Saturday, May 30, 2009

aku tgk jam..
laaaa..dah kul 9.45.

Aku tepom opis.
staff angkat.

Aku bgitau aku baru bgn tidoq.
Depa pun kata..kalo cik kimi lambat sikit lagi.
kami balik.Kami dah punch.kerja dah masuk.haha

oit...tunggu saya mai dulllo..

sebab aku mai lambat, aku bagi depa balik awal arini..
Sengih saja semua.

************************************************

Semalam ada member datang opis,
dia kata, waahhh, apa opis attire macam ni.
rileks aaaa...kata aku.

Aku dulu tak minat jadi loyer.
Tapi bila pikirkan itu rezki, buat ja.
Tapi yang jadi motivasi ialah,
Aku nak buat macam "Ed"..

Ala...cerita loyer kampung yang bukak Bowling alley pastu
firm dia dalam bowling alley.

Pastu dia kat opis pakai t-shirt ja,.

Hahaha.kat malaysia bar council tak bagi buat firm dalam bowling alley..
Tapi bar council tak dak kata tak bole mai opis pakai t-shirt.

jadi, inilah hasilnya.

Pakai baju kegemaran


tgk cermin sikit.hahah.


Ini pemandangan opis dari bilik aku.


Kelihatan cik na dan abg mat tgh kusuk kerja.((nampak kepala sikit ja)
*****************************************************************
Dok sorang2 kat taiping ni,
buat kita kadang2 teringat kisah2 lama.

Aku teringat pasal roomate aku dulu2.
Bukan Kanot, Aseb dan kaie.

Utk pengetahuan,
kanot, aseb dan kaie adalah roomate bila di Gombak.
Roomate bila aku dah pandai bwk diri.
Tadak jasa sangat dalam membantu aku membiasakan diri dgn hidup Hostel.

Aku tak pernah masuk asrama.
aku dulu sekolah balik hari.

Roomate pertama aku adalah masa matrik.
nama depa:
1.Faizul Mokhtar.Budak kelantan.Badan Ketul2 tapi takut serangga.
2.Suardi, Budak kelantan, trash metal.
3.Hilmi Mohamad, Budak kelantan lagi.mat skema.
4.Haza. Budak seremban.Tak pernah miss solat kat masjid.
5.Syed Mutalib, ntah asal mana, mat stadi.
6.Syawal, Budak Terengganu. mcm lurus2 jugak.
7, Awangku Sufian. dari sabah bah.

Pastu ada juga squatters macam Fadzrin Safea dan Idzfar.

Depa ni la yang sebenarnya membantu aku dalam memperkenalkan
dunia hostel pada aku.
sangat banyak membantu.

kenangan manis mmg banyak.
cuma macam hilang dari memori sekejap
akibat diliputi hidup GELAP zaman roomate
dengan kanot, aseb dan kaie.

Aku dah lost contact dgn depa,
Faizul berenti dari UIA lalu masuk UiTm,
Suardi pon aku tatau pi mana,tapi depa kata konvo pon dia tak mai.
Hilmi pon aku tatau pi mana, engineer ni.
sama la haza.Syed mutalib, syawal dan awangku sopian.lost contact.

Fadzrin paling last aku jumpa masa dia kerja SME bank.
masih main gitar kot.

Idzfar paling last masa dia jemput pi kenduri kawen, tapi aku tak pi.

kalo sapa2 ada kenal depa, sila bagi cara utk kontek balik.
nak menyambung balik silaturrahim.

**************************************************************

Wednesday, May 27, 2009

SELAMAT HARI LAHIR...Annie

2 tahun sudah berlalu....
rasa mcm baru jer aku azan kat telinga dia....

cepat btol masa berlalu...

28 haribulan Mei....

SELAMAT HARI LAHIR
DURRATUL HANANY BINTI MOHD HAKIMI....

ABAH NGAN UMI SYAYYYAAANG ANNIE.

nanti cakap kat umi....
umiiii.......annie nak hadiah ADIK.
HAHAHAHAHA

Monday, May 25, 2009

GEMPAR!!.Kes gantung diri di Parit Buntar & rangkuman bulan Mei.

Zaman ekonomi tak menetu...
Politik tak menentu..
Kena buang kerja...
Kerja tapi kena catu..
Tnaggungan ramai..

Mungkin ada insan yang dah tak larat
nak menghadapi ujian..
Lalu putus asa lalu mengambil jalan
untuk menamat semua dgn cara yang tak elok..

Ini apa yang terjadi jika tidak berpegang kepada ajaran
Agama.
Ini gambar Kes pekerja pasaraya gantung diri di Parit Buntar..
Tension kot.






******************************************************

Bulan Mei 2009
dah hampir ke penghujung.
Walopun Ekonomi tak bagus.
Kes tak berapa nk ada...
Alhamdulillah, setakat sekarang,
masih mampu benapas... Makan nasik...

Cuma aku bole katakan, bulan Mei ni
tidak sebagus bulan2 sebelum ni.

Banyak perkara yang tidak terjadi
seperti apa yang diharapkan.

Boleh dirangkumkan sebagai Bulan
yang penuh dengan Kena marah dengan Judge,
Kena marah dengan interprater sebab lambat
ke lower court..(Lambat sbb kena dok kena marah kat High Court)

Bulan yang mana Dokumen Loan Sangkut.
Application loan klien kena rejek.
Apllication loan klien kena kuiri.
Kes expired sbb assignee lembab nak sain dokumen.
Purchaser tamau bayar deposit sedangkan Vendor bebuih mintak.
tu tak campor telepas pandang kerja clerk yang silap,
bila return baru perasan.

Tapi, Alhamdulilah, masih benapas, masih Boleh kerja.
what to do. harap bulan depan, keadaan lebih baik....

*************************************************************

Aku rasa amat tersentuh bila narrator tu kata
...we say goodbye for now...we will meet again in August.."
perasaan jadi kosong..
Tak keruan...
EPL dah habis.....
Aku belum ada aktiviti alternatif untuk malam sabtu dan ahad..
Selalunya hari jumaat, aku ada "something to look forward to..."
pada hujung minggu..perasaan exited..
tapi..sekarang dah takder.....bulan lapan...tunggu...

***********************************************************

Ujung bulan ni, dengan awal bulan 6..
ramai pulak kawan2 yang nk mnikah...
apasal korang minikah ramai2 time ekonomi tak brp nk cantik ni?
tu tak campur kawan2 bini aku.

Aku belum buat keputusan yang mana aku akan pergi
dan yang mana aku akan hantar ucapan maaf dan excuse..

