Tuesday, July 29, 2008

PTPTN-request dari Matjap

Ada cerita baru pasal PTPTN...

Aku dengar dulu ada ura2 nak turunkan cas 3%
tu jadi separuh ja.

Alih2 pagi tadi aku dengar matjap kata
depa dah memfatwakan pengambilan bunga itu "HALAL"

Pastu siap kata pasni takdak isu dah timbul.
sbb "HALAL" katanya..

cumanya, dia tukar istilah amik bunga 3% tu
kepada "UPAH" pengurusan...

siap tulis.."DIANGGAP SEBAGAI UPAH"

Wahh....
bole main anggap2 ya..

patutla zaman sekarang orang amik mudah ja..
Lelaki.."anggap" Gelpren tu bini..
bole jadi halal..gitu?

Kanot...di"ANGGAP" Hindraf.
Terus jadi Hindraf betol2..gitu?

kalo centu..
aku pulak..
nak "ANGGAP" loan PTPTN aku tu,
sedekah jariah dari kerajaan..

Bole?

kalo nk baca lagi.pi sini.

Friday, July 25, 2008

********Edited lepas Jumaat***********************
PRIHATIN?

Aku berjalan keluar dari Masjid.

Dalam tengah sesak2 depan Masjid,
Dengan Keretanya....Moto lagi....

Aku ternampak sorang budak kecik dlm lingkungan 6 tahun
tengah terpinga2 macam mencari seseorang..
Anak sapa ni.

Aku mendekati budak tersebut..
Takut2 kena langgar ka apa...keta byk..
Aku bertanya..

"Cari sapa?"

Budak tu sengih saja..

"Abah mana? Tanyaku lagi.
Budak tu jawab.."dalam kot"

Aku mencari2 kot2 ada org cari anak..
Lantas aku ternampak sorang polis..
Aku angkat tangan..
Polis tersebut menghampiri aku sambil berkata...

"Bawak adik balik..Abah nk pi semanggoi sat"

BaikKKKKK kataku..

Budak tadi masih sengih dan berkata..
"Abag kimi, jom pi kedai CD...
Beli CD PS2 baru.."

Ha la...Jom...



********************************************************
APA NAK JADI?


Kalo korang jenis yang selalu lepak dengan
Pelbagai jenis org dari pelbagai latar belakang.

Korang akan tau, Bahawa masyarakat umat Islam
kita kat Malaysia ni...
dah tahap nak hancur..
Semacam satu virus yang merebak2 tanpa
dapat dibendung lalu merosakkan Umat.

aku cuma tinggal di Kamunting,
tak mcm suhail yang dah mengembara serata dunia...
Jadi aku cuma mampu membandingkan golongan2 di Malaysia ni.

Aku pernah tinggal agak lama di Kuala Lumpur.
dan aku dah 2 tahun tinggal di Kamunting.
Kita jangan cerita Bab kos hidup.
Tapi kita cerita pasal aturan hidup.

Aku kt KL, takder la terasa mcm geli geleman,
atau hangin, atau benci kat org2 yang aku kenali,
dan berurusan setiap hari..

Sebab aku bole pilih sapa aku nk kawan...
Jadi, kawan2 aku adalah terdiri daripada
kawan2 aku satu UIA dulu..

Yang mana, kami tidaklah nk kata baik sangat..
JAHAT pon tidak..

Sekurang2nya semua jenis solat 5 waktu.
(miss subuh biasa la)
Paling koman baca Yasin malam jumaat.

Aku jugak respek bekas bos di KL dulu,
Contohnya mcm Tengku H,anak raja,
tapi solat 5 waktu, buat tahlil, dsbnya..

Begitu juga dgn cik EBO,
aku sangat respek sebab dia kaya gila.
bujang lagi,
Duduk KL.
tapi solat jaga.

Tapi, kat kemunting ni,
aku tak bole nk pilih kawan..
sebab org tak ramai.
Dan org yang berurusan dgn kita pulak org2 tu saja..

JAdi, mcm2 cerita yang aku dengar..
Aku terkejut bila mengetahui
beberapa org tua2 disini
selalu mmg kaki maksiat.
yang selalu ke sempadan.
bukan bujang..ank dah besar2.
yang kuat mkn duit kopi.
dan mcm2 lagi..

Yang tak sebahyang toksah cerita la..
kumpul jari aku, kanot, aseb, kaie, matjap, apon, pakdi
eda..sapa lagi nk bagi jari?
pon tak cukup..nk habaq mmg ramai la..

Aku jadi geli geleman..
Benci nk berurusan..

Sempena hari jumaat ni,
Igt2 la mati pakcik2 dan makcik2 oiii......

nak mati bukan ada alarm...
main futsal pon bole mati..

***perkara ni jugak membuatkan aku terus mengatakan.
Aku kena keluar dari kerja yang dikelilingi
Dgn benda2 yang tak berkat ni..
Kalo kt KL dulu.. setakat kuar duit
belanja "deorang" makan Besar..
Kat sini, kuar duit belanja deorang
makan "Ayam" besar..jijik.

Monday, July 21, 2008

"ISLAMIC" BANKING....SATU PENDAPAT.

Aku melakukan rutin biasa.
Check file...
Sain dokumen....

Sambil2 tu belek la Letter Offer..

Aku terbangak...
Pembeli membeli Rumah dengan harga RM 183,000.00
atau ikut terma dlm dokumen loan ialah
harga belian oleh Bank..

Lalu, rumah tak siap itu
dijual semula on the spot oleh bank
kepada Pembeli itu dengan harga RM 619,000.00

Berapa kali ganda tu?

seperti yang aku katakan dulu,
aku sangat2 skeptikel tentang Islamic Banking di MALAYSIA ni.

Yang aku tanpa berselindung katakan ia ZALIM.

Lalu aku didatangi pengikut UZAR.
dan ditanya.

HA? sapa zalim sekarang?
Islamic Banking ka?
Konvensional..?
ini kerana BLR dijangka akan naik gila babi..

Aku sengih saja..karena aku lebih suka written submission.

Aku tak kata Konvensional Tak zalim.
Konvensional memang terang2ngan Riba.
kerana jumlah perlu dibayar adalah tidak fixed..

Yang aku kata,
Islamic Banking di Malaysia ni pon
apa kurangnya..

Keuntungannya Berganda2...
Lantas menekan Peminjam..
Pinjam 183K,
Pastu Bayar 619K.

Umpama,
aku beli PS2 kat kedai..
Harga RM 500.00.
aku booking siap2 kat kedai tu.
aku tadak duit nak bayar...

Kanot ada RM 500.00 (5 Rat)

Aku Jual PS2 yang masih kat kedai tu
kepada kanot dengan harga RM 500.00.

Pastu pulak on the Spot Kanot Jual balik
kat aku PS2 yang ada kat kedai tu
dengan harga RM 8,000.00 (8 k)

sebagai pembeli..
aku secara lansung akn terasa tekanan.
dan secara tak lansung..
aku akan kata ....
KANOT ZALIM.(Contoh Sahaja)

kalo dia jual balik RM 800.00 ker..
RM 700.00 ker..kira ok la...

Diingatkan kepada pengikut UZAR.
bukan konsep yang aku tentang..
Aku pon belajar kat UIA dulu tentang Sighah,
A'qad..dsb..

Tapi aku nk diyakinkan bahawa,
Halal dan tidak Zalim untuk mengambil untung berlipat GANDA.
pinjam 183 k, Bayar 619K.
Berapa kali ganda tu?

Pastu amik JID. 1%..sammmaaaaaaaaaaa jaa.

ISU aku kat sini adalah..
Sila perbaiki sistem di Malaysia ni.

Friday, July 18, 2008

AKU........FIKRAH.......MEREKA.......dan UMNO..

Semalam pagi,
aku menuju ke Ipoh..

Utk jumpa dgn bos aku lalu terus ke Tanjung Malim.
Setiba di opis, dikabarkan
ada problem di Pjabat Tanah..
Kesilapan Pengkeranian...yang serius..

Semua kerani tanak pegi..
bermaksuk loyer la yang kena menjawab..

Bos drive aku ke PTg..
katanya..i give u 20 minutes to settle..

Lalu aku keluar kereta ,
terserempak dgn Arin..
hanya sempat angkat tangan..
kerana tengah RUSH..

selepas 10 minit, aku turun..
Settle, kataku kepada BOS.
Katanya..Settle?
I'll buy you Ayam Goreng Kampung for Lunch.

makan pree.

Di Tanjung Malim..kerja la..
sehingga pukul 8 malam..barulah kami
tutup kedai...

Petang tu, siap kanot sms ajak aku main POOL kat YM.
Sori Kanaot...Gua BIZI..

Aku tiba dirumah dekat2 pukul 2pagi...

Aku tak kisah..kerja sampai pagi..
kerana diberitahu..
amaun yang akan dimasukkan ke dlm akaun
aku bermula ujung bulan ni...akan ditambah..Alhamdulillah..

