Friday, March 28, 2008

BIcara

sebelum ni hanya amik tarikh bicara.

Tapi, 2 3 menjak ni
tarikh bicara itu sudah tiba.

semalam aku bicara interpleader di Kampar.
Aku pemohon, org lain yang menuntut.
Mak cik tua.
Katanya, barang yg disita adalah brgnya.
bukan barang JD.

interprater kata:
mak cik, angkat sumpah dulu ya.

Mak cik.(dlm Perak Pekat)
Apenye yang nak disumpah?
mak cik cuma nk bagitau baghang2
tu baghang mak cik.

mejistret geleng kepala sambil senyum.

Interprater:
umur mak cik?

makcik:
Ntoh ler, yang mak cik igt mak cik
lahir tahun 31.

Majistret:
eh? tapi kat Ic tulis tahun 34.

Mak cik:
Mane ade tahun 34.
tahun 31 ler.

lepas2 tu aku tak sanggup cerita.

Hujung2nya, stand down.
majistret panggil aku masuk.
dan bertanya...
Camna ni Kimi?
mak cik tua tu.

nak buat camna lagi tuan...
kita ikut prosidur la...
saya mintak order for sale jugak,
dan saya mintak ikut aturan 13(3) ni..

dia dah tak bole tuntut lepas ni sebab tak bwk bukti..

sambil menarik napas..mejistret pun kata..
ok la..

pastu,
lepas tuan dah bagi order dan saman interplider makcik ditolak,
mak cik membebel pada aku..

Ngape nak dilelong baghang mak cik?
itu bukan baghang die.
sambil menunjuk kat anaknya yg berutang..

anaknya menarik mak cik sambil berkata..

die buat keghoje dia mak..
udah ler....

Aku tgk, mcm nak tarik mashcerano kuar padang jer..

hahah.
*****************************

Promosi!!!
Beli X2 power fuel booster
beli satu percuma satu

untuk 3 pelanggan pertama.
tapi dah tinggal 2 sebab satu
Yati Kasran dah beli.haha

Tester available jugak.

keterangan lanjut.
KLIK SINI

Tuesday, March 25, 2008

Trip Ke KL la pullook

khamis 20/3/08
Aku dan Isteri mengemas2.
Hanany pon nampak excited.
kami akan menuju ke Lembah Kelang.
KL,Putrajaya, Kepong, PJ.

Pukul 10. Kami ke Giant dulu.
sebab harini offer pampers RM 26.60.
Limit 3 pek setiap pembelian.

Pastu, kami terus ke Lembah Klang.
lebih kurang kul 3 kami sampai di PJ.
sbb aku dulu pernah dudok PJ
jadi tadak masalah untuk aku mencari
Shah Village Hotel, tempat penginapan
yang dibayar oleh opis aku.
hahaha

Check in..igt nk tido2 rehat..
tapi Hanany excited, dia tanak Tido.
Malam, aku bwk Miza n Hanany makan A&W.
untuk rekod, kt Taiping takder A&W.

Jumaat 21/3/08
Aku tinggalkan miza kt Putrajaya.
aku naik ERL ke KL sentral.
dan kemudian naik Komuter ke Midvalley.
ok jer.
Tapi bila balik,pukul 5
aku nk ke B.Tasik Slatan dan naik ERL di sana.
Tapi, stamina aku tidak seperti waktu bekerja di HSK dulu.

Aku gagal berebut 2 kali.
dan tengah tunggu komuter seterusnya,
ada pengunguman: "diringkaskan, ada problem.tren lambat"

Pukul 6.50 baru aku dpt naik tren.
barula aku igt kenapa aku balik Taiping
dan malas nk keja kat KL.

Pastu dlm tren, macam sardin!

Hari Sabtu.
Aku pergi ke rumah aseb.
tujuan untuk makan2.
Apakah menunya?da la....hehehe

aku main FIFA sepam dgn aseb.
dah lama tak pegang joystik..
tentula kena blasah.