Ada juga kawan2 yg ajak aku turun ke K.L utk
Reception majlis kaie & chi di UIA.
maaflah, aku tak dijemput untuk ke sana.
Takut nanti takdak tempat duduk..
Tak pun, masa nk masuk, depa mintak tunjuk kad jemputan..
tgk2 jemputan aku hanya di sauk..tentunya tak dibenar masuk..hahaha
Tak pa la..sauk pon ok..

Tahniah kepada kawan2 yang kawen:http://www.blogger.com/

KAIE & CHI
COKOI & ASMAH
Shamsul NADIA & Jejaka MISTERI.
WARDAH & AZHAN
ntah sapa2 lagi yang aku tak igt.

Semoga kekal ke akhirat...

****************************************************************

Dah lama tak sembang gelak ketawa dgn kawan2..
Lama2 boleh jadi "mental" kot..
hahaha.
Tapi minggu lepas.
aku sempat sembang guna video konpren dgn suhail di china.
sempat la aku taruh input2 yang "BAGUS" sebagai persediaan dia. haha

Dulu2 kalo tgk star trek mcm tipu jaa bole sembang tgk muka kot Tivi..
sekarang, suhail kat china, aku kat kamunting..
bole sembang kluaq muka.
kalo hang tuah dok ada lagi, pasti dia kagum.haha.

Wednesday, April 29, 2009

NAhhhh Apdate lagi!!!

hah.
sekarang aku nk apdate lagi.
tatau la nak apdate apa,
jadi aku letak jer la gamba anak aku lagi.
sebab ada org suka tgk gamba dia pilih baju.
aku letak semua gamba dia pilih baju.



Pastu gamba dia tgh stadi.
harap2 sampai ke besar la dia rajin.
hahah.Ameen..



Ni pulak gamba aktiviti baru yang aku jumpa
bertujuan untuk menyihatkan badan.
aktiviti jungle treking kat bukit larut.





Aku rekomen aktiviti ni utk org macam kanot dan aseb.
selain menyihatkan badan,
ia juga akan mengurangkan kebuncitan perut.
Hahahaha.
Kalo nk bela jin pon, bole datang sini..heeeeee.kliwon.
Setengah jam naik ikut trek jungle treking.
Sejam turun ikut jalan Jip..

*************************************************

Aku gemar kepada kerekter movie yang
berbahasa Inggeris dengan "bunyi" pelik.

contohnya YODA dari filem star wars yang berbahasa Ingeris
terbalik2. Aku suka dengar yoda cakap.

Satu lagi kerekter yang aku suka ialah Starfire dari
Teen Titan. Dia menggunakan bahasa Inggeris Buku.
Teratur dan ikut gremer.

Sini contoh gaya starfire bercakap.HAHAHA.Lucu.(BAGI AKU)
Tgk masa dia ckp dengan Cyborg pada 1.18 dan dia ckp dgn raven masa 1.52.
Lucu (Bagi aku)



****************************************************

Teringat masa zaman tingkatan 4 & 5 dulu..
Diwaktu zaman Guru2 sangat dihormati.
Dizaman budak dan pelajar sekolah masih waras.

Aku dulu pengawas.
aku dengan bebas menegur kesalah pelajar lain
tanpa perlu risau kena belasah masa balik sekolah.

kalo budak2 zaman la. mampuih.

Teringat zaman tu,
paling nakal pon tahap hisap rokok depan sekolah ja.
Yang lcunya, geng ganas2 pon layan nasyid.

Antara perkara yang aku paling igt ialah zaman tu popular lagu
semangat Perjuangan harmoni dendangan XPDC.

Lagu sgt best dan menaikkan semangat.(Bagi Aku)
kalo bosan2 buat kerja, bole dengar lagu tu.
XPDC bagus apa, nampak ja rambut2 panjang gitu,
ALi tu jenis kalo pi mana2 berenti solat kt masjid tau.
Zuar pulak pernah terlibat ceramah agama yang dipengerusikan oleh kanot.
tapi masa tu dia kumpulan Viper kot.
Bertakbir o.tanya kanot.

Budak2 zaman la, mampuih. lagu cinta. lagu AF.rosak akhlak.

Tuesday, April 28, 2009

ni aku update.

Gamba "Torres" pilih baju.

update?

Ini gamba dia makan.


Ni pulak gamba dia tgh buat2 nulis.

gaya mau ada.
cara dia pegang pen tu yang
membuatkan org igt dia 3 tahun.





******************************************

Aha.
Tahun ni ramai member nk kawen.
Antaranya kaie, Miraz dan Sapuan.

Untuk Kaie bekas roomate F 4.4
pesanan Ikhlas dari bekas roomate mu Aku, Kanot dan Aseb.
Sila rujuk gambarajah.

Monday, April 13, 2009

ntah ler

Sorilaaaaaa..

Lama tak update.
tak sempat sebenarnyaaa..

Bukan tader cerita pasal PRK bukit gantang.
byk.
tapi tak sempat.
korang baca je la Harakah.
atau blog politik banjar.

cuma satu jer aku nk cakap.
masa PRK bukit gantang dulu,
ramai yang disogok dgn helmet baru.
bawak helmet lama, dpt helmet baru.

pastu sapa yang pangkah Bn dapat RM seratus.
bukan tipu, sbb sorang staff aku lambat masuk opis aritu.
alasan, tunggu claim, kalo pangkah BN dpt RM seratus.

hahhahaha...mcm2.

Yang pastinya. ZAMBRY tak dapat "restu" rakyat perak.

*******************************************************************

Tadi aku ke Ipoh.
ke bangunan SUK.

Lan tanya aku,
buat apa ke SUK?

aku kata nak soh Zambry resign,
sbb tak dpt restu.

*********************************************************************

idup sekarang berubah skit.

selalu balik umah makan tghari.
sekang makan sensorang kt kedai.

anak bini makan kat sekolah.

Thursday, April 02, 2009

Bini aku dah start keja semalam.

apasal dia nk keja?

mungkin aku tak cukup bagi duit kot???
hahah

Semalam jugak hanany dah start skolah.

seperti biasa budak 1st day skola.
meragam.

harini lebih ok.
dah masuk hari kedua katakan.

tapinya, kami sekeluarga selalu tido lewat.
kul 12 atau 1.

tapi arini, skang baru kul 1059.

ank bini aku dah sejam tido.

haaa..letih latu.

aku, letih juga.tapi jap g la tido.

Monday, March 30, 2009

JUMAAT, sabtu , Ahad.

TAHNIAH KPD KANOT ATAS KELAHIRAN ANK NO 2
BELIAU YANG BERNAMA RAUHAH HUMAIRA SEMALAM.
Tak pa, InsyaAllah tahun dpn aku menyusul.
****************************************************

Petang Jumaat.
Lepas balik kerja,
Terus ke car wash.
keta kotoq.

Sampai di carwash,
kelihatan 3 org warga asing sedang
melihat2 kerata 2nd jand yang dijual oleh
tokey car wash.

Pakcik X kata kat aku,
depa ckp org putih, pakcik tak paham.

Lalu aku mendekati 3 org warga asing tersebut,
mereka berbual2. eh, rasa mcm paham pulak.
Aku pon mencelah menggunakan bahasa meraka.

depa tekejut,
"Masya Allah, takallam bil-lughatil a'rabiah?"
aku pon tekejut, eh eh, aku boleh ckp arab lagi.

Pakcik car wash lagi la, tebeliak mata.

depa dari Iraq, selama 2 tahun kt P.buntaq,
jarang jumpa org pandai ckp arab, kata depa.

Aku jadi translator antara depa dgn Pakcik car wash.
bebincang tentang harga kereta.

Setelah depa balik, Pakcik car wash dgn sengih2 tanya aku,
Pakdai ckp arab?
sikit2 la, kata aku.
Dulu masa mengaji, kena ckp arab.

Pak cik tu masih dgn muka terkebil2,
Aku bayar RM 7, dan blah.

***************************************************************

Pagi Sabtu,
sepatutnya aku kerja,
tapi aku ada ternemen boling anjuran TM.

Aku, Bini aku, dan sorang partner firm aku masuk.
Jadi firm diarahkan tutup dan staff2 wajib hadir memberi sokongan.

Bini aku satu team dgn cik sopian dari TM
dan Kak niza bini cik TAj ketua unit Bank RAkyat.

Aku pula satu team dgn kak Norihan dari TM,
dan Encik rezdham.

memang fight la.
nasib aku baik kerana harini semua menjadi.
En Redham Terer, aku konsisten. Kak norihan pon OK.

Bini aku lagi nasib baik,
Dia hampeh pada game pertama,
tapi mula menemui rentak pada game kedua dan ketiga.
kemudian tempat cik sopian diganti oleh
cik Taj yang memang TERER.

Masa penyampaian hadiah,
Team Bini aku dapat No. 5. Dapat Hamper bessarrr.
Team Aku dapat No 3.
LAAAAgi besaar hamperr.

Partner aku, tak menang. team dia dan dia hampeh.haha
Aku Faraid hamper aku bagi kat staff2 sikit.
tinggal kat opis sikit.

selebihnya aku bawak balik.
sebab malam ni aku ada tetamu.
Encik "H". datang utk penamaan calon esok.

Team aku.


Team Bini Aku.


Bini Aku no 5


Team Aku no 3


Gambaq Bersama Family, Family Hebat.

****************************************************************

Pagi Ahad, aku dan keluarga encik H
ke tempat penamaan calon.

Jgn pecaya kalo suratkabar atau tiwi 3 kata penyokong BN ramai
Bohong, sebab depa sikit jer.

Penyokong Pas raaaaammmai sgt2.
tidak kurang 10 ribu atau hampir 15 ribu.

BN dalan 2 3 ribu jerr.

antara yang menarik apabila
kaum India dari kelab penyokong PAs
datang membawa replika Kapal Selam sambil
melaungkan nama ALtantuya!

Lagi satu yang best ialah, kerana penyokong Pas RAmai,
diletakkan atas bukit pulak tu,
Penyokong pas ramai2 buat "mexican Wave" macam kat stadium tu.

hahahah...bengkerk jer penyokong BN.
Depa tak bole buat, sbb tak jadi wave.org sikit.


Kelihatan juga Ustaz Zamri mari mengaji
dan Doktor Badrul Amin yang sempat
bersalaman dan bermesra dgn peminat.

3 hari yang padat.


Friday, March 20, 2009

Bahasa Oh Bahasa

Kenapa bahasa inggeris nak diagungkan sehingga
matapelajaran matematik dan sains pon ckkp omputis?

Alasan, nak generasi maju.

Bukankah Jepun tak ckp omputis pon.
Maju jer.

Kenapa kalo kita ke jepun,
kita kena belajar bahasa depa.

Kalo kita ke Korea,
kita kena belajar bahasa depa.

Kita pulak, di negeri sendiri,
tapi kena belajar bahasa Gerrad.

Kan lebih bagus,
kalo kita martabatkan bahasa melayu,
sehinggakan sorg datang ke negeri kita,
minat untuk berbahasa melayu.
Bahasa melayu bukan susah untuk diperkenalkan
ke serata dunia.
Bangla yang datang sini, 3 bulan dah bole berbahasa melayu.

Sejak PRU-12 yang lalu,
tembok pemisah bangsa juga semakin terhakis.
Org cina sokong pas.

Orang melayu tak sokong UMNO.

nak tau kenapa?

Kerana Islam rahmat kepada sekelian alam.
Bukan melayu.

Umno asik canang2 melayu.
org sekarang nak Islam, Bukan melayu.

50 tahun Umno memerintah,
tak pernah nak cerita yang benar tentang islam kepada kaum lain.

Sekarang, bangsa lain dah mula paham tentang Islam.
Orang bukan Islam sebenarnya tak kisah pon Hukum hudud
dilaksanakan atau tak, sebab bukan wajib ke atas buklan Islam.

yang peliknya, orang Melayu yang dlm IC nya kata Islam
pula yang mati2 tolak hudud.
Kenapa?

Jadi, anda semua pikir baik2 sempena
pilihanraya bukit gantang nanti.heheh.

Ini beberapa keping Gambar yang aku hambik
di Bagan Serai.
Gambar Premis persatuan Tiong Wah (Cina)
Kelihatan Gambar Sultan Azlan, MB Nizar, Dan Nik Aziz


Korang Baca sendri apa dia tulis.
Cina pon Tulis Melayu tau.


Dua orang Apek dan nyonya layan berita.
Apek duduk tgh layan Mee.Pork.hahah


Di Luar, beberapa Tangaci India tgh Lepak.



Tgk, Multi racial apa.
Kan?
Tahniah kepada Pimpinan Ulamak
yang berjaya menerangkan Islam sebenar
kepada kaum lain.
"Barula uncle talak takut hudud punyaaaaaa mmaaaaa"
"Tamau hadhaliii"

TAtau

bila ntah aku last update.
Bukan aku saja, ada sesetangah kawan2 aku yang
tak apdate blog juga.

Mungkin agak sibuk kebelakangan ni.

Aku tak update sbb tak sempat.
Bini aku tak update sbb tada internet kat umah,
jiran yang ada wifi tu balik kampung.

Kanot pula tak upadate dan JUGA DELETE ENTRI PASAL
RAJA2 melayau sejak ramai yang ditangkap sbb
menghina sultan.

yang lain2 aku tatau.

dalam setengah bulan tak update
macam2 yang berlaku

Contohnya...
Liverpool 4- Real MAdrid 0.

