Monday, June 30, 2008

Limaza anta "leewat"?

Semalam aku tgk berita..
Ada laporan kes Liwat..
dibuat ke atas Anwar Ibrahim..

Rileks..
Tak tekejut pon..

Ini kan Malaysia..
Hari-hari ada kes Rogol,
Sumbang Mahram..
Rogol sana-Rogol sini..
Biasa..

Tapikan, yang aku pelik la...
Anwar Ibrahim ni,
Seorang yang hebat dalam strategi..
Takkan la dia BODO sgt nk liwat
org, dalam masa dia nk jd PM..

Byk lagi kerja dia bole buat...makan nasik ka..
minum sirap ka..

Jadi..sila lah pikir2kan...

Pastu pulak..
Org yang mengadu tu..

Kata tanpa kerelaan, apsal tak tumbuk jer kalo
org nak liwat..
Lelaki muda, takkan tak kuat kot penumbuk.
Sepak ker...kan?
Paling mudah..lariiii.

Ala.korang pikir sendiri la...

Kes ceni, mudah jer nk cipta bukti..
setakat DNA, mudah je nak dicurik.
Air liur, air kencing. Darah.

Nak cek ponggong kena liwat?
ala...bole suruh org lain liwat..
pastu letak DNA org lain.

Tak pon cucuk dgn timun ka,karot ka..
pastu letak DNA org lain.
(ahahaha..hanya sekadar pendapat)

Ala..dalam CSI vegas selalu tunjuk..
Lain la kalo forensik kita hebat mcm "Warrick Brown.."
atau "Gil Grissom".
barula dapat detect..
Kalo setakat macam kes tahun 98 dulu..baik tak payah...

Tapi, bak kata pihak polis..
sila beri ruang untuk siasatan..

Jadi, tak bole la nak komen lebih2..
korang pikir2 la sendiri..

Baik aku bukak soccernet..tgk berita Torres score.

Friday, June 27, 2008

JUmaat...Untuk renungn..

Membelek satu majalah keluaran Julai.

Aku amat tertarik dgn kisah seorang bekas Pilot
berbangsa India yang memeluk Islam.

Kisahnya bermula apabila
penulis berbual dgn Bekas Pilot berkenaan
di Masjid Sri Petaling.

Bekas Pilot itu menceritakan kisah bagaimana dia
boleh mendapat Hidayah..

Kejadian berlaku 6 tahun lalu sewaktu
beliau ditugaskan untuk menerbangkan Jenazah
seorang tokoh Agama terkenal dari Kuala Lumpur
ke sebuah negeri di utara.

Bekas Pilot tersebut menceritakan
kepada penulis bahawa sejak berlepas
dari Kuala Lumpur sehingga ke Negeri di Utara
tersebut, berlaku satu kejadian yang tidak
pernah dilaluinya sepanjang menjadi Pilot.

Menurutnya, dalam keadaan panas terik,
tapi, sejak dari Kl lagi, ada awan yang melindungi
pesawat yang dipandunya, sehinggalah tiba
di Negeri utara itu..

Sebaik mendarat, beliau memeluk Islam...
Kata, dia bersyukur kerana Allah memberikannya
satu "Asbab" untuk dia memeluk Islam..
Subhanallah...

Penulis pula, teringat tentang Jenazah tokoh Agama
tersebut, rupanya penulis pun terlibat dalam
menguruskan Jenazah tersebut di sebuah Hospital
Di Bandar Tun Razak..

Menurut Penulis, Jenazah tersebut tidak perlu diusung
untuk dibawa ke Surau berdekatan untuk disolatkan..

Ini kerana Terlalu ramai orang yang datang dari
seluruh pelusuk negara untuk menziarah.
Dan keranda hanya perlu berpindah dari tangan
ke tangan (passing) lalu tiba di surau..

Secara kebetulan, Bekas Pilot dan Penulis
telah terlibat dengan jenazah yang sama...

Setelah aku membaca description penulis...

Aku terbayang kembali saat tersebut...

Aku juga berada di surau tersebut untuk menziarah
tokoh agama tersebut...

Cara aku ke sana juga bagai dipermudahkan Allah..
Tanpa disangka..Anuar Kudus mempelawa untuk
menumpangkan aku kesana.

Aku juga melihat dgn Mata aku sendiri bahawa
keranda tidak perlu diusung...
hanya passing....

Kali pertama aku melihat orang menziarah begitu ramai...
Sultan kedah juga hadir bagi memberikan penghormatan..

Kali pertama juga aku melihat
solat jenazah perlu dibuat beberapa sesi
kerana terlalu ramai orang untuk dimuatkan dalam2 satu2 masa..

Aku solat pada sesi ke-3.

Itu adalah kali kedua aku mengalirkan mata
sewaktu berlaku kematian...selepas Arwah ayah aku meninggal..
Aku sendiri tak tau kenapa aku mengalirkan air mata..

Melalui gambar yang ditunjukkan,
aku tahu ia bukan sekadar gambar hiasan...
itulah gambar sebenar hari kejadian...

Dia seorang tokoh Agama yang berjuang Ikhlas kerana Allah
dan kerana Islam...Kematiannya baik...

Kita,belum tahu bagaimana kesudahan kita...
Mohonlah kepada Allah supaya penutup kita
adalah yang baik..(Husnul Khotimah)

aku menarik nafas....lalu perlahan-lahan
menutup Majalah tersebut...
hampir majalah itu tertutup..
aku terpandang semula gambar pada hari kejadian....
Salah satu gambar sewaktu solat Jenazah...


EHHHHHH????????Ini Kanot!!!!!

Wednesday, June 25, 2008

Memang SIOL

Aku menonton Buletin 1.30 tadi.

kerajaan BN mengumumkan bahawa
insentif RM 1juta akan diberikan
kepada atlet negara yang menang pingat
emas untuk olimpik beijing.

Rm500k untuk Pingat Perak dan Rm 300k untuk Pingat Gangsa.

Dan Pencen bulanan Atlet olimpik dinaikkan
dari RM 3k kepada 5K sebulan.

Itulah pengumuman yang dibuat kerajaan BN.

Di saat Rakyat menderita tak cukup duit.

Kerajaan suka ria nak bagi kat individu tertentu
sejumlah duit yang boleh membantu berpuluh-puluh
keluarga miskin kat malaysia ni.

RM sejuta,Berapa bijik rumah kos rendah bole Buat?
gaji sebulan 5 ribu, bole bagi kat berapa Rakyat miskin?

Atlet Malaysia ada 33 org.
Tak ka RM 33 Juta peruntukan untuk tu saja?

33 Juta Bole tolong berapa puluh ribu rakyat miskin kat malaysia ni?

Dengan pengumuman tersebut.
memang sah.

BN = BABI NEGARA.

*****

kepada YDP Maipp (Majlis Agama Islam Pulau Pinang)
Jangan Menunding Jari kpd Pas dan PKR
tentang isu penjualan arak di karnival belia Pulau Pinang.
Sapa yang ada kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan ?

Maipp kan bole menerusi Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996.
Kesalahan berkaitan akidah Syeksyen 19(1) meminum minuman
memabukkan dendanya dua tahun penjara atau RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Syeksyen 19(2) membuat, menawar, menyimpan,
mempamer untuk jualan atau membeli boleh didenda
tiga tahun penjara atau denda RM5,000.

APA KERJA HANG KAT JAWATAN YDP TU?
kerja untuk BABI NEGARA?

cuba pikir sikit.sok kat akhirat hang kena soal tentang kuasa
hang tu, ada kuasa, tapi buat BODO..

Tuesday, June 24, 2008

Antara 2 Insan

Kalo diperhatikan.

Dah byk kali aku tgk dalam komen2,
terdapat kekeliruan oleh
pembaca2 tentang dua orang pengkomen..

kekeliruan ini timbul kerana 2 pengkomen
ini mempunyai nickname yang hampir sama.

Iaitu Kano dan Kanot.
Terbaru yang keliru ialah Apon.

disini sedikit perbezaan diantara kano dan kanot.

Kano ialah Noor Zuraida
manakala Kanot ialah Noorazmir

Kano ialah seorang wanita Pahang yang berkahwin dgn org Kedah.
manakala Kanot ialah lelaki kedah yang berkahwin dgn org KL.

Kano sedang mengandung anak pertama
Kanot sedang "mengandung" yang tak ketahuan due datenya.

Kano pernah di"describe"kan oleh
beberapa kenalannya sebagai
"Campak dalam air jadi Ikan"

Kanot pula kalo campak dalam air jadi Dugong.
hahahaha.

Kano orgnya putih.
Kanot orangnya sebaliknya..heheh

Kano mempunyai blog, tapi tak pernah Update.
Kanot pula blognya semakin popular
(setelah aku iklankan kat blog FT)

Kano boleh menyanyi kerana suaranya sedap.
Kanot pula bekas Penyanyi nasyid..
bekas..maksudnya...ehehe..

Aku jarang kutuk kano.
Aku hari2 kutuk Kanot.

ini adalah sebahagian perbezaan mereka.

FT pula menggambarkan kanot sebagai.....ANEH.
baru FT tau sapa kanot.


kalo FT kata centu...aku tak bole nk komen apa dah...hahaha.

Monday, June 23, 2008

2 tahun.....

Selepas menonton tivi,
Aku dan bini bersiap2 nak masuk Tidor.

Hanany dah memang tergolek atas katil.
Letih benar dia balik kampung.
Puas dia jalan kat laman rumah mak aku.

Aku dan Bini baring atas katil.

Mata memang mengantuk,
Tapi tak belo nk lelap lagi..

Sementara tunggu nk lelap,
Kami berbual...

Perbualan berkisar tentang
kehidupan kami bertiga.

Apa yang telah kami lalui..

Tak dilupa isu kenaikan harga barang dan Minyak.

Aku bertanya kpd Isteri,
Bahagiakah dia berkahwin dgn aku.

Dia menjawab seperti biasa,
"BAHAGIA!"

Dan dia mengajukan soalan yang sama kepada aku.
Aku jawab bahagia.

Isteri aku berusia 22 tahun..

Di saat rakan2 sebaya dia baru nk kenal dunia,
ada yang dok merambu ramba lagi,
Dalam seawal usia 20 tahun,
dia menagmbil keputusan untuk meninggalkan
dunia remajanya,untuk menjadi Isteri..

Dalam Usia seawal 21 tahun,
dikala rakan2nya masih merambu ramba
berseronok suka,
Dia telah menjadi seorang Ibu..

Dalam usia seawal 22 tahun,
dia tekun mengurus rumah
dan melayan karenah anak yang berusia setahun..

Bagi aku, bukan senang untuk usia semuda
itu untuk meninggalkan dunia bujang
lantas menjadi suri rumah....

Aku amat menghargai pengorbanan isteri aku...

Lantas aku ucapkan..

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-2...

23 Jun 2008

2 tahun yang sangat manis.....

Friday, June 20, 2008

"Tidak akan kau berperasaan gundah walau sekali,
Jika kau tahu apa yang dicari"~Umar R.A~

Aku disuruh membaca Blog Faisal Tehrani
(selepas ini disebut "FT").

Disuruh org yang lansun tidak meletakkan namanya..

Aku memang baca blog FT
Tapi mungkin aku ini bukan berjiwa seni
seperti Suhel...Atau AM
(AM org pertama sebut kat aku nama FT)

Jadi aku lebih berminat menjengah ke
Soccernet.com dan Liverpoolfc.tv.

Aku juga berminat menjengah mototrader
kerana minat aku terhadap kreta.

Kadang2 aku menjengah eBay.
kot2 ada barang lelong yg aku nak.
untuk rekod, aku pernah Bida Absober
kreta Proton di eBay.
Aku berjaya, dan itulah Absober yang aku guna sekarang.

Aku juga gemar menjengah blog rakan2 aku.
untuk tau perkembangan depa.
Kanot, Arin, Suhel,Nadmin,dan lain2 yang Update.

Aku gemar membaca Harakah Daily.
Aku tak baca metro online sebab aku dah beli
yang hard copy.

Aku kadang2 mengkomen dalam Blog Che det, Dr Khir,
dan terbaru, Roslan Aziz...

Aku selalu kutuk kanot dan haseb.
sejak dulu lagi.

Balasannya, kanot pakdi akan kutuk aku balik.

Aseb tak akan balas,
lainla kalo kutuk Fabregas atau Arsene Wenger,
barula dia marrah.

Aku terbangak bila dengar pendapatan Farid,
seorang classmate masa Matrik dulu,
memiliki pendapatan hampir 30 ribu sebulan.

Masa matrik aku agak rapat dgn dia.
Kami mempunya Tok Guru Silat yang sama.
Tapi entah bila macam setakat kawan kenal gitu ja.
Ruginya aku tak kawan baik dgn Farid,
kalo tak, mungkin aku bole cilok idea dari dia.

ohhhh...aku igt, setelah aku masuk Main Campus
lebih awal dari rakan2 lain,
menyebabkan aku terpaksa berkawan dgn Aseb.
dan setrusnya berkawan dgn kanot dan kaie..

sudah tentu la habuk pon tadak kalo kwn dgn mereka...
hahaha...

Aku tak gundah walopun pendapatan aku
hanya sekadar cukup makan anak bini.

Aku tak gundah walopun kadang2 balik
court aku takder kawan nk diajak melepak minum2.

Aku tak gundah kalo masuk opis,
fail bertimbun atas meja,
Kerja aku cuma check dan sain saja.

Aku gundah kalo tadak kerja.
Nganga,....

Tapi sehingga sekarang...
Keikhlasan untuk bekerja sebagai loyer,
seperti yang dianjurkan oleh Encik Dzaffran,
master aku dulu,(sekang loyer bini beego)
masih belum aku temui...

itu yang aku gundah.....

Wednesday, June 18, 2008

HAHAHA (gila)

outstation di Kuala Kangsar.
Lepak2 sekejap di kedai megat.
lepak dgn clerk previous firm.
Ceritanya, dia sedang mencari tempat kerja baru,
kerana branch tersebut hanya menunggu masa untuk tutup.

Sian, kalo tutup, putusla pendapatan dia.
anak 3, dua sekolah.

kena pulak kesan kenaikan harga petrol dan barang sekarang.

Pas habis sembang, aku balik opis.
Buat kerja secukup rasa, aku balik mkn nasik
Semalam menu Sup telur,
dengan sambal Ikan Kembung..

Petang, aku dapat jemputan ke Perasmian MBSB.
Aku tiba awal, jadi aku masuk dlm bangunan MBSB
untuk sain guest book
Lepas sain guestbook, aku diberikan souvenir.
Oleh kerana aku mls nak pegang,
aku hantar sovenir tu kat kreta.

Aku pi makan cendol jap kt blakang bangunan MBSB tu.
sementara tunggu Tan sri sampai.
Dlm kul 3.30 aku ke sana semula,

Selepas habis majlis, aku masuk semula ke dlm MBSB.
Niat nk sembang2 dgn oficer2 kt dlm tu.

Sambil2 sembang,
tetiba aku dihulurkan lagi dgn souvenie tadi,
aku terus capai dan ucap terima kasih.

Balik umah, aku bukak, rupanya MUG MBSB yang cun.
jadi, sebab, dapat dua, bini aku pon ada satu.

Aku tak Mintak, Depa bagi.HAHAHAH..

Tapi, sejak semalam aku rasa sakit2 badan,
Kaki sakit,
kat abdomen pon sakit,

Aku capai botol Coke light dlm peti ais,
aku teguk dgn laju,
lidah aku tidak langsung merasa
sebarang gas.haha????kenapa dgn lidah aku ni?

takder apa apa, sebab yang aku teguk tu air Teh,
botol jer coke,

dan badan aku sakit2 sebab ptg isnin aku dgn anak bini pi
main2 kat taman tasik..Tua dah.semput.

***************************************************

Tunggu masa ja SAPP nak kuar BN,
Tadi Arin baru Ym kata depa usul untuk undi tak caya Paklah.

eik?? baru nak usul?
kami dah lama tak caya kat Paklah.

Monday, June 16, 2008

GAYA HIDUP YANG BARU (setelah diubah gaya)

Ikan naik harga,
Ayam naik harga,
daging Naik Harga,

Menu hari ini,
Hari seterusnya,
sehingga BN tumbang.

1) Telur Goreng + Nasi Putih + Kicap
2) Telur rebus + Nasi Putih + Sos
3) sup telur + Nasi Putih
4) Gulai telur + Nasi putih
5) Pajri telur + Nasi putih
6) telur dadar + Nasi putih
7) kulit telur goreng.(nasik tadak)

Bersyukur la ada jugak telur...

ada org "atas" tu, lagi kesian, telur pon tadak...

Thursday, June 12, 2008

Kecik2 tamau mampus, dah TUA BANGKA menyusahkan Rakyat.

Sejak minyak naik ni,
Aku takder update Blog.

Bukannya kerana aku tak der idea,
Bukan aku tak berminat dgn isu ni,
Bukan aku tak terkesan dengan Kenaikan ni,
Bukan kerana aku tadak ayat nak menyumpah Pak Lah,
Tapi kerana aku tak sempat nak update.
kerja agak byk..

Sejak kenaikan minyak ke RM 2.70 minggu lepas,
semalam adalah kali pertama aku isi minyak dengan harga baru.

Aku berjaya isi penuh pada
malam minyak naik tu.
Sampai la semalam.
Bila aku kena outstation ke Ipoh.

Aku isi Rm 40,
Tambah x2 Power,
Balik belen dalam RM 10 jer lagi.

Maksudnya,
dulu aku cuma isi RM 30 jer untuk ke ipoh,
sekarang isi RM 40.

Rakan LA dari HQ bertanya kpd aku,
tadak ura2 ke claim nak naik?
tak pon mintak naik gaji.
Stakat la ni, tadak la ura2 lagi.

Aku bertanya kepada KANOT
tentang situasi ini,

Mudah saja jawapan kanot.
"HAHA (gila)"

Menunjukkan kesan kenaikan minyak,
seterusnya diikuti kenaikan harga barang,
boleh buat org jadi gila.
Itu loyer anak sorang, Kalo kerani anak 6?

Semalam, kata nak bagi gaji kakitangan kerajaan
secara berperingkat,
seorang sahabat dari BANK ISLAM yang pernah
melalui situasi gaji berperingkat mengatakan,
cara tersebut tak dak kesan lansung, malah lebih menyusahkan,

Lain la kalo bayar 2x ganda, itu bari berkesan.
kalo separuh2, apa jadah..sama jugak.


Mari ubah gaya hidup,
kata Najib.

BullshiTTT!!!.

Nak gaya kot mana lagi?
sebelum ni pon kais pagi makan pagi,
nak ubah pi gaya kot mana lagi?
kais pagi makan petang semalam?

Pastu siap ada "org atas" yg bagi Idea pi
kerja naik basikal.
Lagi BODO!

kalo kerja putrajaya, dok bangi,
nak pi naik basikal?

Aku yg dok kemunting ni pon,
setengah jam belum tentu sampai taiping kalo naik basikal.
Sampai pon belum tentu.
Fail yang 2 3 jengkal ni nak letak mana?

Cuba Pak Lah naik basikal try tgk.

bayang la, la ni RM 50
bole beli 2 barang ja,
Sekampit beras, dengan sepapan telur.

gaji 3 ribu pon tak cukup,
inikan pulak kalo gaji rm 500.

Tak pa la
besok kat akhirat kita kira lain.
malllas nak pikir, baik balik mkn nasik.

Wednesday, June 04, 2008

Hari keluarga Edisi Ke-4

Hari Isnin 2 hb Jun,aku bercuti.

Sempena menyambut hari keluarga,

Hari keluarga edisi ke-4,
Allahyarham Haji Shaari Bin Hasan &
Hajah Selamah Mohamad.

Acara yang diadakan 4 tahun sekali ini
bertujuan untuk mengumpul anak2, menantu2,
dan cucu2 Allahyarham Haji Shaari & Hajah Selamah
di satu tempat, dan kemudiannya menjalankan
aktivi kekeluargaan bersama.

Berbeza daripada 3 Edisi sebelum ini
yang diadakan di Pusat Peranginan
sperti di Blue lagoon PD,
Seri Sayang Resort Penang,
dan Sekitar lembah kelang pada edisi ke 3,

Edisi ke-4 ini dijalankan di
Parit Haji Amin. Kampung Tercinta.

Alasan pemilihan temapat acara adalah
kerana kesan kenaikan harga barang, dan
juga perkembangan setiap keluarga.
i.e, anak ramai, susah nak kontrol.

Acara bermula seawal pukul 8 pagi,
apabila AJK keselamatan mengangkut
kerusi dan meja dari Balairaya dan kemudiannya
menyusun kerusi bagi peserta.
Aku pula bertindak mengubah kereta2 untuk ruang aktiviti.





AJK2 sedang memikirkan cara menyusun kerusi


(susunan kereta mengikut arahan AKU)


(hadiah yang menjadi rebutan disusun AJK hadiah)


setelah selesai, Ahli Majlis tertinggi mengarahkan
program dimulakan tanpa perlu menanti Pengarah Program
yang terpaksa diusung ke Klinik kerana
diserang Gout.dan juga AJK sukan yang belum tiba.

Aku sebagai Bendahari Program terpaksa memangku
jawatan Pengarah Program, lalu mempengerusikan majlis.

Majlis dimulakan dengan Ucapan alu-aluan dari
pemangku Pengarah program-aku la tu.

Seterusnya, menjemput, Imam besar Masjid Daerah Kampar,
merangkap naib Kadi Kampar,
Al-Fadhil ustaz Ahmad Badli Shaari untuk menyampaikan
Tazkirah, sedikit ucapan dan seterusnya mengetuai
program Tahlil dan Doa selamat.


Selesai Tahlil dan doa selamat,
Majlis diserahkan kepada AJK acara dan Sukan,
iaitu keluarga Cikgu Ajis.

Sementara menunggu AJK sukan menyiapkan gelanggang,
acara cabutan bertuah diadakan.
Memang bertuah2 hadiah yang disediakan.

Acara pertama adalah acara kutip Gula-gula dlm masa 30 saat.
hanya terbuka untuk kanak2 sekolah rendah.Ceh.
(Makanan tak berkhasiat yang menjadi rebutan)


Acara kedua, adalah Cari harta karun.
bukan traesure hunt, tapi cari getah dalam tepung.
menggunakan straw.
Terbuka kepada remaja dan kanak2.
(orang lain tiup tepung tu, tapi syakir sedut)

Acara seterusnya adalah permainan kerusi muzik kategori lelaki dewasa.
Ala yang mcm main masa sekolah tu.

Juara bertahan Ustaz Azam, gagal mengekalkan kejuaraan
kerana peserta lain sudah tahu
taktik "tarik kerusi" beliau.

Aku berjaya mendapat tempat sebagai Naib Juara
setelah berentap dgn En Zulkarnain yang saiz
badannya 2 kali ganda aku.

Acara kerusi Muzik Wanita Dewasa.
Juara bertahan juga diketepikan oleh
perserta yang baru kali pertama melibatkan diri
dalam Hari keluarga.
Juara baru ialah Hamizawaty (bini aku).
saiz badannya yang agak tinggi dari kakak2 aku yg kategori
bonzai, memudahkan beliau merangkul kejuaraan.

Acara kerusi muzik Wanita remaja pula mencatat rekod
apabila disertai oleh peserta VETERAN iaitu Norhanida
yang berusia 29 tahun.(dikira remaja sebab masih bujang)
dan juga disertai oleh Umi amirah yang berusia 8 tahun
yang nampak macam berusia 15 tahun.(Sihat).

Dan diteruskan dgn Acara kerusi muzik lelaki Junior.

Acara seterusnya adalah permainan "Petanque"
mcm boling padang, tapi bolanya besi.
Setiap kategori dimainkan.
Aku kalah.

Bini aku juga kalah kerana dia terbaling bola
menggunakan tangan kanan.
dia sendiri pelik kenapa balingan tak kuat dan tak tepat.
rupanya dia lupa dia kidal.

(Pengadil menunjukkan bola mana yang dekat dgn target)

(keganasan yang berlaku dlm acara Petanque Wanita)


Sewaktu acara berjalan, Katering pon sampai.
AJK keselamatan terus menjalankan tugas
menyusun Hidangan.

selepas acara petanque kategori dewasa Lelaki dan wanita
tamat. Acara cabutan bertuah disambung.