Kami mengajak apon untuk makan sekali.

Ahad.baru balik taiping.

Isnin, pagi aku pi court.
Petangnya aku MC....

gamba2..nanti..lupa bwk memori kad.

Monday, March 17, 2008

Trip Ke Kola Kedah

Ujung minggu, aku ke Kuala Kedah.

Kenduri Umah Ki Kola.
I.e Laki Kano.
Sebab aku tak Pi kenduri kt Pahang
Menjadikan pemergian aku ke Kola Kedah
adalah mandatori.

disana berjumpa beberapa kawan dari UIA.
dan tak disangka, Am dan Keluarga juga ada.

ini beberapa gambar.


Sambil menyerahkan Goodi Beg
Ki Kola cuba menerangkan Plannya malam ini.hehe.


Gambar ni dari kamera Am,
dia amik gamba kano termasuk gamba aku tgh amik gamba.
Hasilnya ialah gam ba seterusnya...




Gamba Am tengah amik gamba.
Tentu korang perasan perbezaan antara gamba
kamera Nikon DSLR dengan BenQ buruk.



Bapak Am dukong Hanany,
Hanany buat muka pelik sebab rasa mcm tinggi,
selalu kalo aku dukung, dekat dgn tanah.


Eiii...cape kau?nape amik gamba kami?
(courtesy kamera Am)



Umi...kami nantok aaaa....



Sapa punya lagi mahal, tentu aku punya.hahaha



Kano sedih kena tinggal oleh Family..
Aku berkata padanya, Miza dulu tak sedih pon.



Bpk Am: I rasa Plan ni akan berkesan.
Hanany: Betul ker ni? sure?


dan....bila aku dah nak masuk Penang
baru aku teringat....
Aku lupa nk bagitau kt kano...bahawa...
Arin Kim salam..hahahaha.
arin, bagitau sendri..


Kalo nk jimat minyak..sila baca entry bawah ni.hehe.

Friday, March 14, 2008

Promosi!


PROMOSI!!

Jimatkan penggunaan petrol anda
dengan X2 Power.

Berkesan mengurangkan
penggunaan petrol sehingga 35%.

Menjadikan Enjin anda lebih "smooth"

Mudah dihidupkan waktu pagi.

menghilangkan enapan dalam enjin

memanjangkan hayat enjin anda.

Buatan Malaysia.
Besa masuk Harian Metro bahagian bisnes2 tu la.

Saya dah Try.
Selalu saya pi Ipoh,
Isi RM 30, balik habis.

Tapi sekarang, ada belen Hampir RM 10.

Murah saja, RM 9.90 sebotol
Sebotol untuk isi minyak RM 115.
Jadi, kalo isi minyak RM 50,
Boh la agak2 setengah botol.

kalo isi RM 10,mcm saya,
boh 2 penutup cukup la.

Untuk kereta 1.6 kebawah sahaja.

Kalo berminat, hubungi saya di hakimihjshaari@yahoo.com
harga tidak termasuk kos penghantaran melalui pos.
hehehe.

Thursday, March 13, 2008

AMARAN KPD TV3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya ingin memaklumkan kepada seluruh rakyat malaysia
bahawa beberapa berita yang kononnya ada bantahan
dari kaum cina di Kuala Kangsar berhubung perlantikan
MB perak adalah tidak benar.

Ini juga termasuk berita2 yang cuba melagakan
dan cuba mencetuskan huru-hara di negeri2 yg dimenangi BR.
Ini cuma helah media yang berat sebelah
cuba mensensasikan berita mereka.

Menurut koresponden yang berada di Chandan Kuala Kangsar,
keadaan macam hari2 yang lain.
semua org dgn aktiviti masing2.
tiada protes dari kaum cina.
kaum melayu mcm biasa, buat tak tau saja.
India, semua kerja harini,
Aktiviti harian seperti minum teh, tebas rumput,
makan laksa bawah pokok, dan mkn babi( bagi org cina)
berjalan seperti biasa.

Rakyat Perak Rileks jer,
tapi TV3 dan Utusan yang kecoh lebih.

Amaran kepada TV3 dan utusan serta media2
lain yang berat sebelah dan cuba menipu Rakyat.
INGAT!Rakyat sudah masak dgn tipu helah anda.
Channel anda amat memualkan.
Lagipun, byk lagi channel lain yang berbayar yg boleh ditonton.
Tidak susah untuk menjatuhkan rating anda.

utk lebih info. baca di sini.

Kena Tag, ISI Purse/Walet/begtangan.

Aku dah lama tak ditag.
Tetiba aku telah diTAG oleh kakak aku.

Berkenaan isi beg tangan/purse
aku tadak beg tangan.
aku jugak tadak purse.
tapi aku ada wallet.

Mari kita terjah apa
yang ada dalam wallet aku.

Wallet berjenama LARRIE (original)
yang aku terima dari satu set hantaran
perkahwinan dari pihak bini aku (tahun 2006)

Isi kandungannya.

1. Wang tunai Berjumlah RM 20.00 sahaja.
Ini la duit aku sampai ujung minggu. :'(

2. MyKad aku yang nmpak mcm Perampok
dan dua keping lesen, satu ada gambar
yang mcm perampok jugak, telah tamat pada tahun
2003 dan sekeping lagi yg akan tamat pada 2010.

3. MyKid anak aku.(aku pernah ditanya oleh org yg
ternampak aku bukak walet: "Kenapa I/C En. Kimi warna Merah?
Aku jwb, ni I/C anak saya la.Dia tanya lg,
Kenapa En.Kimi yg Simpan I/C ank En.Kimi "
Aku jawab.Kamu igt anak saya umur berapa?
Dia baru lahir la, saya la yg simpan.
Takkan dia nk simpan sendiri.koq.

4. Kad Perakuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan
Agama Islam Perak.Mudah, tidak perlu membawa sijil nikah,
dan selaras dgn moto Perak Maju 2010.

5. Kad ATM dari Benk Islam, Benk Muamalat, Benk Rakyat.

6. Kad Tesco Club, bukan aku punya, tapi bini aku punya.
Tapi sebab kalo pi Tesco aku yang kena bayar, jadi aku yg pegang Kad tu.

7. Kad Bonuslink, yang ni aku punya sbb aku isi minyak kereta.

8. 7 Keping Bisnes kad aku sendiri, bekalan untuk bagi kat org ramai.

9. 7 keping resit deposit akaun Maybank iaitu aku byr sewa rumah.
tak nmpak dah tulisannya.

10. 2 keping Plaster luka jenama toplas.

11. 2 Keping gambar aku dgn bini aku,
gambar yg diambil kali pertama aku beraya rumahnya.
Tentulah masa tu belum kawin, dia baru tingkatan 5.haha.

12. Sekeping gambar bini aku berukuran pasport.

13. 3 keping bisnes kad: Adam John Tang, dari HSBC,
Kelvin Chuah dari Public Bank, dan Hilmi Ismail
dari MMC Gamuda.Bisnes kad org lain, aku simpan dlm album.

14. Kunci spare keta aku sbb aku selalu tekunci keta dari luar,
Kunci tinggal dalam.

15. Memory Card MMC 256MB milik kakak aku.

17. sekeping kertas tertulis no akaun Hamisah Hashim.
Tuan Rumah laaaa....

18. Sekeping gambar yang aku tak tau ukuran apa.
Gambar NoorZuraida.
Eik???camna gamba bini org ada dlm walet aku ni.

19. Resit The Store berjumlah RM 49.80.

20. Resit KFC Tesco berjumlah RM20.90

21. Dan sekeping kertas kaler pink yg tertulis
mcm2 no termasuk no kes dan no telepon.
aku taktau apa tujuannya.

Jadi....aku dah di Tag.

Aku nk Tag

1) Marliza Yanti Binti Mohamad Radzi.
2) Noorazmir Bin Zakaria....buat entry, jgn tulis kat komen.
3) Asni binti Che Abdul Aziz.

Tuesday, March 11, 2008

PRU 12.Yang tersurat dan yang tersirat


Dah 3 hari PRU 12 berlalu.
Rakyat Sudah bersuara dgn jelas kepada BN(Barang Naik)

Tahun ni adalah kali ke-2 aku mengundi.
Aku mengundi di Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong.
Alhamdulillah, seperti yg dijangkakan,
Orang yang aku Undi, Menang..

Sebenarnya, suasana kemenangan itu telah
dapat dilihat seawal tarikh mula berkempen.

Apabila kebanyakan pengundi tidak menonton Buletin Utama.
Apabila kelihatan Lori2 Treler memasang bendera
PKR, PAS dan DAP pada bahagian hadapan lori.
Kelihatan India2 estet membawa bendera PAS,

Apatah lagi bila tiba hari mengundi,di kampung aku,
"pondok2 panas" PAS dijaga oleh kaum india dan Cina,
bersama2 golongan professional melayu, cikgu,ustat dsb.

manakala pondok BN dijaga oleh mat2 rempit dan
beberapa org pemuda yg sekolah menengah pon tak habis.

Bila aku melangkah masuk untuk mengundi,
aku lihat dalam peti undi transparent
byk yang undi PAS.
(kami telah dipesan supaya tidak melipat kertas undi)
termasuk cina depan aku,dia undi PAS.

Malam, aku menanti dgn penuh rasa ingin tahu.
Kami sekeluarga menanti depan TV.
Aku ditugaskan untuk mencatit kemenangan
PAS, PKR dan DAP pada skorbod.

Abg Azam dan IQbal pula bertugas sbg tukang tgk TV
dan memberitahu tempat mana yang dimenangi.

Rupanya keputusan di TV1 hanya yang sahih, lembab.
TV3 lagi la.
Mujurlah aku ada Koresponden dari pelbagai lokasi.

Koresponden pertama, Arin,
menelepon seawal pukul 8 lebih.
memberitahu tentang tewasnya SAMI VELU.
dan kemengan 3-0 PAS di P.Buntar.

Kemudian, Koresponden di Kelantan
Amin Idris mengkhabarkan, 38 DUN telah disapu
dan Awang Adek Kaloh beghat.
Amin lupa habis bahawa MAn U kalah pd mlm tu.

Koresponden di kedah, sapa lagi kalo bukan KANOT,
mengkhabarkan bahawa Kedah juga dapat dirampas.
Kanot juga lupa Man U kalah.

Kumudian Arin pula mengkahbarkan lagi bahawa
Shahrizat Jalil kalah serta P.Pinang juga berjaya dirampas.
Roger and out kata Arin.

Kemudian, berita Perak dan Selangor dirampas juga diperolehi.

TAPI.TV dok ulang kputusan kat MELAKA, JOHOR, DGN T'GANU jer.
serta SABAH SERAWAK.
TV3 lagi BODO.dalam dok tau kalah tu, lagi mau up BN.

Depa igt rakyat BODo ka,
ada internet,
ada telepon,
ada SMS,org bole tau.

YAnG PALING NAK TERGELAK,
MASA RASHID SPR UMUM KEPUTUSAN.
DIA PULAK YG SUGUL.MCM DIA YG KALAH.
EH?MUNGKIN DIA YG KALLLAH.
HAHAHAHA.

Tepat kul 4.30 pagi, aku tidor dgn gembira.
kerana perjuangan selama beberapa tahun,
akhirnya terbalas....
dan jugak kerana aku tau MAn U kalah,
dan liverpool menang 3-0.

sehingga semalam, majoriti rakyat masih terkejut.
dan masih sembang bab politik.
termasuk peguam2 di court Ipoh,
serta Runner2 yg buat Filing.
Runner pon tau, bahawa MB baru Perak mesti melayu,
sbb negeri ada Sultan.