Liverpool 4- Man U SATU!! BOOOOOO!!!!

ooooo...renaldo skor, hangpa bertubi2 sms ya.
Alih2 macam biasa, habis game, tutop tepon.


Lain-lain2 kes

15 Hb. aku ikut rombongan bawak pengantin.
Jiran aku kawen.
tader la jauh sgt. 5 minit jer dah sampai umah pengantin lelaki.
haha. kawen sekampung.

lain2
tada aper la sgt kot.

Nanti kalo ada idea, aku update la.
hihihihi.

Tuesday, March 10, 2009

KENAPA KAMI DITAHAN?

Diceritakan kepada penulis oleh Mangsa
yang ditahan polis kerana ingin menyertai
perhimpunan membantah PPSMI.

Sabtu
Lebih kurang pukul 9.00 pagi,
kami bertolak dari Ipoh menaiki
bas PLUSLINER yang telah disewa khas.
2 buah bas..80 orang.

Kami hampir tiba di tol jalan duta
sekitar Jam 12.30 tengahhari..

Tanpa disangka, kami "disambut" mesra oleh
Pihak polis.
seorang anggota naik ke atas bas.

Sebuah lagi bas dibelakang kami
juga dengan 40 orang penumpang
pula sempat bertindak.
Para penumpang bertindak turun
dari bas sebelum sempat
pihak polis menhan bas tersebut.

Bas kami dibawa ke balai polis sentul,
diiringi macam kereta MB.

disana, rupanya dah ada yang ditahan,
Bas dari Tapah.

sekitar pukul 1.00 lebih, kami ditahan di balai polis
sentul.
kami kemudiannya dikumpulkan di dalam
sebuah dewan, disitu kami solat Zuhur berjamaah,
kemudian disambung dengan solat hajat.
kemudia, kami BERTAKBIR menggegarkan
balai Polis tersebut.

setelah menempuh perjalanan jauh,
pastinya kami lapar.
kami hanya dihidangkan dengan air mineral
dan sepotong kek.
Saya enggan makan. begitu juga dengan rakan2 lain.
Kami mahu makanan sebenar.

setelah didesak pihak polis akhirnya akur lalu
membenarkan 5 orang satu trip untuk ke kedai makan
berhampiran balai dengan ditemani seorang anggota.

dalam masa yang sama, pihak polis
mengambil keterangan dari setiap yang ditahan.

seorang rakan saya, yang juga bekas seorang Guru besar
telah memberi buah keras kpd pihak polis.

Beliau berkata,
"Saya ni adalah guru Bahasa Inggeris!
saya sendiri merasakan PPSMI adalah satu yang sukar,
apatah lagi anak2 kita!!"

"tapi saya tatau la kot2 anak encik memang hebat gila Bahasa Inggeris"

dan beliau juga mempersoalkan mengapa kami ditahan?
sedangkan kami ingin menghadiri program yang mendapat permit.
kami ingin memberi sokongan supaya PPSMI dimansuhkan.
Ini bukan program parti politik.
ini program NGO untuk kebaikan generasi kita, anak2 kita.

tiada jawapan yang konkrit dari pihak polis.hanyalah mengikut arahan.
Sapa bagi arahan?Najis Tong Rosak?ntah la.

Seorang dari kami pulak lebih hebat,
Bila polis bertanya, "apakah kegemaran anda?"
Dengan selamba dia menjawab, "BERDEMONSTARI!"

siapakah rakan2 anda?
"TOK JANGGUT!"

saya sempat menelefon anak saya yang telah tiba di Masjid negara.
Anak saya berpesan,
"Abah jangan pegi dekat2 sangat, nanti kena Gas"

saya tidak memberitahu kepada anak saya bahawa saya telah ditahan.

kami ditahan sehingga hampir pukul 4.30 petang.
salah seorang dari tahanan wanita ada membawa anak kecil.
anak kecil itu asyik menangis.

Kami pula tanpa henti Bertakbir sambil "membakar"
pihak polis.GEGAR balai tu.
Akhirnya mereka akur dan melepaskan kami.

sewaktu seorang anggota naik ke atas bas untuk menyerahkan
Kad Pengenalan kami, kami sempat berjenaka kepada beliau.
Encik, besok dah pencen, kami bagi borang, masuk PAS.

Polis tu pon jawab balik,
"OK, dua tahun lagi saya pencen, saya Pon orang ipoh".

Kami di "escort" sehingga ke hentian sungai buloh,
punya la takut kami patah balik Pi demo.

Kesimpulan dari saya,
PIHAK POLIS HANYA MAMPU MENAHAN KAMI DARIPADA
MENYERTAI BANTAHAN MANSUHKAN PPSMI DI MASJID NEGARA,
TETAPI SEMANGAT KAMI AKAN TETAP UTUH DAN TIDAK AKAN MAMPU DITAHAN
DAN SEMANGAT KAMI TAK KAN PADAM SAMPAI BILA-BILA.

seperti yang diceritakan oleh Encik H kepada penulis.
Entri akan datang, kisah dari anak Encik H yang berada di Masjid Negara.

***************************************************************************
KAWAN BARU-Bro Shairi

Terima kasih kepada Yatt kerana memperkenalkan Bro Shairi
kepada aku masa aku cari Runner untuk amikkan Geran di PTG subang.

Hari Isnin, Bro Shairi Janji nak jumpa aku di Ipoh untuk bagi geran
sebab dia nk ziarah kakak dia di Ipoh.

SMS beliau, " Bro, sya Gerak dlm kul 1, KL ujan lebat, baru je
stop, sampai sy Roger"

tapi baru je kul 1 lebih, dia SMS lagi
"Bro, dah sampe spg Pulai, pekena teh tarik dulu nanti gerak sy roger"

mak aih?cepatnya?
masa tu aku tgh makan di restoran tasik raban dgn anak bini.

pastu dia call, "Bro 15 minit lagi saya sampai masjid tambun"
saya naik moto.

uik?dari simpang pulai ke Tambun 15 minit jer?

di masjid tambun, 15 minit kemudian,
yaaaaaa.....tak salah lagi jangkaan aku.

masa aku nampak dia bawah bumbung parking tu.
MOTO BESSARRR.pada la dari kL ke ipoh sat ja.

ini gambar abg shairi. Bro.






aku sempat tanya, berapa laju tadi?
"240 jer", katanya.

Erkk!!

dia juga sempat kata, Kimi pon bole pakai moto ceni,
tapi dia nasihat, "kena tunggu dah berumur baru bole pakai Moto ceni"
sebab orang muda bahaya naik motor besar ceni, tak beringat."
ada kawan saya, muda, asyik eksiden jer."

"orang tua, bwk motor, laju, tapi beringat"

umur bro shairi ni 40-an, sikit lagi nak sama umo bapak mentua aku.tapi BRO.

last posing sebelum jalan.




TQ BRO shairi, nanti tua, aku pon mau beli MOTOK besarrr.
(Bini aku tambah, Motok bessar bawak miza, tapi kena pi mekah dulu)

Thursday, March 05, 2009

HANGINNNNNNNNNNNNNNNN

PROMO: Ini blog Bini aku, dia dah pandai buat Blog

Perak

negeri yang sedang mengalami krisis politik

semua orang ada pendapat masing2.

semua ingin mengukut sentimen masing2.

Pendapat aku?

Ini berpunca dari barisan nasional yang berjaya mencari kelemahan
kerajaan Pakatan Rakyat.

bermula dengan menghantar umpan dari bota.
Melompat masuk PR.
bertujuan nak test,
HASILNYA: PR menerima beliau dan tidak pula suruh
buat pilihanraya kecil.

itulah turning poin nya.
Bila BN masuk PR tak payah pilihanraya,
jadi, kalo PR masuk, tentulah perkara yang sama.

Lalu, MELOMPATLAh ADUN2 yang 3org itu.
apalagi!!.
mengamuklah PR, suruh pilihanraya semula,
sedangkan sebelum ni kata tak payah pilihanraya.

bila misi selesai, UMPAN dr bota
tu masuk semula ke BN.

maka terjadi lah insiden yang semua sedia maklum.
Sultan suruh MB ke 10 letak jawatan
lalu melantik MB ke-11.

Sebagai pengamal undang-undang,
mengikut undang2nya...
MB hanya bole ditukar dengan 3 situasi.
1) MB itu sendiri resign
2) MB mendapat undi tidak percaya dalam SIDANG
3) DUN dibubar dan pilihanraya baru

disini, MB ke-10 tidak resign, sidang pon belum,
DUN pon tak bubar.

pendapat aku, kalo dulu BN tunggu sidang DUN,
dan buat undi tidak percaya kpd MB ke-10,
tentu tak jadi ceni.

masalhnya, BN rampas kuasa sebelum sidang DUN.

*************

Sekarang pulak,

speaker DUN memanggil sidang tergempar.
pendapat aku, sidang tu sah kerana
DUN perak hanya dirtangguhkan sebelum ni,
untuk sambung sidang, tak perlu consent sultan.

begitu juga dengan kejadian wakil2 rakyat dan
speaker DUN tidak dibenarkan masuk ke bangunan SUK
dengan dihalang oleh polis.

ini sudah melangkau doktrin "saperation of Pawer"
antara Executive, Legislative, dan Judiciari. eh? betul ker?

Speaker DUN hanya menjalankan tugas2 beliau,
Pihak polis perlu bersifat neutral.
mana bole ikut telunjuk2 satu2 pihak.

SPRM? lagi la aku malas nk cakap.

isu derhaka?
tu dulu kat Terengganu yang kata "NATANG" kat sultan tu sapa?
yang nak jugak shahidan kassim jadi mb tu sapa?
sapa?

malas nak kata apa dah.. SEMUA MANGKUKK!!!!!!!!!!!!
baik tgk semanis kurma yg dikendalikan oleh ustazah bahiyah ni.
****************************

Aha, baru2 ni aku ada baca dalam metro pasal
bekas vokalis sebuah kumpulan nasyid yang sangat popular
sekitar akhir 90-an dan awal 2000 telah pergi
audition OIAM.

yang tekejutnya, dia sekarang berimej baru.
dengan rambut rebonding kaler oren,
dan dengan gaya ayu gitu..

sapa yang minat gila kat dia dulu, tentu tepuk dahi.hahah
errkkk.ujian tuhan kottt

bbbbrrrrrrrrrrrrrrrrr....................

Tiada kena mengena dengan kemerosotan
pasukan Liverpool

Tiada kena mengena dengan masalah rumahtangga.

Juga tiada kena mengena dengan bebanan kerja.

serta tiada kena mengena dengan bebanan kewangan.

ia hanyalah kerana saya tisada idea nk tulis apa2.

ntah sbb apa.

otak tepu untuk menulis entri.

tiada idea.

tentang:
Politik ka, rumahtangga ka, rakan2 ka.

semua tiada.

tatau la sampai bila.

mungkin kena cari idea bawah pokok berhampiran bangunan SUK.

Monday, February 16, 2009

bizzzeeeee

Gua bizi.

Tu jer jawapan yang aku bole bagi jiaka ditanya
kenapa aku tak update blog.

Bini aku pon dah buat tatau kalo kadang2 aku sampai
rumah pukul 7 mlm.

Sebab dia tau aku bizi.
Aku parnah bawak dia mai opis dan dia tgk
camna aku layan klien.
dari pukul 4 sampai kul 6.30 tak abis2 lagi.

Masa aku satadi dulu
aku memang tanak jadi loyer.
sampai dah abis stadi pon aku masih kata tank jadi loyer.

Aku apply gomen.
aku apply kompani.

tapi perancangan Allah lebih cantek.

Sepanjang tahun 2006, tadak pon gomen pangge exam.
Kompeni pon tadak pangge.

nk tanak, aku kena chembring.
Tempoh chembring pulak adalah yang sgt best.

aku terfikir, kalo Allah bagi rezki aku di gomen masa tahun 2006
tu,
mungkin aku akan dicampak ke mana2 ntah, sabah ker, tawau ker.

Allah bagi aku rezki kat sini, paling koman, ujung2 minggu,
aku dapat balik jenguk mak aku,
Paling2 koman, adik2 ipaq aku ada abang dan kakak yang
nak diharapkan untuk bela depa bila mak pak pi kerja.

Dulu aku tak pernah ternampak pon bahawa aku akan jadi loyer.
Tapi harini, aku masih lagi loyer.
Alhamdulillah...rezki di sini gamaknya...

NOte: 1)Joe dulu beriya tanak jadi loyer, pon masih loyer.
2)Baraq pon masih loyer, kata nak jadi penyambut
tetamu kat mandarin hotel lah.
3)Ada sorang lagi, dah masuk GLC, pastu resign, jadi loyer balik.haha

*******************************************************************

Aku tau, hangpa dok jeling2
Aku tau, hangpa mesti nk mereka2 isu.
Aku tau, hangpa mesti nk mensensasikan sesuatu.

Lantak hangpa la. HAHAHAHA.
Aku lagi suka perangat hangpa.

Aku beli keta baru?
awat? sukahati aku la ada dua bijik keta.
minyak aku isi.hahaha

Aku suka bawak anak bini aku keluaq?
lantak la, kami muda lagi. Enjoyyyyy.
Ele, denki la tu, laki hangpa tadak kat rumah.
Pastu jarang2 nk bawak hanpa keluaq.

Lagi? uik? pak mentua aku pon kena?
wah, kata pak mentua aku keja polis ja tapi pakai keta bessaq.
RAsuah?
pak mentua aku tu ada ladang kelapa sawit la.
Mak mentua aku tu juai nasik lemak.

pak mentua aku tu, balik duty polis, rehat sat, pastu pi kebun.
kadang2 bawak bersama bubu belut.
dia rajin. byk la duit.

Mak mentua aku tu, bgn pagi pukul 3 tau, masak nasik lemak.
eh? apa? hang kata meniaga nasik lemak ja? berapa sgt ja?
hang tau dak dia juai sehari 15 kilo nasik tau.
toksah la banding dgn hang yang juai krepek 7-8 bungkus tu.

Aku ada 2 bijik keta ni, tak kata aku rasuah?hahaha
ele....jeles la tu...
tu la melayu.camna nak maju.asik dengki ja.
Hang patut baca blog suhail pasal org cina. tadak denki2.

NAsib baik mak mentua aku tu bukan melayu,
kalo tak, tentu dia balas balik kat hang.

Bini aku pon bukan melayu, aku pon bukan,
aku English. eh bukan, banjar.

*******************************************************************

Maaf kepada isteri aku.
Suami mu ini tidak dapat memenuhi permintaan mu itu.
Aku cukup pantang. Mintak benda lain takpa.
maaf. bukan tak sayang.
ini soal prinsip.

Aku tak dapat memenuhi permintaan mu
untuk membeli sarung seat kereta Manchester united itu.

Thursday, February 05, 2009

Di TAG

Dalam dok sebuk2 pasal kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak,
kehidupan harian berjalan seperti biasa.

Ye lah, tukar kerajaan ke,
tak tukar ker,
org mcm aku ni tak terkesan sgt sebenarnya,

note ya, yang lompat Parti itu adalah adun PKR dan DAP,
bukan dari PAS ya, PAS tetap PAS.

Aku di TAG oleh am.
sebabkan entry dia ckp omputih,
aku perlu baca dgn tekun tadi untuk paham
apa isu entry tersebut.

ooooohhh.....kena tulis apa-apa 16 perkara tentang anda.

1) Aku baru balik court, ya, pukul 12.15 tadi baru balik.

2) Aku bukan bawak kes sendiri masa pergi court tadi, aku MOB kes org.

3) Punca aku lambat tadi ialah kerana harini ada LONG CALL,
jadi lepas longkol kami makan2 sambil ketawa2.
Cuma MAster kepada pupil tu jer yg nangis sbb terharu.

4) Sejak semalam aku menerima sms dari pelusuk Malaysia bertanya
tentang status DUn di perak, bubar atau tidak.Eh, aku bukan Sultan Azlan.
Tanya Sultan kalo nk tau tepat.

5) Tadi pagi masa aku undur untuk Parking,
aku terlanggar tiang lampu.Aku tak check lagi kerosakan sbb dah lambat, matter High Court.

6) aku tgh berfikir nk tulis apa lagi sebab baru 6 ni, dok ada lagi sepuluh.

7) Aha, bini aku baru sms, katanya tak payah beli lauk,
aku lupa nk beli lauk mentah semalam, tadi bini aku tanya nak masak apa? aku jwb aku beli jer,
ntah dia masak apa kt umah tu.

8) Aku suka makan tengahari di rumah sebab aku suka makan
bersila dgn anak bini sambil menonton Kisah Benar.

9) NAsib baik aku tak bangun tgk bola pagi tadi kul 4, sebab aseb bgitau td,
LIVERPOOL KALLLAHHHH..siol.

10)Aha, aku suka pakai baju T Sarawak dgn ukiran Pua kumbu.ada 3 pasang.

11)Aku, aseb, kaie, dan apon sekarang dalam fasa mengebom kanot.hari2 kami bom kanot.

12)tgh garu2 kepala.

13)tgh buat2 macam taip affidavit, padahal taip entry.

14)berenti amik napas, tgk2 dekat file.

15)Sambung menaip balik.

16)Aku sedang lega kerana akhirnya cukup 16 poin.

Aku ada byk org nk di Tag: ramai aku nk tag, tapi depa tadak Blog.

Wednesday, February 04, 2009

cuti.

"SULTAN AZLAN IBNI ALMARHUM SULTAN YUSUF GHAFARULLAHULAHU SHAH"
itu nama penuh sultan perak.
Aku igt bukan sebab aku prihatin dgn negeri sendiri.
Tapi sebab tiap2 jumaat baca doa mesti sebut nama sultan.

Semalam Perak cuti,
Sempena Jubli perak Pemerintahan Sultan Azlan.
kerajaan PEKATAN RAKYAT mengumumkan cuti.

Tuan Rumah yang aku sewa sekarang ni
mengambil kesempatan terhadap cuti ni..
errrr...bukan2...
mengambil kesempatan mcm org jahat nk mencabul ker...menipu ker..
dikesempatan cuti terkejut ni,
tuan rumah bersama tukang repair datang ke rumah untuk merepair apa2 kerosakan.

seperti yang aku report kepada beliau..
1) Stopper untuk tangki air atas siling sudah tidak berfungsi,
Kalo air penuh, aku/bini perlu menutup injap di luar rumah..
Kalo tak air melimpah.

2) Selepas aseb berak di jamban rumah itu tempohari..
Tangki pam curah juga telah rosak, kalo penuh air menitik..
Pelampung rosak la tu.

3) Kalo ujan, air akan masuk melalui celah frame tingkap.bilik depan.

4) Pintu besi reput di bahagian bawah.

Sambil2 tukang repair membaiki kerosakan,
Tuan rumah pergi ke bahagian belakang umah.
(di ni Jabatan KAsihatan, check nyamuk edis)
Mungkin akibat terkejut..hehehe...
lalu dia mengambil inisiatif menebang pokok2 apa ntah di belakang umah aku tu
dan membersihkan apa2 yang patut.
mujur tiada takungan air yg menjadi tempat nyamuk membiak,
kalo tak, dia terpaksa saman diri sendiri.haha

Pastu, dia juga mencabut segala rumput2 di depan laman rumah.

Hasilnya...
Kerosakan 1 & 2 berjaya diatasi..
Kerosakan 3 perlu inisiatif dari tuan rumah atas saranan tukar
repair iaitu membina Awning atau poch.
Kerosakan 4 lain hari, kena bawak alat welding.

Semak belakang rumah, habis ditebang.
yg tinggal, timbunan daun2 dan batang lengkuas

Laman rumah aku ceria tampa kehadiran rumput2.

Terima kasih tuan rumah.nanti kalo bina awning..
jgn la naik sewa ya..hehehe..

tghari, aku pinjam Van pak mentua untuk angkut timbunan
daun2 dan batang lengkuas tersebut.
Takut nanti ada U.L.A.R yg menumpang.

*****************************************************************

Aku berbual dgn aseb.
Aku kata GAJI dia BESSSARRR.
KAYYYAAAAAAAAAA...Keta HONDAAAAA

Dia balas balik dgn kata
dia nk bayyyar tooollll....
MINYAK LAGIIIIIIi......
manada kayyyaaaaaaaa.....

pastu dia counter dgn kata
aku tadak kena bayyyar tooolll..
Minyak tak byk gunaaaaaa,......

Aku defen kata...AKU ada anakkk
Makan Kuattttt...

Jawapan aseb pula,
(yang membuatkan aku terberenti)
"AKU ADA BINI,
MAKAN KUAT JUGAK!"


hahahaha.
ala sebbb..org ngandung memang makan kuattt..

*************************************************
AKu memang boleh mendengar kalo kawan2
nak cerita masalah ka..mengadu apa ka...

Tapi maaflah..
aku tak pandai nk memujuk atau memberi kata2 semangat..
aku memang bermulut kasar sikit.

bukan aku tanak bagi kata2 semangat atau apa ka..
tapi itu bukan aku..aku mmg jenis hentam..haha.

Teringat dulu sorang sahabat baik
aku yang cintanya dihalang oleh keluarga pihak perempuan.
Dia memang frust. kira tahap sedih.
Dia bercerita kepada aku.
dengan ayat sedih..seperti Ujian Paling besar dari Allah kepada aku..katanya.
Apa yg dia dapat dari aku?
laserrrr..bukan kata2 perangsang.

Aku kata kat dia, ko jgn terjun bangunan pulak.
kan dulu2 aku dah penah cakap kat kau,
korang ni takan kemana.
Cari awek baru la.

hahahah.2 minggu lepas tu, dia da ada awek baru.
See.....takyah frust2.

Bagitu juga kalo ada yg nk melezer akuuu...silap bykkkk....
aku bagi balik 3 kali ganda.

jadi, amaran kepada Jiran2 yg dok bizi bodi..
seperti yg sampai kepada aku baru2 ini oleh seorg "insider".
ooooo...depan aku hg buat2 baikkk...
belakang aku hang ngata..
oooooo...ngata aku ngan bini suka keluar.
sikit2 keluar, baru samapi umah keluar lagiii..

nanti la, kalo aku nk kuar nnti aku berenti rumah hang,
pastu aku nk habaq,
"Eh kak! saya nk kuar ni,
nanti balik, pastu saya kuar lagi.pastu balik, kuara lagi.
Eh??? minyak keta saya ni asik ada ja?
ohhh...saya isi dgn duit saya sendiri la tadi.
akak nk bagi duit?eh, taka payah la, saya ada byk lagi duit.

Lagipun saya ngan bini muda lagi,
anak baru sorang.,memang seswai la keluar2 ceni.
Lain la kalo POMPUAN TUA ANAK RAMAI.MEMANG la seswai dok umah.
Laki pulak jarang2 ada kat umah kan? kan kak kan?

Peace!, nanti kalo saya nk kuar lagi, kalo kak tadak,
saya tinggal note depan umah ya.

Wednesday, January 28, 2009

Rezki dari Allah..

Masa aku nk kawen dulu...

Ramai yang bagi galakkan.

Tak kurang juga yang menakut2kan.

Isu pertama adalah isu kewangan kerana
aku kawen masa cembring.
Belum kerja lagi.

Tapi aku pegang kata2 sorang kawan aku.
aku tak igt sapa, yang pastinya bukan kanot atau aseb.
apatah lagi kaie.

Dia kata" kimi, hang jgn risau, kawen ja..Allah dah janji,
kawen, nescaya Allah akan bagi rezki".

Dan Alhamdulillah...setakat sekarang..kalo habis sengkek pon,
Aku bole korek lubang di tempat2 yang tidak menjerut aku i.e Along.
hahahaha..

kepada pemiutang2 aku, sabar aa... INsyaAllah, 2009 ni aku kasik settel.
ala, beberapa rat ja lagi.hehehe.

Eh, termelalut pasal utang pula.haha.

Isunya ialah rezki, Kalo Allah nk bagi rezki, dia bagi,
kadang2 dari sumber yang tak disangka.

Bertapa canteknya aturan Allah apabila
dia telah memberi ilham kepada sorang sahabat aku
untuk BID satu rumah lelong dan berjaya.

Dan Allah ilhamkan dia untuk cari aku
sebagai loyer yang menguruskan.

Boleh ja Allah ilhamkan dia cari loyer lain,
Tapi bila Allah nk bagi rezki...semua bole jadi..

MAcam kisah nabi apa aku pon dah lupa.
Yang dia mintak kat Allah untuk bagi rezki kepada
seluruh binatang untuk sehari..

Tapi cuma sekor ikan paus,
dah abiskan semua makanan yang dia sediakan..
Moralnya, rezki kita ni, Allah yang atur...

Jadi, kawan2 aku yang nk kawen, jgn takut2 la tak cukup duit la,
hapa la.Kumpul duit la..Aku kat LCCT la.Nk gi Terengganu la.
itu ini.
Kawen jer, Allah yang bagi rezki.

Situasi**

Masa Hilmi datang opis aku dengan bini dia
untuk dengar penerangan pasal legal fees dan proses2

Aku pon terang mcm aku terang kat klien2 lain,
Tetiba Hilmi GELAK besarrrrr sambil tutup muka.

dan berkata..ADoooh..aku tak sangka la..
dulu kita huhahuaha ja.
la ni hang series camni.

Lerrr..kata aku, kita la umoq 27, anak sorang. laki orang.

Ok2 katanya..sori, aku ter Emosi sat.hahaha.teringat zaman muda.

PS: TQ kepada Poketmon dan Encik Rahman atas tunjuk ajar tersebut.
akan saya gunakan dan sebarkan..semoga bertambah pahala.heheh.


Betul Kata Allahyarham P. Ramlee..dalam filem Ahmad Albab..
Rezki, jodoh pertemuan, semuanya datang dari ALLAH..Bukan dari Bapak.
sbbtu filem2 beliau masih relevan hingga sekarang...

Wednesday, January 21, 2009

Surat Untukmu.

Tahniah atas kenyataan Anda
Wednesday, 21 January, 2009 17:37
From:
"hakimi shaari"
Add sender to Contacts
To:menteri

Saya sebagai seorang rakyat negeri perak ingin mengucapkan Tahniah
kepada anda kerana dengan kenyataan anda,
tidak mengiktiraf cop JKK lantikan negeri perak dan juga
tidak membenarkan Agensi kerajaan persekutuan untuk
menghadiri mesyuarat kerajaan negeri perak, telah menunjukkan dengan
jelas KEBODOHAN anda tentang konsep demokrasi dan juga KEBEBALAN anda untuk menerima isyarat dari rakyat.

