
tetiba aku dihulurkan lagi dgn souvenie tadi,
aku terus capai dan ucap terima kasih.

Balik umah, aku bukak, rupanya MUG MBSB yang cun.
jadi, sebab, dapat dua, bini aku pon ada satu.

Aku tak Mintak, Depa bagi.HAHAHAH..

Tapi, sejak semalam aku rasa sakit2 badan,
Kaki sakit,
kat abdomen pon sakit,

Aku capai botol Coke light dlm peti ais,
aku teguk dgn laju,
lidah aku tidak langsung merasa
sebarang gas.haha????kenapa dgn lidah aku ni?

takder apa apa, sebab yang aku teguk tu air Teh,
botol jer coke,

dan badan aku sakit2 sebab ptg isnin aku dgn anak bini pi
main2 kat taman tasik..Tua dah.semput.

***************************************************

Tunggu masa ja SAPP nak kuar BN,
Tadi Arin baru Ym kata depa usul untuk undi tak caya Paklah.

eik?? baru nak usul?
kami dah lama tak caya kat Paklah.

No comments: