Friday, June 27, 2008

JUmaat...Untuk renungn..

Membelek satu majalah keluaran Julai.

Aku amat tertarik dgn kisah seorang bekas Pilot
berbangsa India yang memeluk Islam.

Kisahnya bermula apabila
penulis berbual dgn Bekas Pilot berkenaan
di Masjid Sri Petaling.

Bekas Pilot itu menceritakan kisah bagaimana dia
boleh mendapat Hidayah..

Kejadian berlaku 6 tahun lalu sewaktu
beliau ditugaskan untuk menerbangkan Jenazah
seorang tokoh Agama terkenal dari Kuala Lumpur
ke sebuah negeri di utara.

Bekas Pilot tersebut menceritakan
kepada penulis bahawa sejak berlepas
dari Kuala Lumpur sehingga ke Negeri di Utara
tersebut, berlaku satu kejadian yang tidak
pernah dilaluinya sepanjang menjadi Pilot.

Menurutnya, dalam keadaan panas terik,
tapi, sejak dari Kl lagi, ada awan yang melindungi
pesawat yang dipandunya, sehinggalah tiba
di Negeri utara itu..

Sebaik mendarat, beliau memeluk Islam...
Kata, dia bersyukur kerana Allah memberikannya
satu "Asbab" untuk dia memeluk Islam..
Subhanallah...

Penulis pula, teringat tentang Jenazah tokoh Agama
tersebut, rupanya penulis pun terlibat dalam
menguruskan Jenazah tersebut di sebuah Hospital
Di Bandar Tun Razak..

Menurut Penulis, Jenazah tersebut tidak perlu diusung
untuk dibawa ke Surau berdekatan untuk disolatkan..

Ini kerana Terlalu ramai orang yang datang dari
seluruh pelusuk negara untuk menziarah.
Dan keranda hanya perlu berpindah dari tangan
ke tangan (passing) lalu tiba di surau..

Secara kebetulan, Bekas Pilot dan Penulis
telah terlibat dengan jenazah yang sama...

Setelah aku membaca description penulis...

Aku terbayang kembali saat tersebut...

Aku juga berada di surau tersebut untuk menziarah
tokoh agama tersebut...

Cara aku ke sana juga bagai dipermudahkan Allah..
Tanpa disangka..Anuar Kudus mempelawa untuk
menumpangkan aku kesana.

Aku juga melihat dgn Mata aku sendiri bahawa
keranda tidak perlu diusung...
hanya passing....

Kali pertama aku melihat orang menziarah begitu ramai...
Sultan kedah juga hadir bagi memberikan penghormatan..

Kali pertama juga aku melihat
solat jenazah perlu dibuat beberapa sesi
kerana terlalu ramai orang untuk dimuatkan dalam2 satu2 masa..

Aku solat pada sesi ke-3.

Itu adalah kali kedua aku mengalirkan mata
sewaktu berlaku kematian...selepas Arwah ayah aku meninggal..
Aku sendiri tak tau kenapa aku mengalirkan air mata..

Melalui gambar yang ditunjukkan,
aku tahu ia bukan sekadar gambar hiasan...
itulah gambar sebenar hari kejadian...

Dia seorang tokoh Agama yang berjuang Ikhlas kerana Allah
dan kerana Islam...Kematiannya baik...

Kita,belum tahu bagaimana kesudahan kita...
Mohonlah kepada Allah supaya penutup kita
adalah yang baik..(Husnul Khotimah)

aku menarik nafas....lalu perlahan-lahan
menutup Majalah tersebut...
hampir majalah itu tertutup..
aku terpandang semula gambar pada hari kejadian....
Salah satu gambar sewaktu solat Jenazah...


EHHHHHH????????Ini Kanot!!!!!

No comments: