Monday, July 02, 2007

Allah memberi apa yg kita perlu

Allah memberi apa yang kita perlukan..
bukan apa yang kita hendak..

tapi, kalau apa yang kita hendak,
bersamaan dengan apa yang kita perlukan,
Allah akan beri apa yang kita hendak itu..

Mungkin aku cuma perlukan gaji yang kecil.
Mungkin aku cuma perlukan sebuah telefon bimbit monofonik.
Mungkin aku cuma perlukan sebuah kereta berusia 23 tahun.

setakat ini,
gaji aku cukup makan anak bini,Alhamdulillah.

setakat ini, telefon monofonik,
telah berjasa selama 4 tahun, Alhamdulillah

setakat ini, kereta berusia 23tahun,
tidak pernah mengecewakan aku, Alhamdulillah.

mungkin itu sebabnya, gaji aku tidak tinggi,
mungkin itu sebabnya cita2 utk memiliki
k750i belum tercapai,
mungkin itu sebabnya aku tidak mendapat hadiah
kereta baru dengan no pendaftaran cantik
pada hari Long Kol aku.

Aku juga sgt bersyukur,
Ada perkara yang aku hendak,
bertepatan dengan apa yg aku perlukan...
dan itulah yg aku dapat..

Kegilaan aku kepada perempuan kidal
menjadi kenyataan.
Keinginan aku utk memiliki isteri yg baik,
menjadi kenyataan,
keinginan aku utk memiliki zuriat,
menjadi kenyataan.

Alhamdulillah...

jadi tak perlulah aku mejerit2 memberi tahu
kepada orang2 kampung di kuala kangsar ini
bahawa IQ aku 110.

6 comments:

madulebah said...

mungkin sebab apa yang aku nak tu lebih daripada apa yang aku perlukan, maka Allah belum makbulkan lagi doa aku?

Perempuan kidal tu tak boleh dibuli untuk potong kentang kalau nak buat potato chips.. ahaks

sufanasrin said...

hm, mungkin aku perlukan gaji yg tinggi utk bayar mcm2 perkara..mungkin aku perlukan kereta sbb area tmpt keja aku takde LRT dan bas tak byk tak mcm kt KL. mungkin aku perlu jadi lawyer sbg balasan sbb pernah kutuk membe2 sekolah yg bercita2 nak jd lawyer..mungkin aku tak perlu kawen lg buat masa nih..

KiMi said...

cudaz: hg tu kena mandi bunga. hahah

Arin: betol2. apa yg kita dapat, memang yg kita perlu. tapi, bab kawen, aku tak berani bagi komen.

AM said...

hahaha. bagus, bagus.

Sufanasrin said...

apa yg bagus am?

AM said...

kimi bagus sebab dia muhasabah diri. kenapa anda bertanya, ye, arin?