Maksudnya, kebanyakan Rakyat Malaysia dah celik Politik.
BN jer yang tak sedar.
TV3 jer yg masih bangang.

Semalam,aku nk ke Court Ipoh, kena lalu jln lain,
sebab jalan dpn SUK tutup,
pengambil alihan kerajaan baru.

Aku pasti, Rakyat Perak, Selangor, P.Pinang, Kedah
dan semestinya Kelantan, amat berpuas hati dgn keputusan kali ini.

Alhamdulillah...TAKBIR!!!!!.

Pesanan aku, kpd kerajaan baru, Tadbir dgn adil dan Saksama.
kalo best, next election, mesti Org pilih lagi.

Pastu, pertimbangkanlah pendapat DR Mahathir supaya berundur ya.

dan TV3, sila jgn ego sgt, saya ada AXN dan ESPN serta
AWANI utk ditonton.

cuma yang aku tak Hilight ialah,
kereta aku rosak lagi .
kena ganti benda ni.


lalu aku tiada bajet untuk menghadiri kenduri
Kano di Pahang.
Selamat Pengantin Baru utk Kano.

Ada rezki, aku akan ke Kuala Kedah ujung minggu ni.

Wednesday, March 05, 2008

Life After Marriage

Musim kawen tiba lagi....

Ramai jugak yang nk kawen musim ni.
Antaranya kawan2 aku jugak...
Seperti Kano yg nak kawen Ahad ni.
dan Am yg nak kawen bulan depan..

Kebanyakannya pasti excited nk
menempuh dunia baru...

Pecayala cakap aku.
Hidup lepas kawen adalah sesuatu yg sgt asing.
Kadang2 tak seperti yg kita rancangkan.

Nasihat aku,
hidup berdua kena banyak toleransi

Jangan anggap kita dah cukup masak
dgn pasangan kita.
Lepas kawen baru kita betul2 kenal
pasangan kita.

Ingat tuhan selalu.
Dan aku doakan semua bahagaia dunia akhirat..


kebahagiaan bukan dilihat dari kereta jenis apa...
Kebahagiaan bukan diikur dari berapa pendapatan sebulan...
Kebahagiaan bukan dinilai dari di mana tempat berbulan madu.


kita tak perasan....
kadang-kadang, kebahagiaan dapat dilihat
dari perkara yang paling simple...



Selamat Pengantin Baru kpd semua yg nk kawen...hehe.

p/s: sila baca komen entry bawah.sbb nadmin pon make sense.haha

Tuesday, March 04, 2008

Aduh...kena calar.....

Nak tau?
keta aku kena calar jumaat lepas.

mula tepi lampu depan membawa ke lampu belakang.
menjadikan keta aku ada dua line putih berombak
pada badannya.

aku ada amik gambaq.
tapi lupa nk bwk memori kad.

yang aku herannya,
apakah motif keta aku dicalar.
Aku tader bloking keta org masa parking.
aku jugak tadak langgar keta sesapa.
keta aku yg kena langgar adala.

Aku dah tunjukkan pada Arin dan 2 org Pendakwa raya.
Arin kata, aduih, terguris hati.
APP yg aku tatau nama tu pulak merespon
dgn membuat suara mcm terguris jugak.
APP yg nama nora pulak, aku tanya padanya,
Puan, kes ceni nak wat camna.
Jawabnya, tadak bole buat apa, tiada siasatan yg dijalankan.

Berkenaan sapa yg calarkan,
Teori arin ialah,
mungkin org2 yang aku pernah sita rumah mereka.
Atau org yg penah aku execute waran tangkap.

Tapi aku tak pernah sita umah org Taiping.
HMMMMMMMMMMMMMMMM......misteri.

Teori apon lebih relevan.
katanya"
ko tak baca Bismillah masa Parking, Allah tak Redha"

dan katanya jugak,
"kira ok la setakat kena calar jer, kalau dia Bakar keta kau"

Make sense jugak Apon ni kadang2.