****************************************************************

ada yang menyangka aku berubah Fikrah..
kerana aku secara tak langsung Terlibat
dengan kemenangan Rafidah Aziz mempertahankan kerusi beliau
dalam petisyen pilihanraya yang difailkan..

Ada juga yang menyatakan, buktinya adalah aku
sudah tidak lagi memberi sound direct seperti dulu
dan aku tidak mengikuti debat Anwar dan Sabery..

Haha...(ketawa kecil)..
Fikrah yang aku pegang sekarang...
bukan aku dapat dengan mudah....

Jadi aku takkan tukar fikrah dengan mudah...
(kalo bagi 10 juta mungkin kot..hehe)

Dan aku tak ikuti Debat..kerana aku lebih suka tengok
Pushing daisy...nak wat camna....

****************************************************************

Mereka disana menjemput aku untuk Bermain boling esok
menentang Peguam2 dari Pulau Pinang..
Tapi untuk bermain kena pergi ke Ipoh..
Tujuan perlawanan pon sekadar mengeratkat hubungan antara Loyer..

Mereka disini pula, bukan menjemput, TAPI MENGARAHKAN aku
join mereka untuk main boling esok juga di taiping.

Pasukan lawan adalah dari Kementerian Perdagangan..
tarikannya bukan sekadar mengeratkan hubungan...

TAPI HADIAHNYA diura-urakan adalah barang2 rampasan
yang mahal2....aku tak tau la betul ke tak..
tapi memang begitu menurut peserta tahun lepas..
LUMAYAN...hahaha...

Jadi, aku join mereka disini..kul 9.30..kat pusat boling TAIPING..

*****************************************************************

UMno nak muzakarah dgn PAs..
Lantak la..hahahah

Wednesday, July 16, 2008

ANWAR vs SABERY....Satu Pandangan.....

Mlm ni dijadualkan Debat Antara DSAI dan Sabery

Jadi, aku bwk anak bini seawal pukul 6 untuk
pergi ke pasar mlm..

Sbb bole balik awal..

Lebih kurang pukul 7,
Aku dan anak bini dah ada kat rumah..

Lepas mandi siap2 semua..
Bini aku bukak Chanel disney..

Layan MR bean.

Lepas solat Maghrib..
Makan malam Sambil tgk buletin Utama.

Sambil2 tu aku dok bukak INFO
untuk tgk kul berapa Debat start..

Kul 9, Tiwi 9 dan Astro Awani..

Solat isya' siap2..
Hampir pukul 9..
Aku bukak lagi INFO
sambil browse2 canel lain..

EH? AXN ada world most amazing Bideo..
Season baru..

Jadi aku dgn anak bini dok layan AXN jap..
Awal lagi kot, hujah tak panas lagi..
Sampai 9.30...

Bini aku tukar pulak ke chanel 708.8tv..
eh..Pushing Daisies dah start...

Lalu layan la sampai 10.30..

Jadi..kalo nak baca pasal debat Anwar dgn Sabery..
sila Pi Blog Kanot dan Pakdi..
sbb aku tak tgk...
Layan cerita lagi best.. HAHAHAHAHAHA

Monday, July 14, 2008

Ujung minggu yang laloooo

Ujung minggu lepas
tak sama macam ujung minggu2 yang selalunya...

Selalunya..tghari sabtu..
Aku semestinya sedang menuju ke Kampung.
Umah mak aku..

Tapi, ujung minggu lepas,
Pagi2 lagi aku dah bangun..
Miza pon dah bangun pagi2..
Hanany pon bangun..

Miza bangun Pagi2 sebab dia nak masak..
dann cuci baju..

Aku Pullak bangun pagi2 sebab ada appoinment dgn mekanik.
Keta ada problem sikit..

Hanany pulak..mcm biasa..
mak pak bangun..dia pon bgn laa..

Sebab hanany dah sgt lincah sekarang..
Bagi mengelakkan dia kacau mak dia massak..
Aku bawak dia gi bengkel..
sbb untuk repair kerosakan tu,
amik masa tak sampai setengah jam..

Keta direpair..tak samapai setengah jam.
Tapi, biasa la..
Kalo pi mekanik..mesti dia jumpa benda lain yang rossakk..

Brek aku sememangnya dah lama rossakk..
dia kata murah saja..
Aku pon kata ganti la..

Dalam dok bukak brek..
dia jumpa lagi...
Bearing tayar belakang aku dah rossak..
Kena tukar...