Sebagai menteri anda sepatutnya menggalas amanah untuk
menbantu dan mempermudahkan Rakyat yang sudah terhimpit dengan
pelbagai bebanan. Bukan lagi menyusahkan rakyat.

dengan tidak mengiktiraf cop JKKK negeri, urusan rakyat bertambah
rumit. Dan TAHNIAH!. ini akan menambahkan kebencian rakyat kepada
UMNO dan BN yang BEBAL dan tak tahu malu .

akhir kata, Sahabat Rasullullah, Abdul Rahman bin Auf,
akan disoal di akhirat selama lapan puluh tahun akhirat...
bayangkan kita umat akhir zaman ini..
.apatah lagi mereka yang kononnya Pemimpin..

Fikir-fikirkan lah.

TAHNIAH dan Terima KASIH.

***************************************************************

Kepada yang berkenaan.

Saya telahpon membuat tempahan pada 18 hb 12 tahun 2008.
Disertakan juga Yuran Tempahan atau " Booking Fees" berjumlah RM 500.
(Sesalinan resit disertakan)

Akan tetapi, pada hari ini,
21hb Januari 2009,
Barang yang ditempah masih belum kunjung tiba.

Sejak dari tarikh 2hb Januari, Jawapan yang saya terima adalah "esok".
sehingga hari isnin yang lalu iaitu 19 hb Januari,
jawapan nya masih "esok".

Manakala 2 hb Januari, apabila saya menelefon pejabat anda,
BOSS dikatakan "engage"

Manakala pagi tadi pula,
jawapan yang saya terima ialah "BOss keluar"
tak tau masuk bila.

NAH!!
SMS saya pada jam 4.30 ptg tadi pasti mengejutkan anda?
jawapan anda pon menandakan anda terkejut.
YA!!

saya sudah dapat nombor HP anda!
dan Saya akan terus Menghantui anda tak kira masa.

Mana saya dpat no tu?
kalo nombor HP Defendan yang memang menyorok pon saya dapat cari,
inikan pula nombor anda yang saya tahu tempat kerja anda.

Jgn tutup talifon yaaa.

Friday, January 16, 2009

Membebel

awat la bodo sgt liga Arab dan Negara OIC kan?
Cuba la pakat2 kumpul semua tentera, pi BOm israel tu balik.

Yang negara sebelah2 tu, mesir, Jordan, Syiria,
Arab Saudi, Dubai. Semua kecut saja.
Kata kaya.

Alih2 negara2 yang ntah tadak kena mengena
pastu nun jauh di amerika selatan pulak
yang lagi lantang dari depa2 negara arab ni.

Venuzuela dgn Bolivia yang terus mengusir duta Israel
dari negara depa.
Venezuela tu aku cuma kenal sbb Telenovela Mis tres hermanas jer.
Bolivia pulak negara main bola.

Malaysia?
Bising2 dari jauh cukup la kot..


*****************************************************

Wahahahaha...tahniah kepada sorang kawan aku ni.
katanya org rumah dia dah berisi.
Mari kita doakan semua selamat.
Ada rezki, ada la kan...
kalo tadak rezki, anggap la ujian tuhan....
Tapi, kita doakan yang baik2 saja....Ameeen.

****************************************************

Wahahaha...
aku dengar cerita sorang loyer Bujang Pompuan
di Ipoh dah beli Toyota Camry..
Selepas kisah Junior beli Vios dulu tu..

Wahh...kaya btol depa ni..
berapa gamaknya gaji.

****************************************************

Kami sekeluarga agak kurang sehat..
Miza baru nk sembuh demam.

Aku pulak dah start nak sakit2 tekak.

Hanany la paling kesian.
semalam dia kena pi sedut gas.
Pagi td pulak dia terketar2,
Panas dalam gamaknya.
Sila doakan kami semua sembuh..

****************************************************
Harini Jumaat.
Esok Sabtu.
Sabtu kerja..
WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.

Monday, January 12, 2009

cacamarba

Sila Sokong Palestin dan Boikot Israel.
Arsenel FC termasuk didalam list Produk Israel.
Jadi Boikot Asenel FC.dan boikot penyokong asenel.HAHAH.
Ini gambar Pemain Bola yang sokong Plaestin.Klik Sini.

Aku agak bizi sikit2 sejak kebelakangan ni.
Jadi apdate Blog pon mungkin seminggu sekali la kot.

***************

Sabtu yang lalu aku kerja.
datang opis niat nk kerja.
Bawak leptop.
Bukak Fifa09.
Lwn dgn Kanot.

Tapi disebabkan dtg niat untuk kerja,
bila ada klien, ada call.
aku kena entertain
walopun dgn kosnya kanot akan mengalahkan aku.

ya, aku kalah, semua game, tapi game2
yang diselangi call oleh client dan staff masuk bilik
tanya tentang kerja.
Niat kerja, jd buat kerja.

jadi, kanot jgn terlalu bangga dgn kemenangan itu.

Petang, aku dtg opis lagi.
Ada klien nak dtg.

Aku bwk anak bini sekali.
supaya depa tau,
walopun aku duduk pejabat,
keja dlm aircond,
tapi aku tetap letih melayan karenah mcm2 org.

Ya.Klien dtg sambing bertengkar2 sesama pihak masing.
Sampai kul 6.30.
Akyu fedap. aku soh depa balik dulu,
bincang balik elok2 term.
Minggu depan baru dtg balik untuk sain agreememt.

Kalo tak stuju, mcamana nk wat agreement.
bukan agreement, disputement kiranya.

keja aku kasik advice ikut law,
pastu menghitamputihkan term2 yg telah dipersetujui.

Sila balik, bini saya dok tunggu ajak pi pasar mlm tu.HAHAHa.

******************


Jiran2 sekeliling umah aku bole dianggap sebagai ASTRO bergerak..
Malahan aku rasa bukan astro, tapi Internet.
sbb kalo astro kalo ujan tadak siaran,
ni time ujan pon clear.

Apa yang anda buat, walopun perkara yg
tak penting pon, pasti akan ada yg tau lalu dihebah2 kan.
bila hebah2, pastu akan bertambah perasa.
hahaahaha

Jadi, sila berhati2 utk berbuat sesuatu,
anda mungkin diperhatikan...

Terbaru, isu aku nk "berbini baru" pon heboh,
sehingga mak mentua aku di Sarawak pon tau.
GILA cepat Internet bergerak itu.Hahahah.
Mungkin ada yg nampak aku hantar borang permohonan kot.