Monday, July 21, 2008

"ISLAMIC" BANKING....SATU PENDAPAT.

Aku melakukan rutin biasa.
Check file...
Sain dokumen....

Sambil2 tu belek la Letter Offer..

Aku terbangak...
Pembeli membeli Rumah dengan harga RM 183,000.00
atau ikut terma dlm dokumen loan ialah
harga belian oleh Bank..

Lalu, rumah tak siap itu
dijual semula on the spot oleh bank
kepada Pembeli itu dengan harga RM 619,000.00

Berapa kali ganda tu?

seperti yang aku katakan dulu,
aku sangat2 skeptikel tentang Islamic Banking di MALAYSIA ni.

Yang aku tanpa berselindung katakan ia ZALIM.

Lalu aku didatangi pengikut UZAR.
dan ditanya.

HA? sapa zalim sekarang?
Islamic Banking ka?
Konvensional..?
ini kerana BLR dijangka akan naik gila babi..

Aku sengih saja..karena aku lebih suka written submission.

Aku tak kata Konvensional Tak zalim.
Konvensional memang terang2ngan Riba.
kerana jumlah perlu dibayar adalah tidak fixed..

Yang aku kata,
Islamic Banking di Malaysia ni pon
apa kurangnya..

Keuntungannya Berganda2...
Lantas menekan Peminjam..
Pinjam 183K,
Pastu Bayar 619K.

Umpama,
aku beli PS2 kat kedai..
Harga RM 500.00.
aku booking siap2 kat kedai tu.
aku tadak duit nak bayar...

Kanot ada RM 500.00 (5 Rat)

Aku Jual PS2 yang masih kat kedai tu
kepada kanot dengan harga RM 500.00.

Pastu pulak on the Spot Kanot Jual balik
kat aku PS2 yang ada kat kedai tu
dengan harga RM 8,000.00 (8 k)

sebagai pembeli..
aku secara lansung akn terasa tekanan.
dan secara tak lansung..
aku akan kata ....
KANOT ZALIM.(Contoh Sahaja)

kalo dia jual balik RM 800.00 ker..
RM 700.00 ker..kira ok la...

Diingatkan kepada pengikut UZAR.
bukan konsep yang aku tentang..
Aku pon belajar kat UIA dulu tentang Sighah,
A'qad..dsb..

Tapi aku nk diyakinkan bahawa,
Halal dan tidak Zalim untuk mengambil untung berlipat GANDA.
pinjam 183 k, Bayar 619K.
Berapa kali ganda tu?

Pastu amik JID. 1%..sammmaaaaaaaaaaa jaa.

ISU aku kat sini adalah..
Sila perbaiki sistem di Malaysia ni.