Doa makan dibaca oleh Ustaz Badli, dan acara makan pon bermula.
Selesai acara makan,acara solat pulak.
Solat berjemaah Zuhur (dan asar bagi yang Jama'.)
di tingkat atas rumah.

kemudian, acara bebas sehingga jam 2.30 petang.
sempat la nak makan second round, berak,
baca paper, dan sebagainya

(Peserta Lelaki Menyerbu makanan)

(Pihak wanita apa kurangnya)

(aku amik gambar sbb aku tak solat Jama")


(Pengerusi berkaliber, Juara, tapi Mic tak lepas.)


Jam 2.30 petang, acara gentel "wadai kipeng" iaitu
sejenis kuih org banjar.
setiap pasangan yan mewakili setiap keluarga
diberikan seketul Doh tepung.sapa siap dulu gentel
menang.tapi saiz wadai kipeng itu haruslah menepati
spesifikasi. Aku dan miza dapat no 2 last.haha.

dalam masa yang sama, acara boling kelapa berlansung
bagi kategori Junior.

Bagi kategori dewasa, setiap keluarga menghantar dua pasangan.
i.a suami isteri atau anak dan parent.

sembilan keluarga menghantar pasangan suami dan isteri,
kecuali Norhanida yang belum berkahwin, menyertai bersama Hafizzudin.
iaitu pasangan MAK CIK dan anak buah.

Aku dan miza hanya dapat 8 jatuhan pin. hampeh.

kemudian disusuli acara "nasibla".
iaitu membalig kasut ke belakang,
siapa paling hampir dgn Line adalah juara.

Balingan kedua aku membuatkn Ustaz Badli
menarik diri kerana kasut aku tepat jatuh atas line.
Aku juara.

kemudian direskan dgn acara petanque Junior.

lebih kurang hampir jam 5 petang,
Acara penutup bermula.
dimulakan dgn acara penyampaian hadiah,
ucapan penutup,
dan pengunguman.
Aku tidak melepaskan peluang membuat pengunguman,
supaya membantu AJK keselamatan menghantar
semula kerusi meja ke Balairaya dan
kepada yang belum menjelaskan Yuran, sila bayar.

Acara bergambar keluarga menyusul,
yang tidak menyertai acara ini adalah
Anuar, kerana tidak dpt cuti,
Hisham yang sibuk bermain leptop (OKU)
dan Fitri yang sedang tidur.(budak kalo tido jgn kaco)

kemudian acara bersurai.
disusuli dgn acara luar tentatif,
iaitu acara TAPAU lauk untuk bawak balik umah.

Hadiah cabutan bertuah yang aku dapan ialah
bekas simpan makanan 5 beradik.

Miza dgn lajunya menapau apa yang patut
menggunakan hadiah tersebut.

Keseluruhannya, edisi ke-4 boleh dikira berjaya.
walaupun terdapat sedikit kelewatan dari AJK sarapan dan
AJK sukan.(tiba lewat)

InsyaAllah, acara 4 tahun sekali ini akan terus diadakan.


(Belakang dari kiri: Nadirah, Laila,Ayin,Syakir,Iqbal,Hazwan,Ustaz Hafizudin,Hazim,Aloi, Amal, Firzana.
(Row Tengah: Abg Mi,Abg Jez,Atikah, Kak Ros,Sarah, Kak Nori,Abg Zul,Abg Azam,Abg Zul Lagi,Ustaz Mae,Kosong sbb cuda tak kawen lg,Miza)
(Depan duduk atas kerusi:Kak N, Kak Mah, Abg Poi,Abg Li,Kak T,Mak, Kak An, ATAM, Ateh, Cuda, Aku, Hanany.)
(besila: Amirah,hafiz,Aishah,Sarah H,Aishah H, Asma', Asfarina, Abdul, Zaid, Asim, Umair.)

utk rekod, yang duduk atas kerusi adalah anak2 ikut susunan. yang berdiri dibelakang adalah pasangan masing2. itu sebab belakang cuda kosong, nanti bole super impose ja.hahaha.