Alih2...
2 jam aku kat Bengkel..
Hanany yang tak pernah berenggang dgn mak dia tu..
toksah cerita la..

Setengah jam pertama pon dia dah start sebut "Ma"
Apatah lagi 2 jam..dok cari mak dia sana sini..
Nasib baik ada anak mamat sorg ni..

Jadi dia main2 la..lupa sat kat "Ma"

Masa nk bayar..terketarrrrrrrr......
RM 209.00..KURRRRR.......

Tapi mmg sedap la bawak keta pastu..
Rupanya..bearing aku yang rosak tu la
menyebabkan minyak kuat mkn jugak..hahaha

Pastu..Mak dagn kakak aku serta laki dia pon sampai..
Kakak aku naik keta dgn mak aku..

Manakala laki dia naik Moto..Rempit sejati..hahha.

Petang, Abang ipaq aku balik p.buntaq..dgn alasan betugas.
Aku bawak mak dgn kakak aku serta anak beliau dgn kuarga aku
pi jalan2 dan makan2 petang kat tesco..

Mak aku borong baulu..

Kebetulan abang aku turun Taiping utk Amik keta
yang tgh direpair kat bengkel..

Jadi kami semua mkn2 kt tesco..

Lepas Solat asar kat Masjid tepen..
Kami berangkat ke Zoo Taiping..

Bawak mak aku tgk encik Bad..
Bukan encik Bad bos aku (Badrul)
Tapi Badak Sumbu...

Malam mak aku belanja mkn kat restoran Thai..

Mak aku bermalam kat Umah aku..
Ahad..Mak balik p.Buntaq..

Tapi aku dgn bini pon ikut balik..

Sebab...Isnin (pagi Tadi) aku ada kes kat Kulim..

Kepada KAnot...Court kulim, Bukan dekat Bomba atau
lepas masjid seperti yang hang habaq...
Dekat Bomba tu Ct Syariah..

Ct sivil..depan JKR..NGOKKK.....
Kampung sendiri pon tatau.

Thursday, July 10, 2008

Sekadar lepas syarat Update.

Aku menerima satu sms semalam..

Spesel request supaya aku update blog..

Sorila...bizi sikit 2-3 hari ni..

Lagipun..aku tepu kpala hotak..
tadak idea nk update..

Isu minyak...
org dah lali...

Isu liwat...
org dah geli....

isu-isu lain...
tadak....
hahahah

kalo nk baca pasal isu Bin/Binti...
sila lah ke blog kanot..

aku baru balik dari court ni..

Aku ada MOB satu kes..
dimaklumkan bahawa depan TP.
Tapi sejak 1 julai lalu,
semua depan Dato' Z.

cik zali kes pertama..
dia kuar, dan kata kat aku...
"Dia Bad mood laaaaa"

kes aku mob tu no 3..
aku masuk...

tgk muka Dato'...aku tau...
ini bukan hari aku.....

Aku kena BOMMMMM.......
bila aku kuar...
Loyer kes seterusnya tegur..

Eh. Lama?
Rasa nk terajang...hahahaha...

Nati aku nk BOmmm balik member aku nama azrin dari penang itew...
BUkan Azrin Pompuan, Azrin lelaki..

*****************************************************************

Bini aku SMS..
katanya, harini (semalam) Pampers..RM 26.90 kat Giant...

Petang, aku balik..
terus bawak anak bini ke Giant...
Pi kat rak pampers..

eh?awat harga masih 30 hinggit?

Bini aku kata, tadi dalam pamplet tu tulis,
harga 26.90. 11 haribulan...

Aku pon berkata...Yang..
harini baru 9hb..

A? yeker?katanya dgn muka tak besalah..
lalu kami pi kat tempat game, main game.

Thursday, July 03, 2008

Lagi2 kutuk

Seorang rakan menelepon aku..

Berbual sedikit sebanyak pasal kerja,
suasana Politik semasa dan sebagainya...

Dia berpendapat..
sekarang kami (dan kawan2) semua dah berjaya
dan mempunyai bidang masing-masing..

Beliau mencadangkan supaya kami berjumpa
dan membuat satu group untuk memantapkan ekonomi.

Katanya, boleh ambik cara Al-Arqam dan Rufaqa.
macamana mereka menjana ekonomi.
Kami semua dari pelbagai bidang kerjaya..
Yang mana masing2 boleh membantu ekonomi yang lain..
i.e makan sama2...

Katanya, group kami ada Pakdi yang pakar ekonomi,
Aseb org koporat..aku dan Kanot yang loyer..
Apon yang kerja BAnk..
Semuanya bole saling membantu..

Aku mencadangkan supaya Pakdi dilantik jadi ketua..
Kalo jadi la grouping iteww...hahah

Tak ketinggalan, kawan aku tersebut membidas
tindakan beberapa rakan seperjuangan yang Masuk PTD dan JAkim.
Termasuk Pejan, Miraz, Zarifi dan sebagainya.

Dulu bukan main tentang kerajaan, sekarang menjalan kan dasar2
kerajaan.

Katanya ini semua salah PImpinan.

Lalu aku dgn laju menunding kepada KANOT dan ASEB..
deorang la pimpinan.
kalo driver masuk gaung..apatah lagi passanger..
HAhaha..

Lantas dia mengugut aku..

"Kalo ko masuk PTD..
aku nak bina satu Blog khas untuk kutuk kau saja..
Org pertama yang akan aku jemput untuk kutuk kau adalah Fazli Ramly"

Wah...gerun betul aku..Kanot itu hari dah dapat pangkat dari Fazli Ramly
hanya kerana apply gomen..hahaha

Tuesday, July 01, 2008

Acara Kutuk Paklah......................................dan Kanot.

Sejak kenaikan harga minyak dan seterusnya
mengundang kepada kenaikan harga barang,
memang diakui perbelanjaan meningkat GILA!.
(isu minyak lagi, kat sini ja la aku nk merungut pon)

Pemerhatian 1.

Selalunya aku hanya memerlukan sekitar RM 10-RM 15
untuk perbelanjaan minyak aku
balik Kampung + Jalan2 P.Buntaq.

UJung MInggu lepas, Aku Isi RM 20 Untuk perjalanan
balik ke P.Buntaq + Jalan2.
Dan untuk Balik ke Kemunting, Aku kena Isi lg RM 20.
tengahari semalam aku kena isi lagi.
Menjadikan Perbelanjaan minyak aku Naik melebihi 100%.

Tu kalo seminggu..4 minggu selalunya
dalam RM 45.
Sekarang RM 30-40 x 4.Tak RM 120?
menjadikan kenaikan sebenarnya Lebih dari 100%.
GILA!!!!!!

Hasil Pemerhatian.
= PAK LAH BOODOO.

Pemerhatian 2

Semalam aku pergi beli barang dapur di Tesco.
Barang yang sama aku beli bulan2 lepas.

Miza dah sedia list, siap dgn anggaran harga,
dan dihujungnya ada ruang "tick". Under bajet atau tak.

Yang tensennya semalam, hanya 3-4 barang saja yang harganya masih
macam bulan2 yang lepas.Yang lain....hampeh..

Dulu perbelanjaan barang dapur dibawah RM 150.
TAPI Semalam.RM 187.Naik.

Hasil Pemerhatian
= Pak Lah Bengong.

Pemerhatian 3.

Tun Mahathir selama 22 tahun memimpin MAlaysia,
membelanjakan sekitar RM 380 ++ Bilion.Selama 22 tahun.

Pak Lah selama 4 tahun, sudah membelanjakan RM 780 ++ Bilion.
Baru pat tahun!! dah lebih sekali ganda dari yang Tun M belanja
selama 22 tahun..

Hasil Pemerhatian
= Memang tak bole nak kata apa dah kat Paklah.

Pemerhatian 4

Dengan pembelian beberapa pemain baru dan
kehebatan Torres.Skuad liverpool semakin mantap.

Hasil Pemerhatian
= Booo Man u.

Kalo minyak tak turun balik dalam masa 3-4 bulan ni..
di anggarkan masyarakat pertengahan (mcm aku)
akan jatuh MISKIN mendadakkk)

Jadi, jgn kecewa kerana tiada isu Liwat disini.hahahaha

***********************************************************
Baru sat-sat aku terima SMS dari kanot pasal Anwar..
menda ntah dia ckp, Suruh aku sebarkan...

Errr...nort...gua tadak KREDITTT!!!.

***********************************************************

Keputusan Poll

Kanot dgn 7 Undi..
Menunjukkan sokongan terhadap Kanot masih kuat
walopun berbagai2 kutukan dilemparkan..

Walopun FT terkenal,
tapi cuma mendapat 1 Undi.

Begitu juga yang mengatakan dua2 tidak relevan
hanya mendapat satu undi.

Yang mengejutkan adalah PI Dulloo..
tidak disangka konsep yang
dipelopori oleh Aseb ini mendapat 3 undi.
lebih dari FT.